Jumaat, 28 April 2017

Tahfiz

Share cerita dari seorang Azhariah yang kini memegang jawatan Nazir di KPM..

ANTARA HARAPAN & KEBIMBANGAN

Sy tidak mahu menyentuh isu Arwah Adik Thaqif krn kita serahkan sglnya kpd pihak berkuasa.Tanpa perlu kita buat pelbagai spekulasi menyebelahi mana² pihak. Bimbang reputasi institusi al Quran ini terjejas dan jg tidak adil menilai sebelah pihak shj.

Kebetulan kes yg sdg sy handle ini mendahului kes Adik Thaqif. Situasinya hampir sama.  Kes ini jg masuk paper minggu lps krn mungkin parents skrg menjadikan surat khabar sebagai platform berkesan meluah mslh,  melepaskan dendam atau meraih simpati masyarakat.  Kalau kebetulan netizen cpt melatah,  akan terus mempersalahkan pihak yg kena adu.

Selepas mendapat aduan anak kembarnya didera dibuli oleh tenaga pengajar dan siap dg laporan polis,  emel rasmi ke Bahagian Nazir dan surat khabar yg memainkan peranan penting,xcukup dg itu,  ugut pula akan bw terus ke Pejabat Kementerian Pendidikan,   lantas dg segera sy dan 2 pegawai ke Sekolah Tahfiz. Wlpn sekolah² ini tidak mendaftar,  atau tidak di renew pdftarannya,  tp sy mengambil tanggungjawab bertindak atas arahan.
Sesampai di sana, kawasannya cukup terjaga dan bersih,  susunan kasut pljr menggambarkan akhlak mereka. Pusat tahfiz tersebut sunyi dan bila dijengok ke dlm,  terdapat 4 kumpulan pljr bersama tenaga pengajar masing².Semua sdg tekun menyemak bacaan quran. Setelah sy bgtau hasrat dan tujuan kedatangan sy sebagai nazir utk menyiasat kes penderaan yg berlaku, semua pihak samada tenaga pengajar,  pentadbir dan pelajar² tlh memberi kerjasama yg baik. Sy tlh menemubual guru², pljr² dan pentadbir.  Sy jg sempat menebuk hafazan bbrp pljr yg tlh hafiz 30 juzuk wlpn baru berusia 10 thn. Dan alhamdulillah,  lancar shj bacaan mereka dan sy terasa begitu kerdil krn diri sendiri pn xmampu menghafaz seperempat dr quran.
Spjg pemantauan sy,  sy menyaksikan betapa disiplinnya mereka dan hormatnya anak² syurga ini kpd guru² mereka dan tetamu yg hadir. Hujan yg turun dg lebat tiba² membataskan perbualan n temubual sy. Sy arahkan pegawai sy agar membawa kasut² kami ke dlm agar tidak basah. Namun rupanya pljr² ini lbh awal lg membawa masuk kasut kami agar tidak basah.
Sy pulang dlm keadaan 360darjah berubah persepsi terhadap aduan yg diterima.  Malah kami hanya temui sikap pengadu yg penuh dendam kesumat dan agenda yg Allah shj yg Tahu. Hampir 80%  dakwaannya ke atas pusat tahfiz ini jg adalah satu pembohongan. Nasihat sy kpd semua shbt,  jgn sekali² percaya 100% terhadap apa yg dilaporkan oleh surat khabar. Dgr lah dr kedua² belah pihak.  Hasilnya kes td,  demi maruah sekolah  tersebut, mereka tlh membalas kembali aduan dan menyatakan hal sbnr sehingga phk pengadu merasa malu sendiri terhadap sikap anak² mereka sendiri. Allah nk sembunyi aib mereka,  tp mereka sendiri yg membuka aib. Jgn mengambil jln terakhir mendidik anak² dg melambakkan mereka yg bermasalah di pusat² tahfiz. Kalu ibubapa sendiri pun xmampu menahan sabar mendidik anak², jgn pula menyaman guru² di pusat tahfiz  yg sdg berusaha mendidik bukan sj anak² kita,  tetapi ramai lg anak²  bermasalah yg dipaksa parents menghafaz al quran.

Ayah,  ibu!  jgn jadikan pendidikan Tahfiz sebagai pilihan terakhir utk anak2 kita.  Andai akhirat matlamat kita,  daftarlah mereka tatkala mereka dpt result yg bagus dlm upsr, atau pt3. Barulah  mampu melahirkan huffaz yg hebat.  Yakinkan,  insan yg hidup dg al Quran,  pasti x akan mengecewakan. Andaikata suatu hari nanti anak² kuta diuji Allah dg kemaksiatan,  yakinlah Allah akan memanggilnya ke jln pulang dg adanya bekalan al Quran.
Jgn sebab kebiadaban ibubapa terhadap guru² kpd anak² kita,  menyebabkan Allah hijabkan kejayaan kpd anak kita,  dan lbh teruk lg Allah hancurkan seluruh kehidupan kita dan anak² di masa akan dtg.. Ajari anak² hormati guru.!!!!

 Sy jg ada anak di pusat Tahfiz,  yg mana beliau yg desak sy dan suami supaya di dftrkan di sana wlpn bg sy,  belum masanya lg.  Namun atas dasar minat dan kesedaran yg tinggi yg Allah cmpakkan pd anak sy, sy terus ubah arah.  Dlm bljr,  anak² kena merasai kepayahan,  kena hijrah jauh dr ibubapa,  kena dididik dg kesukaran wlpn bertemankan rotan.Kelak kita akan ketemu hikmahnya.
 Akhirnya,  kami pulang dr pemantauan pd hari tersebut,  dg perbncgan sesama kami di atas kereta.... "alangkah bagusnya kalau anak² kita didaftarkan di tmpt yg penuh disiplin ini... "

#WarnaWarniKehidupan12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan