PUNCAK KEBODOHAN.
Harini ada yang minta semua sekolah tahfiz ditutup kerana kes adik thaqif. Ini lah jenis pemikiran yang terhasil dari otak manusia yg telah mencapai puncak kebodohan dirinya sndri.
Orang eksiden mati , tutup jalan?
Orang mati lemas , timbus sungai?
Gula penyebab kencing manis , tutup kilang?
Rumah terbakar , haram kan pengunaan gas ?
Sedang rumah judi dan rumah urut telah bnyak ' membunuh ' rumah tangga , akhlak dan merosakan negara dibiar berleluasa.. Rokok penyebab cancer dan sebagainya dijual merata2.
“Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”
(HR Bukhari)
#Akhirzaman
#Thaqifanaksyurga
#Alfatihah
Tahu tak kita...
Anak kita bermasalah pembelajaran, disiplin akhlak.. kita cari sekolah tahfiz utk daftar anak kita..kot2 boleh berubah!..kita rasa tahfiz ni ada tongkat ajaib...( sangat banyak aku dapat permintaaan begini)
Guru2 tahfiz ni tidak terlatih, hanya gunakan pengalaman belajar dulu..tak kurang ramai jugak yang berjaya menjadi hafiz !
Bisnes kita bermasalah..kita cari sekolah tahfiz ni utk buat solat hajat baca yaasin..kononnya maqbul itu lebih mudah!..apabila Untung kembali..kita sepi seribu bahasa..
Nasi Lemak kita tak habis..kuih pasar malam tak habis..kita sedekah kat sekolah tahfiz ni..yang tak habis baru nak sedekah!
Keluarga kita meninggal..cari sekolah tahfiz utk solat jenazah, buat tahlil..kononnnya lebih afdal!
Tahu tak kita betapa kebanyakan sekolah2 ni berjalan sendirian..berdikari..tok2 guru tebal muka bersusah payah membangunkan tahfiz ni..betapa mereka hingga tahap ini usaha utk bangunkan tahfiz ini!
Tahu tak kita, betapa tak semua kerajaan bantu sekolah2 ni..banyaknya hanya datang musim pilihanraya!
Tahu tak kita, kebanyakan sekolah tahfiz ni tak ada PIBG...kalau ada pun tak hidup sbb tak komit! Tak glamour..banyak komplen dari membantu!
Tahu tak kita..hampir 30% yuran pelajar dari sekolah tahfiz ni tak berbayar..tapi anak2 ini terus dijaga, dididik ,di beri makan!
Tahu tak kita..betapa susahnya menjaga anak2 bermasalah ini dengan guru2 yang tak terlatih!
Tahu tak kita..betapa Jabatan2 Berkaitan hanya tahu siasat dan tutup apabila jadi kes..tapi tak pernah bantupun sepanjang tahfiz ni beroperasi..lagi mudah niaga goreng pisang banyak skim bantuan ada berbanding buka sekolah agama ni!
Teman..aku tidak bela "Jenayah " ini sekiranya betul.. kerana bagiku Jenayah ini ada di mana2...di sekolah2 kerajaan... di Asrama Penuh...di MRSM...di Pejabat kita..dlm Keluarga kita..dlm Masyarakat kita..tunggu sehingga dihakimi..yang bersalah pasti dihukum..
Cuma aku pohon..berlaku Adil lah teman..bantulah Institusi ini dengan kepakaran kalian...bukan sekadar menghukum apabila terjadinya kes2 berat ini..
Jadilah Masyarakat yang Membantu berbanding Masyarakat yang Menghukum..
Aku bukan Pengusaha Tahfiz tapi ku punya ramai teman2 jujur yang korbankan hidupnya utk Jalankan Operasi Tahfiz ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan