Rabu, 5 April 2017

Tawassul

Kalam Ulama':
TAWASSUL.

Syirik itu bukan pada meminta tolong, tapi pada meyakini ada Allah yang berkuasa memberi manfaat dan menolak mudarat.

Seorang pesakit didalam hospital meyakini doktor yang menyembuhkan penyakit itu adalah suatu kesyirikan.

Sedangkan, seorang yang sedang berdoa kepada Allah di kubur orang soleh, dalam keadaan bertawassul dengan empunya kubur kepada Allah, dengan husnudzonnya bahawa orang soleh itu mempunyai kedudukan disisi Allah. Sebagai asbab dengan keyakinan yang kuat bahawa hanya Allah sahaja yang membantunya, maka itu masih lagi tauhid.

Isunya bukan tempat, kubur ataupun hospital. Syirik itu pada keyakinan. Zaman ini mungkin sahaja ramai orang awam bergelumang dengan syirik yang tidak disedari dimana-mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan