بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 31 Oktober 2014
Khamis, 30 Oktober 2014
wanita besi
Kata-kata isteri saya yang saya sentiasa ingat dan amat saya hargai....
Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..
Saat lain waktu berduka ..Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..
Saat terlalu penat denga wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah...semua penat, hilang...
Saat hening malam...Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.
Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah..
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini....
Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka
qiam malam
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda, (maksudnya): “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Sabtu, 25 Oktober 2014
Niaga
saya sedar betapa amalan berhutang itu tidak baik untuk diri saya, keluarga dan perniagaan.
“Apabila dibelenggu hutang, hidup tidak tenang. Saya telah terlibat dengan pinjaman untuk menyuntik modal bisnes pada peringkat awal. “Dalam tidak sedar juga, saya telah melakukan perkara yang Allah tidak suka,” kini tidak lagi mengamalkan konsep pinjaman untuk berniaga setelah menemui konsep usahawan akhirat.
beliau juga telah terlibat dengan riba melalui pinjaman tersebut. Malah, ramai usahawan pada masa kini tidak dapat mengelakkan diri daripada situasi tersebut. Cadangnya kepada para usahawan, elakkan amalan berhutang dan pinjaman yang mempunyai unsur riba.
sudah lumrah bagi seseorang yang mengusahakan perniagaan mencari keuntungan. Namun, tidak semua perniagaan yang dijalankan mendatangkan pulangan lumayan, malah ada yang kerugian dan kehilangan modal. Jika tidak untung, rugi yang mendatang. Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan. Bagaimanapun, erti keuntungan sebenar dalam konteks manusia sebagai hamba Allah bukan terletak kepada perolehan harta.
Bagi usahawan dunia, empat aspek yang menjadi keutamaan iaitu kekayaan, kesihatan, kekuasaan dan takhta yang pastinya tidak abadi untuk dikecapi berbanding usahawan akhirat yang mengejar keuntungan di dunia untuk akhirat.
selama ini beliau tidak sedar bahawa keuntungan dunia bukanlah kebahagian sebenar yang dicari malah lebih daripada itu. “Pengalaman rakan perniagaan yang tidak menepati janji, membatalkan perjanjian perniagaan, dan menghadapi persaingan yang membuatkan berfikir tentang kurniaan Allah.
“Ada satu ketika seseorang yang sepatutnya berjumpa dengan saya untuk satu urusan perniagaan telah membatalkan temu janji tetapi saya bertemu orang lain yang tidak pernah saya kenal untuk menjalinkan urusan perniagaan. “Sungguh, hanya Allah tempat bergantung. Bukan manusia, hanya Dia yang sentiasa ada untuk menolong kita,”
Allah mengurniakan rezeki kepada semua orang. Sebagai manusia, seseorang itu perlu berusaha mendapatkan petunjuk daripada Pencipta selain berusaha secara fizikal untuk mendapatkan sesuatu. “Senario yang berlaku kini manusia sanggup melakukan pelbagai cara untuk memastikan hajatnya tercapai seperti mengamalkan rasuah yang sebenarnya menyebabkan hak orang lain dirampas,”
Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba, manusia sebenarnya melakukan urusan perniagaan dengan Pencipta. Mereka akan mendapat balasan syurga atau neraka bergantung kepada amalan masing-masing. jika banyak amalan kebaikan yang dibuat di dunia, ganjaran pahala yang diperoleh juga adalah banyak, begitu juga sebaliknya.
“Apabila berniaga dan meraih keuntungan, bayarlah zakat dan bersedekah. Rezeki yang dianugerahkan itu bukan milik kita semata-mata sebaliknya perlu dikongsi. “Zakat dan sedekah ini juga mempunyai keberkesannya yang tersendiri. Hati lebih tenang, dan insya-Allah rezeki yang datang juga melimpah ruah. Niatkan amalan ikhlas kerana Allah,”
9/10 rezeki yang datang adalah melalui perniagaan, namun tidak semua perniagaan yang dijalankan berjaya. Sebagai peniaga, proses menjalankan perniagaan sama seperti proses perkembangan manusia yang perlahan-perlahan melalui fasa-fasa tertentu bermula dari awal kelahiran.
“Semuanya tidak berlaku dengan pantas. Namun, ramai yang mahu cepat untuk berjaya lantas memilih jalan yang salah kerana hanya ada dua cara iaitu cara yang betul dan salah. “Dengan memilih cara yang salah, pastinya melanggar etika dan mengundang dosa. Hidup mungkin mengecapi nikmat dunia dengan wang, namun hati tidak akan tenang.
“Cara yang betul, pastinya lebih lambat dan menguji kesabaran. Percayalah, hati akan lebih tenang, keuntungan yang diperoleh mencukupi malah boleh dikongsi bersama orang lain. “Paling penting, jalankan suruhan Allah. Tinggalkan larangan-Nya. Dalami dan cintai al-Quran,”
Jumaat, 24 Oktober 2014
Langgan:
Catatan (Atom)