Selasa, 18 April 2017

Kerusi roda

Utk renungan semua yg bergelar anak...

*ANTARA _"KERETA BARU ANAK"_ DAN _"KERUSI RODA ABAH"_*

Seorang rakan fb memaklumkan tentang seorang lelaki tua yg memerlukan kerusi roda kerana kerusi roda yg ada telah lusuh dan rosak.

Saya memandu sendiri menyusuri kampung tepi laut, singgah bertanya di satu warung, akhirnya saya sampai ke rumah tersebut. Rumah kayu yg agak lama, tinggal sepasang suami isteri yg lanjut umur. Bila saya memberi salam, seorang wanita yg mungkin 70an muncul dipintu. Bila saya menerangkan tujuan, dia segara menjemput saya masuk.

Suaminya yg juga dlm lingkungan 70an saya lihat duduk bersila ditilam yg diletak ditengah rumah. Disebelahnya ada sebuah kerusi roda yg telah gugur tempat letak kaki, terkoyak tempat menyandar dan kelihatan berkarat, roda getah telah pecah-pecah.

Setelah bertanya khabar, saya menurunkan kerusi roda yg dibawa dan membawa masuk kedlm rumah. Pakcik itu bersuara, "Cikgu, terima kasihlah kerana walaupun tak kenal saya, tapi masih mahu menolong. "Dia berhenti sejenak, bila dia menyambung kata, saya sudah melihat mata tuanya mula berkaca dg air mata."

Anak-anak hanya tahu membeli dan menukar kereta baru untuk diri mereka sahaja, kerusi roda abah mereka yg dibeli 5 tahun dulu tidak pernah bertukar.

Mereka biar abah mereka meminta pada orang lain" Dia mula sebak. Isterinya yg bersimpuh ditepinya menyapu-nyapu belakang suaminya sambil sebelah tangan lagi menyapu air mata dengan lengan bajunya. Jauh dilubuk hati mereka memendam rasa yang cukup pedih. Air mata turut tergenang.

Esakannya bertali arus membayangkan betapa kesalnya mereka atas tidak pedulinya anak-anak pada keadaan mereka hingga dia tidak boleh meneruskan kata, lalu saya mohon diri sambil berpesan dengan kesabaran. Baru meninggalkan laman rumah orang tua itu, saya ditegur oleh seorang jirannya.

Bila saya memberitahu tujuan saya datang, lelaki itu langsung berkata, "Encik anak-anak dia semua kerja besar di Kuala Lumpur, kereta besar, sepatutnya mereka yg belikan bukan kita.

_" Saya segera membalas,"_ Saya membantu orang tua ini kerana ia memerlukan, jika anaknya tidak pedulikannya, jangan kita juga sedemikian. Yang berjawatan besar, yang berharta itu anaknya, yang miskin dan memerlukan adalah orang tua ini. "Dia terus terdiam.

Saya meninggalkan kampung itu dengan rasa lega bercampur sedih. Kata-kata orang tua itu, 'mereka hanya tahu membeli dan menukar kereta baru untuk diri mereka sahaja....'perlu direnung oleh mereka yg bergelar anak.

Jom kita fikir kita dah berapa kali beli kereta, tukar kereta, upgrade rumah, dapur, ruang tamu, bilik fully aircond, berapa kali dah melancong keluar negara...

Tanyalah pula apakah abah masih bermotor buruk itu juga sejak kita sekolah, basah kuyup hendak ke masjid, rosak di merata jalan. Apakah abah dan emak masih berselipar buruk, berbaju lusuh, kopiah bertaik lalat, pelikatnya bertampong.

Apakah emak ayah masih tidur berkipas angin buruk, menggawang nyamok dan kepanasan, dapor emak penuh berjelaga, tandas diluar rumah dg pintu goyah masih perlu dicurah, rumah berlantai simen dan.... Ingatlah, kita tiba disini dg kemewahan yg dimiliki, adalah dari jerih payah dan air mata serta darah ibu ayah.

Hakikatnya apa yg kita miliki sebenarnya dari pelaburan ibu ayah, jadi mengapa mereka yg menanam tetapi bukan mereka yg menuai, bukan mereka yg memperoleh hasilnya. Terlalu tamaklah seorang anak yg meraup semua hasil dari tanaman ibu ayahnya.

Mengapa tidak dahulukan mereka atau sekurangnya mengangkat taraf hidup mereka. Apa salah membeli motor baru untuk abah, kerusi roda kawalan letrik berbateri, kerusi urut, upgrade bilik tidur, tandas, dapur, belikan pakaian baru dsbnya.

Setiap sen yg dibelanja untuk ibu ayah sebenarnya kembali ke sisi Allah sebagai satu ibadat tanda ketaatan kpd ibubapa, sebagai sedekah jariah.

Saya mengajak anda semua menolehlah kebelakang melihat keadaan hidup ibubapa sebelum membaiki kehidupan sendiri. Berikan kesempatan untuk mereka merasa nikmat hidup setelah begitu lama bergelumang kepayahan membesar dan mendidik kita.

Ingatlah mereka membela kita utk membesarkan, tetapi kita menjaga mereka untuk menanti hari matinya.
Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan