Perkongsian daripada sahabat
Zaini Abas
January 12 ·
10 PERKARA WAJIB TAHU BAGI IBU BAPA KEPADA ANAK SYURGA/ ANAK ISTIMEWA / ANAK KURANG UPAYA
1 - Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan "defect creation" oleh Pencipta nya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia
2 - Memohon pertolongan Allah mesti lebih dari mengharap pertolongan makhlukNya. Cari support group bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu
3 - Berhenti menyalahkan pasangan,keturunan nya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita.
4 - Perlu tahu bahawa anak itu masih lagi ada deria kerana roh nya masih bersama jasad. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak
5 - Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka kerana mereka diberi kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain.
6 - Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin Hyper, hanya boleh kelip mata & angguk kepala dan lain-lain lagi
7 - Mereka mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita
8 - Sekiranya mereka dikatakan "tiket syurga", pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan terus valid
9 - Antara fungsi mereka di dunia ini adalah mendoakan kita, ajar kan mereka. Semoga permintaan mereka tiada hijab
10 - Jangan hanya fokuskan pendidikan vokasional, kemahiran, akademik dengan meninggalkan perkara fardhu ain - pendidikan al-Quran kerana ia bukan alternatif, bukan komplementari. Ia adalah asas (foundation)
#Quran4SpecialNeeds
#yayasanFAQEH
#dakwahOKU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan