Selasa, 25 April 2017

Syiar

Dalam agama ada amal yang kena buat terang terang dan ada amal yang kena buat sembunyi-sembunyi.

Amalan yang di buat terang-terang di pangil SYIAR,
Dan sudah perintah Allah suruh korang SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan sunnat.

Contoh solat berjemaah, bila azan bilal pakai speker 12 watt, nak suruh semua orang kampung dapat dengar, nak riak ke?

Kemudian, korangpun ambik wudhu ke masjid, tak kan nak sembunyi sembunyi?, ini kena syiar, lainlah jika korang nak solat tahajjud ke qiamulai ke, itu memang patut kena sembunyikan.
Allah suruh kita SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan SUNNAT.

Contoh lain: Orang yang berpuasa pun kena syiar, terutama puasa wajib, nabi bagitahu jika ada orang mengumpat cakap kat mereka :

AKU SEDANG BERPUASA!!!

Begitu jugak zakat, kena syiar, kalau sedekah kena sembunyi.

Begitu jugak haji, kena syiar, buat jamuan makan, hilang dari kampong 40 hari orang tahu ke mana korang pergi..

Begitu jugak kahwin, kena syiar, buat kenduri, bagitahu dunia
dan seluruh warga kampung bahawa korang dah kahwin, bukan nak riak, tapi itu perintah Allah, nak kahwin lagi satu, pun kena syiar, tak lah orang tuduh korang khalwat ke apa,

Moralnya dah dengar azan, pergi masjid, syiar suasana agama, lelaki berulang alik ke masjid, bersaksilah itu adalah ahli shurga..

Jangan biar setan tipu korang. Meninggalkan amal kerana takut riak konon, habis bila nak buat amal, nak tunggu hati suka baru buat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan