Isnin, 24 April 2017

Big why

Terus terang kata, nak buat bisnes kena ada big why. Bila ada big why, baru semangat bisnes melekat kat jiwa.

.

Especially, yang baru berjinak-jinak dengan bisnes. Sebab bila dah berbisnes, bab usaha ni sure tak kira masa. Kalau asyik nak berkira-kira tang usaha, nanti sampai bila-bila korang rasa result tu tak seberapa.

.

Saya pun sama je dulu. Masa mula berbisnes, start dengan part time je. Masa mula-mula tu, jiwa pun tak berapa nak ada. Apa yang nak dikejar pun tak jelas mana. Boleh kata terowong tu sunyi gelap gelita je. Satu cahaya pun takde.

.

Bila jiwa tu tak berapa nak ada, rasa ownership pada bisnes pun langsung takde. Dari A sampai Z semua caca merba. Banyak perkara buat cuma separuh jalan je. Segala kerja kelam kelibut. Itu yang akhirnya semua target pun cantik-cantik je karam kat dasar laut.

.

At some point tu, mula duduk dan pikir dalam-dalam semula. Rupanya, berniaga cuma dengan kemahuan dan niat je takkan ke mana-mana. Kalau takde jiwa, tak pulun dengan usaha, lambat laun nanti sendiri yang merana.

.

Everything, start dengan Big Why. Kebetulan masa tu, lagi 5 bulan nak kahwin. So, saya jadikan menda tu big why saya. Nampak big why tu simple, tapi saya jadikan menda tu big thing dalam goalsetting bisnes saya.

.

Bila setiap hari konsisten dengan usaha, sikit sikit, bisnes tu dah melekat dalam jiwa. Rasa ownership pada bisnes pun mula ada. Automatik sel-sel otak pun giat berhubung sama. Makin lama rasa nak bagi usaha lebih pada bisnes tu sentiasa ada.

.

Dengan siapa kita bergaul pun mainkan peranan juga. Buat bisnes ni tak bole menyumbang macam kera. Buat hal sendiri dan harap tiba-tiba sales meletop gile gile. Ekosistem keliling tu seriously kena jaga. Sebab tu yang akan bagi influence paling besar pada character kita bila berniaga.

.

Berbisnes ni seronok sebenarnya. Kalau nak kata cabaran, buat apa benda pun mesti ada. Tapi bila jiwa dah ada, tabur apa challenge pun, emosi kita stabil dan bole face dengan selamber.

.

Jangan perkecilkan bisnes yang ada di depan mata. Tak kira lah siapa korang. Owner, stockist, ejen atau cuma dropshipper. Apa-apa bisnes pun sama je. Sentiasa treat bisnes tu macam besar gilerrrr.

.

Set Big Why. Bisnes biar ada jiwa. Jangan dok menoleh, jalan terus jer!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan