"Terlalu banyak aduan dalam internet mengenai para pelajar di IPT yang diperdaya oleh Linguaphone. Agak menghairankan ianya tidak dilaporkan dalam Utusan Malaysia dan TV3 dan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Adakah seseorang yang berpengaruh berada di sebalik Linguaphone dan adakah para pelajar serta mahasiswa juga mahasiwi kita akan terus terpedaya dan teraniaya?
PEMULANGAN LINGUAPHONE
October 7th, 2011
Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk tersebut.
Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.
Mereka juga turut menggunakan kata-kata yang sangat manis untuk mempengaruhi kami yang kurang pengetahuan tentang produk ini supaya membelinya. Malangnya, ada diantara rakan-rakan saya yang baru tersedar bahawa mereka ditipu dan ingin memeulangkan produk ini, ada diantara mereka yang dimarahi oleh jurujual. Jurujual tersebut juga tidak mengendahkan panggilan kami untuk bertanyakan tentang kaedah memulangkan produk ini.
Saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharap dapat memulangkan produk linguaphone ini dan mendapatkan kembali wang deposit yang telah kami bayar sebanyak RM299. Kami juga sedar bahawa kami tidak akan mampu membayar harga produk ini yang mencecah ribuan ringgit kerana kami masih lagi belajar. Saya sangat berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
Sekian terima kasih.
By: Amirah http://www.aduanrakyat.com.my
LINGUAPHONE MENIPU DAN MEMAKSA PELAJAR IPTA UNTUK MEMBELI PRODUK MEREKA
October 5th, 2011
Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini. Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka.
Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita. Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang.
Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat tertekan.
Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi.
Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah. Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150.
Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu. Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009.
Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan. Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak.
Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.
Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana.
Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi.
Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan malah semakin ramai yang terkena.
By: noramira http://www.aduanrakyat.com.my
LINGUAPHONE MENSASARKAN PELAJAR YANG MUDAH DIPENGARUHI
June 24th, 2011
Saya ingin melaporkan kepada pihak Kosmo berkenaan tindakan penjualan tidak beretika Linguaphone. Baru-baru ini, adik ipar saya (pelajar kemasukan baru UiTM Puncak Alam yang baru sahaja mencecah umur 18 tahun minggu lepas) telah dipengaruhi oleh penjual Linguaphone yang menyebabkan beliau kehabisan ratusan ringgit sebagai deposit.
Apabila keesokan harinya, setelah beliau berfikir secara tenang, beliau ingin memulangkan produk Linguaphone tersebut kerana mendapati beliau tidak memerlukannya. Akan tetapi, beliau telah dimarahi sehingga menyebabkan beliau tertekan dan menangis. Pihak penjual telah menggunakan kata2 yang mengguris hati dan menggunakan alasan bahawa beliau telah menandatangani penjanjian yg menyebabkan beliau tidak boleh memulangkan produk tersebut.
Ramai pelajar yang sebenarnya telah terperangkap dgn kata2 manis penjual Linguaphone. Saya tidak terkejut dengan hal ini kerana semasa saya masih belajar di kolej pada tahun 2002 dahulu, seorang rakan saya juga telah tertipu dah membeli produk Linguaphone yang pada saya agak “overprice” – seunit RM 2389 (wow!) – “baik beli iPad je”. Saya sedar bahawa ia adalah tanggungjawab individu utk memastikan mereka faham isi kandungan kontrak.
Akan tetapi, strategi penjual Linguaphone mensasarkan pelajar2 baru yang memang mudah dipengaruhi dan ditipu sangat tidak beretika. Tambahan, mereka peka tentang latar belakang ‘customer’ yang mudah terpengaruh kerana kurang pendedahan (disadvantage to those from rural area). Apabila saya mempersoalkan kepada pihak Linguaphone berkenaan akta jualan langsung yang memberi 10 hari tempoh bertenang kepada pembeli, mereka menyatakan bahawa, mereka menggunakan pameran / exhibition yang membolehkan akta “tempoh bertenang” diketepikan.
Saya juga telah merujuk perkara ini dengan rakan peguam saya, dan beliau bersetuju bahawa Linguaphone seperti menyalahgunakan penggunaan kontrak. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan undang2. Malah, mereka ‘provoke’ saya utk melaporkan kepada pihak akhbar. Saya yakin, ramai yang telah terkena dgn Liguaphone.
Saya berharap tindakan saya utk mengetengahkan perkara ini dapat membantu lebih ramai pengguna memahami hak & tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Tambahan, saya berharap pihak Linguaphone tidak lagi mengamalkan strategi tidak beretika. Akhir kata, tidakkah kemajuan teknologi seperti penggunaan smartphone dan tablet PC seperti iPad telah menjadikan teknik pembelajaran melalui produk Linguaphone itu antik dan ketinggalan zaman?
“For everybody to think, and for us to find out..” Nota: Nama penjual En Mohd Daud b Zakaria. Pengurusnya yang kasar Pn Rosmawati (tidak mahu memberi nama penuh). Yang menguruskan pameran Linguaphone di UiTM Puncak Alam pada Isnin 13 June 2011 – 15 June 2011 diketuai oleh en Zack (tidak mahu member nama penuh). Puan Sham di HQ tidak setuju untuk memulangkan semula deposit.
Sekian Terima kasih.
By: yaya
www.aduanrakyat.com.my"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan