Khamis, 9 Februari 2023

Kbat

 KBAT BUKAN NAK BAGI BUDAK PANDAI


Saya nak cerita tentang Bob (bukan nama sebenar). 


Bob baru habis SPM. Tak nak sambung belajar. Nak jual nasi lemak. Ok.


Bob menyasarkan untuk mencapai pendapatan bersih hasil daripada jualan nasi lemak sebanyak 10k sebulan. Kira cincai, mungkin dia perlu menjual sekitar 600 bungkus nasi lemak sehari selama 30 hari. Kita tak ambil kiralah sesuai ke tak jumlah tu dengan skala gerai tepi jalan, tapi yang kita nak kisahkan, siapa 600 orang pembeli tu.


Nak membeli nasi lemak, tentulah orang ada pendapatan. Nak konsisten dapat pembeli yang mampu support jualan selama 30 hari pula, orang tu bukan sekadar ada pendapatan, tetapi pendapatannya TETAP dan MANTAP.


Siapa yang ada pendapatan tetap dan mantap ni? Orang kerja kerajaan? Tak kot. Dorang ni banyak loan. Mungkin yang kerja di syarikat multinasional? Sebab mereka dibayar gaji standard global. Aha!


Maka Bob menyasarkan pekerja syarikat multinasional sebagai pelanggan utama nasi lemaknya. Untuk membantu perniagaan Bob mencapai target, Malaysia kenalah ada banyak syarikat multinasional ni. 


Persoalannya, macam mana nak bawa syarikat-syarikat hebat ni buka kilang di negara kita, beri peluang pekerjaan kepada ramai anak muda, yang menjanjikan gaji tetap dan mantap, dan yang kemudiannya dengan duit tersebut boleh support produk tempatan termasuk nasi lemak Bob?


Mesti ada penilaian yang digunakan oleh syarikat-syarikat ni untuk memilih negara mana yang sesuai untuk pelaburan mereka. Kita ambil satu : FDI (Foreign Direct Investment).


Syarikat-syarikat yang mencari tempat untuk melabur, akan merujuk kepada trend pada FDI. FDI menyediakan data trend berkaitan kos, kestabilan politik, polisi kerajaan, infrastruktur, market size, termasuk juga tenaga pekerja (labor force).


Yang menyediakan data untuk FDI pula ialah OECD (Organization for Economic Co-operation and Development). OECD ni berperanan menyediakan data berkualiti siap analisis untuk membantu memastikan FDI dapat menyumbang kepada ‘informed decisions’ oleh pembuat polisi. 


Macam-macamlah data yang OECD sediakan. Dalam konteks ‘labor force’, nak tahu penduduk negara tu boleh menjadi pekerja yang baik ke tak dalam syarikat yang nak ditubuhkan nanti, mereka kena analisis sistem pendidikan negara.


Maka OECD bekerjasama pula dengan IEA (International Association for the Evaluation of Educational Achievement) yang melaksanakan penilaian antarabangsa seperti TIMMS dan PISA.


Kerana tahap pendidikan yang baik membawa mesej kita ada ‘labor force’ yang baik, yang boleh menjadi pekerja kepada syarikat multinasional yang baik -- maka baik yang diinginkan pada standard antarabangsa ialah kemahiran berfikir dan kemampuan menyelesaikan masalah. 


Nak meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik dalam TIMMS dan PISA, maka kurikulum kita kena berubah. Hence, the HOTS (KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).


Kita ajar budak berfikir (KBAT dalam kurikulum) -> kedudukan Malaysia dalam TIMMS dan PISA meningkat -> FDI Malaysia positif -> pelabur masuk -> ekonomi berkembang -> rakyat bahagia, negara sejahtera.


Sebab itu, KBAT bukan tentang nak bagi budak pandai. Malangnya, masyarakat pesimis terhadap KBAT. KBAT yang sepatutnya menggalakkan murid berfikir, kreatif, tapi akhirnya jadi terlalu kompleks, panjang, berpusing-pusing -- sampai pening.


Kita kena akui setiap lapisan dalam KPM menyumbang salah. Cikgu di sekolah lah yang paling dekat dengan pelaksanaan KBAT. Kalau cikgu tak faham, cikgu buat soalan yang tersasar jauh daripada matlamat KBAT, kefahaman itulah yang mengalir dalam masyarakat. PPD pula, tak bimbing cikgu ke? Saya di JPN pun sama, tak bimbing PPD ke? KPM pula, bagaimana pelan penyampaian mereka? Dah cukup baik ke?


Kalau semua salah menyalah, tak selesai masalah. Tengok peranan masing-masing, dan ubahlah.


KBAT bukan untuk budak pandai sahaja. KBAT tentang kita.


Kembali kepada cerita Bob dan nasi lemak tadi, kalau Bob nak kaya, maka Bob kena mengalu-alukan KBAT dalam pendidikan negara kita. Faham, Bob? 😉

Isnin, 23 Januari 2023

Akhir zaman

 AsSalam Sume..

Warga maya..

Climate kepada pembantaian manusia seluruhnya..

Meracun manusia..
Meracun fikiran..
Meracun pemakanan..
Meracun perubatan..
Meracun alam semesta..

Alam Akhirat shj lg yg mereka Allah laknat ni x blh nak meracun..
Kalau blh tentu mereka akan fikir cmna nak meracun..

Jahatnya makhluk ciptaan Allah SWT ni, Allah SWT sdh bgtau dlm Al-Quran..
Mereka ni dah yakin sgt2 akan mati di bunuh oleh tentera org2 yg beriman..

Apa lagi yg blh mereka buat..
Melainkan buat kerosakan total kepada apa-apa shj yg mereka fikir berbaloi bersama kematian mereka..

Ni lah takdir Allah..jadikan kemusnahan dan kerosakan hasil ketakutan manusia laknatullah diseluruh dunia sebagai ujian akhir zaman..

Buat apa nak tgglkan apa2 benda kepada org2 beriman/Islam..
Lebih baik kita musnahkan semuanya, biar siapa pun tidak blh hidup selepas pembunuhan dn kematian kita..buat mereka semua susah/mati..

Dok fikir2 balik tentang wang digital..
Sudut baik byk org sebut..

Sudut musnah..sudut lain klu owner internet/software shut down la bila dah sampai target, satu dunia akan jd gila..bila wang digital x blh nk berfungsi atau nak membeli apa-apa brg pun..

Cuma harap duit angka.. bergantung kepada internet dn software..nak tutup buka semua di bawah takhluk mereka..

Owner ibu sawat/internet semuanya manusia yg Allah laknat..pemiliknya org yg paling jahat diatas muka bumi..

Mana mgkn mereka akan berbuat baik.. melainkan ini adalah satu senjata besar utk menjahanamkan sebanyak mgkn manusia diseluruh dunia..

Yg ni sekali shot satu dunia akan kelaparan..tutup shj ibu sawat maka semua manusia jatuh papa kedana secara total..tempoh paling singkat.. lebih2 lg dlm kwsn bandar..

Huru hara satu dunia..

Ni dr sudut perang.. kemungkinan besar akan berlaku..kerana ada Hadis mengatakan akan ada jiran membunuh jiran kerana lapar..

Wallahu alam..
Allah sj yg tahu..
Cuma dok pikir..
Ujian Allah utk umat Islam akhir zaman..

Kesimpulannya bersedialah apa yg patut..kurang2 masa nk pulih balik makan masa tahun jg..

Makanan kamu adalah Zikir..

Ahad, 22 Januari 2023

Band 6

 Meh la belajau OBE.. Akan lebih faham maksud pentaksiran dan penilaian.

It is not easy as u think.
TP - BUKAN sistem penggredan yg boleh meletakkan tahap penguasaan pelajar SEBAB TP tidak menggambarkan dengan tepat tahap penguasaan kognitif pelajar. Sifat TP tidak telus. TP 1-3 : memberi maksud penilaian secara kognitif. Tetapi, TP4-6 : menggabungkan penilaian kognitif dan afektif. Dalam pentaksiran, TIDAK berlaku gabungan kognitif dan afektif dalam 1 penilaian. Cikgu tidak boleh menilai tahap kognitif pelajar dan afektif kerana kognitif merujuk kpd skema jawapan, manakala afektif merujuk kpd rubrik.

Penilaian sumatif : menggunakan kognitif. Jawab atas kertas dan beri markah pd jawapan. Jika ada ujian  lisan : rubrik afektif digunakan, dan bukan skema jawapan.
Penilaian formatif : menilai pencapaian pelajar semasa pdp, boleh menggunakan kognitif (kuiz) atau afektif (rubrik).

Penilaian afektif selalu disalahertikan sbg kognitif. Afektif WAJIB ada rubrik.
Contoh - Pembentangan Projek
- rubrik : Komunikasi Lisan, Komunikasi Bertulis.
Ada rubrik utk menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi secara lisan dan secara bertulis.
Bgmn menentukan pelajar FAHAM isi kandungan pembelajaran? Dalam rubrik Kemahiran Lisan : lickert scale yg digunakan MESTI ada komponen KEJELASAN penyampaian dll yg merujuk kpd kemahiran lisan.
Bgmn menentukan bahan penyampaian memberi makna kpd penyampaian lisan? Disini, Kemahiran Bertulis : lickert scale mempunyai komponen KEBERKESANAN BAHAN persembahan yg membantu keberkesanan penyampaian lisan.

Rubrik spesifik seperti ini yg cikgu perlu sediakan kalau nk buat pentaksiran jenis Afektif.
Baru betul nk beri TP kpd pelajar.

BUKAN, soalan matematik tahun 1, bab 1 dah ada TP 4-6. Paling tak boleh tahan, dlm DSKP Metamatik Tahun 1  TP6 : Menyelesaikan masalah seharian.
Sedangkan TP6 matematik - ada elemen afektif.

Sebab tu, cikgu² berikan penilaian kpd pelajar dlm keadaan tidak terurus. TP4-6 HANYA boleh diberikan kpd pentaksiran berterusan menggunakan jenis AFEKTIF sahaja. Sebab, pernyataan TP4-6 dibezakan penguasaannya pada kata kerja AFEKTIF (berbentuk SIFAT), seperti
TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
Perkataan Tahu, Faham dan Boleh Buat merujuk kpd kognitif ( Tahu, Faham, Aplikasi, rujuk Bloom)
Perkataan BERADAB merujuk kpd elemen afektif. Mesti menilai pelajar berasaskan rubrik. Supaya pelajar faham, beliau telah membuat sesuatu pentaksiran bukan shj telah mencapai tahap aplikasi (C3) tetapi penilaian afektif A4 (Menilai) / A6 (Mengkategori nilai atau set nilai) ( rujuk Domain Afektif Karthworl)

Dalam mentaksir, MESTI pilih, domain berdasarkan kepada kata kerja dalam Objektif pembelajaran.

Not easy peasy like kacang gorenng

C&P Group sebelah ✌️

Rabu, 18 Januari 2023

Fitnah

 Saya seorang guru yang gila buat projek sekolah.


Dari bermulanya hari pertama posting, sehinggalah kini, saya masih tak dok diam memikirkan pelbagai jenis projek yang menguntungkan semua orang.


Beza dulu dan sekarang projek2 saya sudah di swastakan, yang memberi maksud, saya all out semua kreativiti saya di luar sekolah yang lebih menguntungkan.


Kenapa jadi gitu?


Kini bila saya ke sekolah, saya hanya buat yang wajib je.


Kalau boss2 baru tanya apa kemahiran saya.. Saya jawab saya tak pandai buat apa2 walaupun mereka tahu saya banyak job di luar yang melibatkan kreatif dan inovatif.


Saya seorang pelajar cemerlang dalam bidang berkaitan. Bukan nak cakap besar... Saya ada bukti sijil yang saya cemerlang dalam bidang kreatif dan inovatif ketika saya belajar di maktab. 


Tapi... Apabila kita bersungguh2 nak mencipta kejayaan bersama, ADA LANGAU YANG PENUH DENGAN KUMAN DALAM OTAKNYA SAKIT HATI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN!!!


Bila depa tak tahan, depa fitnah! Depa hasut! Depa cipta kisah yang tak wujud bagi menjatuhkan orang lain.


Sekolah pertama saya berjaya mencipta bengkel seni contoh daerah, cipta band musik murid, dan mengajar pelajar bermain squash dan catur dengan baik.


Lepas kene fitnah, saya pindah keluar walaupun ada pegawai ppd pujuk untuk terus berbakti pada projek2  yg saya cipta.


Lepas pindah tu... Fitnah berlegar2 lagi di sekolah baru walaupun saya dah mula nak mencipta dunia seni yang baru sehingga sekolah mampu menjana pendapatan sendiri.


Pindah mana pun saya, saya tetap berkhidmat dan mengajar murid pelbagai kemahiran yang saya minat sehingga pelajar saya mencipta nama apabila beliau menang tangga ke 4 dalam MSSM pada tahun saya berpindah pada sekolah kedua tersebut.


Fitnah datang lagi...


Fitnah datang kepada sekolah ke 3, sekolah ke 4 x lama, masuk sekolah ke 5 & ke 6, saya stop sebab serik kene fitnah. Dan saya fokus pada dunia perniagaan luar dari sekolah.


Datang sekolah, tulis kehadiran, masuk kelas, mengajar dan balik rumah tanpa toleh ke belakang.


Saya rela kene fitnah ketika berniaga dari fitnah buat projek sekolah yang habis duit sendiri tanpa melibatkan mana2 jenis keuntungan.


Faham maksud saya?


Jika tak faham... Ini lah point saya nak bagitau..


👉 Dalam penjawat awam, adakala kita tak boleh all out sangat... Atau sebelum nk luahkan segala skill2 untuk ko buat amal jariah dalam sekolah, pastikan rujuk cikgu2 lama takut2 pentadbir tidak menyokong guru sebegini, dan periksa juga ada ke tidak jenis cikgu yang tak reti nak tengok cikgu lain berjaya.


Jadi... Dari saya buang masa buat pahala di sekolah, baik saya buat pahala tolong orang lain berniaga. Berniaga pun satu ibadah juga.. 


Pahala dapat, duit dapat..


Ya.. Saya ada skit kemahiran mengajar orang tua berniaga mengikut kemahiran tertentu...


Kepada pentadbir2 yang ada dalam KGM, jika korang jumpa cikgu macam saya... Pelihara lah dia dari fitnah cikgu dan fitnah yang di salur pada ppd melalui guru yang mempunyai hasad dengki tahap 7 petala langit.


Jika tidak... Kau pun akan terjebak dengan dosa fitnah yang tak mungkin cikgu teraniaya akan maafkan.


Jangan tanya aku.. Sebab semua aku maafkan kecuali ada seorang ustazah yang sudah meninggal. Akan ku tuntut sehingga kiamat dan di pintu neraka kau! (walaupun jari berani menulis, di hati tetap nak lepaskan beliau) 


Dapat sesuatu dari tulisan saya?

PGL

 MERUNGKAI MISTERI LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG


Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang ke-8 pada ketika itu baru sahaja kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja Ahmad yang masih kecil.


Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan.


Baginda sudah beberapa hari tidak menjengah Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.


Namun apa yang berlaku pada suatu malam mengubah segalanya apabila baginda bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik masyuk dengan baginda.


Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari mimpinya.


Dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun yang lalu.


Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, barulah baginda tahu yang puteri itu terlalu cantik orangnya. Lalu utusan peminangan telah dihantar ke Gunung Ledang.


Puteri Gunung Ledang, telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu,


- Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang

- Sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka

- Tujuh dulang hati nyamuk

- Tujuh dulang hati kuman

- Tujuh tempayan air mata anak dara

- Tujuh tempayan air pinang muda

- Semangkuk darah Raja Muda


*******************************************


Persoalan yang timbul ialah,


a) Siapakah sebenarnya Puteri Gunung Ledang itu?

b) Kenapa Sultan Mahmud Shah tidak murka dengan penolakan peminangan secara halus dari Puteri Gunung Ledang?

c) Apakah kesudahan riwayat Puteri Gunung Ledang tersebut?


*******************************************


1. Sebilangan besar ahli sejarah secara majoritinya menulis bahawa Puteri Gunung Ledang adalah puteri raja dari Jawa.


2. Hanya sebahagian minoriti penulis sejarah mencatatkan yang Puteri Gunung Ledang itu adalah puteri Raja Majapahit.


3. Kerajaan Majapahit (1293 – 1478) telah didirikan oleh Raden Wijaya pada tahun 1293 dan berakhir semasa pemerintahan Bhre Kertabumi atau Bhrawijaya V dalam tahun 1478.


4. Runtuhnya Kerajaan Majapahit setelah pasukan pendakwah Islam yang diketuai oleh Raden Fatah dan dibantu oleh anggota Wali Songo pada tahun 1478. Setelah itu berdirilah Kerajaan Islam Demak (1478 – 1548).


5. Raden Fatah telah ditabalkan sebagai Sultan Demak pertama yang menggunakan gelaran Sultan Alam Fattah al-Akbar bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin (1478 – 1518).


6. Kesultanan Melaka (1399/1402 – 1511) yang dimulai dengan Parameswara putera Seri Ratna Wira Karma (1399/1402 – 1413) dan berakhir semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah bin Sultan Alauddin Riayat Shah (1488 – 1511).


7. Menerusi perkahwinan pertama dengan Raja Wati (Tun Kecil) binti Sultan Muhammad Shah, pada tahun 1494, Sultan Mahmud Shah telah dikurniakan Raja Ahmad.


8. Puteri Gunung Ledang pula telah dihantar oleh ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka dengan guru-guru agama yang berada di sana.


9. Usia Puteri Gunung Ledang ketika itu dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun.


10. Raja Bhrewijaya V, Raja Majapahit adalah beragama Hindu telah melarikan diri ke Bali setelah runtuhnya Majapahit.


11. Adalah sangat tidak munasabah apabila seorang yang bermati-matian mempertahankan agama Hindu, telah menghantar puterinya mendalami agama Islam di Pulau Besar, Melaka.


12. Sultan Mahmud Syah Melaka pula menaiki takhta pada tahun 1488, iaitu setelah 10 kejatuhan Kerajaan Majapahit.


13. Yang dimaksudkan sebenarnya Raja Jawa itu ialah Raden Fatah, iaitu Sultan Demak yang pertama (1478 – 1518), yang memerintah di Jawa Tengah.


14. Ini bermaksud, Puteri Gunung Ledang itu ialah Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau nama sebenarnya Puteri Siti Djamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar atau Raden Fatah.


15. Panggilan lain Puteri Gunung Ledang ialah, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Gumilah dan Siti Jamilah.


16. Ibu Puteri Gunung Ledang ialah Siti Murtasimah binti Maulana Ahmad Rahmatullah atau Sunan Ampel. Ini bermaksud Puteri Gunung Ledang adalah cucu Sunan Ampel, Wali Songo.


17. Bapa Puteri Gunung Ledang iaitu Raden Fatah pula ialah putera Sultan Wan Abdullah Umdatuddin iaitu salah seorang pendakwah di Jawa yang kemudian menjadi panglima perang Champa dan seterusnya menjadi Raja Champa (1471 -1478).


18. Dan yang menjadi pelopor dakwah di Pulau Besar, Melaka ialah Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar, iaitu berpangkat datuk sepupu Puteri Gunung Ledang.


19. Turut menuntut ilmu agama di Pulau Besar ialah Sunan Bonang dan Sunan Giri, anggota Wali Songo.


20. Puteri Gunung Ledang bersama dua orang lagi saudara yang mempunyai pertalian darah, iaitu puteri kepada Sayyid Thanauddin, telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk setelah tidak lagi selesa dengan gangguan Sultan Mahmud Syah di Pulau Besar.


21. Tun Seri Lanang telah menggambarkan dengan bahasa yang halus (metafora) tentang penolakan peminangan oleh Sultan Mahmud dengan perkara yang tidak mampu disediakan oleh manusia biasa.


22. Sultan Mahmud Syah juga tidak menitahkan hukuman bunuh atas sifat durhaka Puteri Gunung Ledang atas penolakan peminangan tersebut, sebagaimana kelaziman yang dilakukannya.


23. Ini kerana Puteri Gunung Ledang adalah puteri kepada Sultan Demak yang kuat pengaruhnya yang berjaya menjatuhkan Kerajaan Majapahit serta mendapat sokongan daripada ulama dan anggota Wali Songo.


24. Puteri Gunung Ledang juga adalah anak saudara Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin, yang menjadi penguasa di Cirebon, Jawa.


25. Melaka pada waktu itu juga sedang berada di ambang keruntuhan akibat perebutan kuasa di kalangan pembesar dan akhirnya tumbang kepada Portugis pada tahun 1511.


26. Setelah tamat pengajian agama di Pulau Besar, Melaka, Puteri Gunung Ledang telah kembali ke Jawa dan berkahwin dengan Raden Abdul Kadir bin Raden Muhammad Yunus bin Sayyid Khalid al-Idrus. Raden Abdul Kadir adalah anak Adipati Jepara.


27. Hasil perkahwinan Puteri Gunung Ledang dengan Raden Abdul Kadir, mereka telah dikurniakan cahaya mata, Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.


28. Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid juga telah dihantar menuntut ilmu agama di Pulau Besar. Kedua-dua mereka terkorban di Pulau Besar semasa pertempuran menentang Portugis di Melaka. Turut terkoban dalam perang tersebut ialah Raden Abdul Kadir, suami Puteri Gunung Ledang.


29. Semasa berlaku perebutan kuasa di Demak dan setelah kematian suami serta dua orang puteranya, Puteri Gunung Ledang telah kembali semula ke Gunung Ledang untuk bersendiri dan berkhalwat kepada Allah.


30. Menurut sesetengah pendapat, Puteri Gunung Ledang telah meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1640, dalam usia yang sangat tua.


31. Puteri Gunung Ledang sememangnya telah melahirkan zuriat yang bukan semata-mata berjasa kepada bumi Melaka, tetapi telah menyerahkan nyawa suami dan anak-anaknya kepada Allah untuk mempertahankan dakwah di Nusantara.


Kesimpulannya,


1) Puteri Gunung Ledang bukanlah makhluk halus atau bunian seperti kepercayaan masyarakat.


2) Metafora yang digunakan oleh Tun Seri Lanang adalah untuk menutup kekurangan raja-raja melayu yang menjadi punca kejatuhan kuasa orang Melayu.


3) Penjajah cuba menutup sejarah dakwah Islam di nusantara.


Kredit: Tok Cu

Khamis, 12 Januari 2023

Silibus tinggi

 Saya menyokong jika ada mana2 pihak mahu utarakan bab silibus yg tinggi ni. Saya sendiri pun tak habis2 ingatkan bahawa keadaan emosi anak harus dijaga dgn baik dalam hal ini agar mereka tidak membenci pelajaran. 


Anak saya yg di darjah 5 cakap,minggu depan ada ujian. 

As usual,budaknya mudah panik. Merembes air mata mintak saya ajarkan subjek Sejarah. "Ma,macam mana nak study sejarah ni? 😭😭😭" 


Saya sengaja tak nak merasa resah sama ikut mcm dia. Saya kata, nanti kita study sama2. Budak panik,soalannya "bila nak study?" Saya cakap,ikut masa saya (jam 4-5 pagi) yg selalu saya bangun. Sebab anak saya ni memang dah biasakan diri utk bgn awal macam mak dia. So,setakat jam 4 pagi nak kena bangun,takde hal lah. Memang selalu pun dia buat kerja sekolah time awal pagi mcm ni. 


 Tapi...untuk study ni, dia punya panik tu,dia kunci jam 3 pagi. Jam 3.30 pagi dia dtg kat saya. Selama ni saya ambil kisah je pasal subjek Sejarah time buat kerja sekolah. Tapi kali ni suruh study...haaaaa menggelupurlah jugak saya nak memahamkan dia! 


Subjek Sejarah tahun 5 awal2 lagi dok bagi penekanan kat institusi diraja. Nak serap pemikiran politik ni dari awal lagi. Sedangkan hakikat asas penubuhan Tanah Melayu melalui alkisah Parameswara tak wujud pun. Kita dulu belajar penubuhan Tanah Melayu melalui macam2 cerita pasal Parameswara lah...mcm mana Portugis dtg ke Melaka. Zaman Belanda ada kat Tanah Melayu dan sbgnya. Rasanya bila mula dari situ,senang nak keep track cerita pasal sejarah ni. 


Mai tang buku teks anak darjah 5 ni...haaaa tudiaaaa...

Keluaq perkataan Sulalatus Salatin lah...paman lah....Demang Lebar lah...


Apa benda semua tu? 

Anak sampai skrg tak faham maksud kuasa mutlak tu apa. 

Titah perintah tu macam mana. 

Tu belum cakap lagi institusi raja zaman kerajaan melayu awal,British,Jepun dan selepas Merdeka. 

Depa sendiri tak tau zaman2 ni zaman apa. 

Kot nak mula pada zaman kesultanan Melayu Melaka ka...takdak! Tiba2 merentas masa sampai zaman Jepun,British bagai. 


Eh ingat senang ke nak bagi budak faham pasal perlembagaan negeri di peringkat usia 11 tahun ni? 

Sekali lagi saya ulang...11 tahun eh umur budak ni!  Bukan 21 tahun eh! 


Perkataan perlembagaan pun saya baru dengar masa tingkatan 3 kalau tak silap saya. 


Hello penggubal silibus kat atas sana! 

What do you expect budak 11 tahun faham pasal perlembagaan ni?!!!


Memang saya mengucap betul dlm hati. 

Takleh tunjuk depan anak,sat lagi dia sama meroyan.

Dia sama risau. Jenuh nak handle part emosi tu pulak. 

Saya bertenang dalam dia bergenang air mata. 

Padahal saya tak marah dia pun. Saya wujudkan soalan2 tertentu supaya dia tahu kalau soalan mcm ni keluar,nak bagi jawapan apa. 

Itupun last2 saya tolong jawabkan. 

Ajar buat peta minda. 

Ajar tengok point. 

Tapi paling takleh blah...institusi diraja di luar negara pun kena tau jugak 😆adeh....nampak sgt otak tukang2 buat silibus ni dok kat lutut,tak sampai ke hati. Otak yg tak dibimbing dgn hati yg punya rasa empati pada kanak2,mcm nilah jadinya buku teks yg ada. 


Lepas tu salahkan cikgu sebab tak guna kreativiti dalam PnP. 

Apooo??? 

Diri sendiri tak menjamin keselamatan akal fikiran dan emosi pelajar,kemudian nak salahkan orang lain pulak. 


Jangan terkejut eh nanti ramai anak kecil ni dah develop depression dlm diri. Tak semua budak boleh ikut silibus aras tinggi ni. 


As parents,lower down your expectation please. 

Jgn sebab takut sangat dgn silibus,anda dah buat emosi anak terganggu. 


Kalau mcm nilah gayanya..percayalah,tiada keadilan dlm sistem pendidikan kita. Guru2 pasti akan bagi soalan2 berulang dan dah diberi hint siap2 utk pelajar2 score bagi menaikkan rating sekolah. Dan lebih ramai ibu bapa memilih utk homeschooling anak drpd percaya kepada sistem pendidikan zaman kini. 


A wake up call utk ubah silibus aras tinggi.

PBD

 Mengapa Sistem Pendidikan Caca Marba?


(1) Pelaksanaan PBD telah merumuskan sesuatu yang sangat penting untuk kita pelajari. Ya, sesuatu yang sangat penting dalam usaha kita memahami mengapa sistem pendidikan negara sedang caca marba?


(2) PBD telah menunjukkan wujudnya perbezaan cara fikir antara kumpulan pengubal pentaksiran dan kumpulan pentadbir pendidikan sehingga menghimpit guru sebagai pelaksana pendidikan. 'Mangsa akhir' tentulah murid-murid.


Bagaimana ia berlaku?


(3) Apabila pengubal telah merangka dan menyusun PBD, itulah yang kita lihat di dalam dokumen PBD. Istilah muluk seperti holistik, kemenjadian murid, kualiti pendidikan, pendidikan masa depan atau kepelbagaian bakat murid menjadi 'slogan' para pengubal PBD . 


(4) Dari mana mereka dapat ilham untuk mengubal PBD ? Dari siri lawatan, piawaian dan model pentaksiran dari negara lain. 


(5) Selepas PBD dibangunkan, maknanya kumpulan pengubal telah melaksanakan tugas mereka. Mereka pun 'cuci tangan'. 


(6) Dari 'air tangan' pada pengubal PBD , lahirlah dokumen yang serba cantik. Anda sendiri boleh buat carian untuk membaca dokumen Pentaksiran Bilik Darjah yang dikeluarkan. 


(7) Di peringkat pentadbir pendidikan pula, fokus mereka ialah mencapai kecemerlangan akademik. Mereka mempunyai KPI juga. Itulah yang diuruskan sejak dahulu. Memastikan murid-murid mencapai keputusan akademik yang baik dan itu KPI tahunan jabatan. Dengan pemikiran ini, mereka berusaha kuat untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 


(8) Apabila bertembung antara idea 'kemenjadian murid' yang holistik oleh pengubal PBD dengan idea 'kecemerlangan akademik' oleh pentadbir, maka para guru sebagai pelaksana pasti tersepit di tengah. 


(9) Di satu pihak, guru sedaya upaya cuba untuk memenuhi hasrat para pengubal PBD tentang 'kemenjadian murid' yang holistik. Di satu pihak lain, guru perlu pula patuh untuk memastikan rekod pencapaian akademik meningkat setiap tahun. Seolahnya jika berlaku kemerosotan akademik, ia satu kesalahan besar untuk sekolah dan para guru.


(10) Inilah yang sedang berlaku sekarang. Pengubal mahu laksanakan PBD yang berkesan. Maksudnya, pengubal tahu untuk laksanakan PBD kelas mestilah tidak  ramai murid supaya dapat dilaksanakan PBD dengan berkesan. Tetapi pentadbir pula tidak melihat isu mengurangkan bilangan murid-murid di dalam kelas sebagai sesuatu yang kritikal. 


(11) Sebab itu PBD di negara ini tetap juga dilaksanakan dalam kelas yang ramai murid. Sehingga ini, tidak ada sebarang pengumuman untuk mengecilkan bilangan murid-murid. Guru-guru tersepit. Akhirnya terpaksa melakukan PBD di dalam kelas yang terlalu ramai murid. 


(12) Contoh lain, pengubal PBD tentu faham dan bersetuju yang silibus mata pelajaran tidak boleh terlalu padat dan rigid jika mahu melakukan PBD yang berkesan. Silibus yang tidak padat akan menyebabkan lebih banyak aktiviti murid dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengubal tahu melalui aktiviti pembelajaran yang banyak ini,  pelaksanaan PBD akan lebih baik. 


(13) Tetapi pentadbir pula melihat keutamaan mereka ialah laporan kecemerlangan akademik. Silibus mestilah banyak, lebih rigid berasaskan DSKP dan apa yang ada di dalam buku teks. 


(14) Guru sebagai pelaksana tersepit di tengah antara pengubal dan pentadbir. Guru perlu melaksanakan PBD dan pada masa yang sama kena juga mengajar secara 'laju' disebabkan silibus yang padat.


(15) Contoh lain. Pengubal PBD bangunkan tahap penguasaan (TP1-6) untuk memudahkan guru mengenal pasti keupayaan murid. Jika rendah keupayaan murid berilah TP1 atau TP2. Kemudian guru lakukan intervensi supaya kemenjadian murid dapat ditingkatkan. Ini proses yang berterusan. 


(16) Tetapi tidak semestinya pentadbir melihat TP PBD sebagai alat ukur berterusan membantu kemenjadian murid. Mereka melihat TP PBD sebagai pencapaian akhir murid-murid. Sebab itu timbul berbagai dakwaan kononnya berlaku 'penipuan TP' yang sedang heboh sekarang. Sedangkan PBD adalah amalan di dalam bilik darjah. Apa perlunya pelaporan berterusan PBD di luar bilik darjah kecuali pada ibubapa? 


(17) PBD baru satu contoh. Bagaimana pula dengan 'Sekolahku SEJAHTERA'? 'PAK21'? 'TS25'? KBAT?


(18) Selagi pemikiran kumpulan pengubal dan kumpulan pentadbir tidak selaras, guru-guru sebagai pelaksana pasti akan tersepit dan memang caca marba-lah sistem pendidikan negara.

RPH

 I don't understand why teachers, who are supposedly deem professionals in our country, need to submit multiple types of evidence to prove we are teaching. 


RPH submit

Semakan buku kerja submit

Transit form PBD submit


Campur observation by admins, KP, jabatan & unit KPM lagi. Dengan ada learning walk apa semua. 


Kenapa kena dibuktikan lagi dengan daily lesson plans? 


In some districts in the USA they ask for weekly plans, tu pun cikgu deme mogok. Kat sana dah banyak kali ada discourse on how lesson plan SUBMISSIONS is 

- a sign of micromanagement & distrust, 

- is archaic

- takes away valuable time probably better used for something else 


Thing is, I don't think people "di atas" understand planning ≠ lesson plans. 


I plan my lessons, GLADLY. I enjoy making worksheets, looking up resources, and discussing ideas with colleagues & fellow teachers on the net. 


What I don't enjoy is the write up. That's why my idea of LP is simply uploading worksheets & resources for the day/whatever scribbles I've done pre-entering the class. 


Ada cikgu yang RPH terjaga tapi masuk kelas everyday suruh baca buku teks/buat buku kerja secara senyap & sendiri. Tapi cikgu gini takkan kena apa-apa pun; sebab di Malaysia yang penting adalah paper trail 🥲


UK siap ada comprehensive report on why it's ineffective kodddd, kita ni bilaaaaaaa. Read the three points I tanda with yellow. Paduuuuu 🥹


Malaysia ni terpaling juara bab data collection tapi policy tak melambangkan arahan tu berpandukan data & research pun. 


Orang tak bising sebab LP ni bendanya boleh beli, boleh kopipes. But I don't like doing things that don't make sense to me 😐😐😐


Link for the complete report : https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/511257/Eliminating-unnecessary-workload-around-planning-and-teaching-resources.pdf

Guru yang lesu

 (1) Kes seorang murid tingkatan tiga yang memukul guru disiplin dengan penyapu kerana mengunting rambut beliau yang panjang telah menunjukkan kepada kita satu kekeliruan besar tentang konsep pendidikan yang kita amalkan. 


(2) Apakah konsep pendidikan sudah berubah dari PENDIDIKAN kepada HANYA PENGAJARAN? 


(3) Jawapnya- YA, telah berubah. Tanpa sedar, bila sistem pendidikan kita mula mementingkan prestasi akademik lebih dari segala-galanya. Bila pencapaian akademik dijulang sebagai kejayaan pendidikan dan menjadi kayu ukur kualiti sekolah dan sistem pendidikan. 


(4) Kita selalu dengar tentang berbagai inovasi pengajaran (PAK21, KBAT etc), tapi pernahkan kita mendengar tentang inovasi besar dalam pembentukan adap, akhlak dan adap murid-murid di sekolah? 


(5) Kita selalu meraikan murid-murid yang cemerlang peperiksaan, tapi pernahkah kita raikan murid-murid mithali adap, sahsiah dan akhlak? Kalau pun ada, itu tidaklah sehebat sanjungan kita pada pencapaian akademik. 


(6) Jadi bila konsep pendidikan itu sendiri sudah berubah dari pendidikan kepada sekadar pengajaran mengikut mata pelajaran, adakah peranan guru-guru hari ini masih lagi perlu dikekalkan sebagaimana guru-guru di era 60an, 70an dan 80an?


(7) Dulu, peranan guru diterima oleh seluruh ahli masyarakat sebagai pendidik. Ibubapa menghantar anak-anak untuk dididik oleh guru dengan semangat 'kalau anak saya lakukan kesalahan atau malas belajar, cikgu rotan dan dendalah anak saya. Asalkan jangan buta, pekak atau patah anggota badannya.' Saya serahkan anak saya untuk cikgu didik menjadi orang yang berguna'. 


(8) Hari ini, semangat itu semakin tiada lagi. Kisah ibubapa 'menyerang' guru-guru yang mendenda anak-anak mereka sudah kerap berlaku. 


(9) Malah jangankan merotan atau mendenda, jika ada guru-guru mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan anak-anak juga sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk sesetengah ibubapa 'menyerang' pihak sekolah dan guru.


(10) Zaman berubah. Apakah peranan guru juga patut berubah? Dari seorang pendidik kepada seorang pengajar? 


(11) Apakah hari ini guru-guru sepatutnya hanya mengajar isikandungan mata pelajaran sahaja? Tanpa perlu lagi guru mendidik murid-murid tentang adap, sopan, disiplin dan akhlak? 


(11) Malah bukan rahsia lagi ada sesetengah guru telahpun mempunyai prinsip, 'kerja aku masuk kelas, mengajar ikut buku teks, habis waktu aku keluar kelas, sampai waktu habis waktu sekolah, aku balik rumah. Cukup bulan aku ambil gaji. Perangai, akhlak atau adap murid bukan kerja aku. Itu kerja mak bapak mereka sendiri."


(12) Sistem pendidikan kita sudah tidak jelas tentang hal ini. Apakah seorang guru hanya perlu mengajar mata pelajaran mereka sahaja. Atau selain mengajar, guru juga bertanggungjawab mendidik murid-murid tentang akhlak, adap, sopan dan  disiplin? 


(13) Tiada keselarasan pendirian tentang hal ini. Terserah pada guru itu sendiri. Nak mendidik boleh, nak setakat mengajar pun boleh. Akibatnya, ibubapa sendiri ikut tidak jelas. Murid-murid juga tidak jelas. Lalu dipukulnya guru yang mahu mendidik dengan batang penyapu.

Apply

 BAKAL BOSS LAPAR LIKE 


1. Jika kau nampak iklan jawatan kosong yang tak lengkap infonya...


2. Fikir dululah sebelum apply kerja situ. Apatah lagi kalau kau kena maki bila cuba minta penjelasan.


3. Pada aku syarikat macam tu tak tahu hala tuju. Macam line aku dalam bab 3 dimensi...mesti kena state awal-awal syarikat cari pekerja dalam bidang apa dan software apa.


4. Walaupun asas knowledge tu semua sama, kau nak suruh seseorang lompat 3Ds MAX belajar Maya belajar Blender, lompat gi Sketchup, Viz, SolidWorks, ZBrush lepas tu dimintaknya Autocad pulak....kau gila?


5. Kau analogikanlah macam bengkel. Ada bengkel kereta persendirian, dia ambik semua jenis kereta. Ada bengkel yang hanya ambik kereta jenama tu saja. Kalau Mercedes, dia hanya repair brand tu aje.


6. Mana satu kau lebih yakin untuk hantar kereta? Mana satu yang lebih specialist jika kita banding dua-dua jenis bengkel? Kau rasa bengkel mana boleh solve problem dengan lebih baik?


7. Bila ada syarikat tawar jawatan tapi syarikat tu sendiri tak berani nak state out apa mereka cari dalam iklan tu, itu petanda awal kerja kau ada pelbagai variasi dan majikan tu nak kau jadi 'pekerja am.' Term betul dia 'generalist.'


8. Kau akan diexpect perform dan mampu proses benda unexpected bila-bila masa boss kau nak. Skop kerja kau besar dan limitless. Kau akan kena buat kerja 2-3 orang serentak.


9. Padahal kalau kau semakin handal, kau punya job scope jadi semakin fokus sebab kau dah 100% power dalam bidang tu. Kau akan jadi orang rujukan kerana orang tahu kau pasti ada solusi dia.


10. Syarikat yang suka pekerja dia berdepan cabaran dan masalah, kemudian gebang bayar gaji tinggi ni, satu benda annoying biasanya akan berlaku....


11. Tiap-tiap kali ada masalah, boss akan ingatkan kau "hak eleh, takkan benda ni takleh setel? AKU BAYAR GAJI KAU TINGGI KOT..." 


12. Lagilah kalau bakal boss kau kaki lapar like media sosial, suka engage orang awam tentang company dia on a very personal level. Silap-silap kau jadi bahan status dia.


13. Biasanya, a proper company will do proper with any potential candidate. Banyak petunjuk boleh kita guna untuk detect sama ada company tu proper atau tidak. 


14. Salah satu petunjuknya adalah 'adakah boss syarikat tu suka malukan orang lain openly dalam media sosial?' Jika ya, nasihat aku...elakkanlah. 


15. Kau nak try jugak, terpulang kepada kau lah.

Isnin, 9 Januari 2023

Ketam

 Bila bercerita tentang kelas tambahan...  orang kita hanya sibuk menukar kepada nama yang glemer. 


Contohnya praktis minda,  peer to peer… from zero to hero dll


Tapi konsep yang teman faham ini adalah konsep songsang iaitu drilling from external not from internal. 


Dalam kata mudah kita mengharapkan pelajar ada internal driven iaitu kekuatan atau semangat dari dalaman diri pelajar itu sendiri untuk belajar. 


Dengan harapan dia dapat mengenal tuhan yang menciptakannya.  Selain itu dia dapat berfikir sesuatu yang baru dalam hidupnya. 


Yang kita nampak hanyalah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan usaha akademik dia. 


Tak lebih dari itu. Mungkin boleh dikaitkan dengan istilah 'mandul minda'


sekadar renungan


Sembang dengan seorang cikgu di sekolah. 


 Apa hubungan antara semakin banyak kita buat kelas tambahan dengan result periksa budak. 


 Mana dapatan yang menyokong semakin banyak buat kelas tambahan result budak-budak meningkat. 


Teman berpegang kepada DDDM data driven decision making. 


Atau ada siapa-siapa yang tahu mana2 kajian ilmiah tentang korelasi antara kelas tambahan dan juga result periksa budak. 


 terima kasih


Dah lari dpd norma pendidikan untuk pembentukan manusia tuan Sheh. 

Budak ada 24 jam shj sehari, tak tahulah kut cikgu ada 72 jam sehari. 24 jam tu lah pelajar nak gunakan untuk hadir kelas formal, makan-minum, mandi, tidur, bersukan dll. Kalau satu subjek buat kelas tambahan 2 jam, kalau ada 5 subjek, 10 jam masa kelas tambahan seminggu.

 Penjawat awam pun masa kerja rasmi mereka 40 jam shj seminggu, dan masa selebihnya untuk aktiviti kehidupan yang lain. Pelajar berapa jam pula masa untuk aktiviti pembelajaran dlm jadual mereka. Bila masa pelajar itu hendak menguruskan masanya sendiri, merancang, merujuk buku, membuat nota sebelum kelas, membuat semua 5 peringkat Nota, mencerna pelajaran, buat latihan dan berbagai-bagai keperluan pembelajaran yang perlu diamalkan supaya menjadi pelajar yang berkesan. 

Kalau dapat A daripada kelas² tambahan melampau itu cuma proses menelan apa yg disuap dan memuntahkan balik semasa peperiksaan, habis peperiksaan semua yang dipelajari berterbangan ke langit biru dan dilupakan. 

Mungkinkah kita boleh membentuk pelajar yang hampir berdikari sepenuhnya ketika mendapat ijazah pertama jika daripada umur 7 tahun hingga ke 17-18 tahun, pelajar di spoon-feed semahu-mahunya, tanpa masa dan kesempatan yang cukup untuk mereka berkembang secara ubah ansur secara linear (semakin berkurang utk pergantungan mereka dan semakin bertambah pula untuk kemampuan berdikari mereka)?

Sabtu, 7 Januari 2023

ACR50


 Sekadar berkongsi pengalaman pahit membaiki kereta di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI.


27/12/2022

Alhamdulillah diberikan rezeki untuk memiliki kereta ini. Jadi buat keputusan untuk buat checking dekat Toyota CBU Specialist utk check kereta sbb bli kereta 2nd hand. 29/12/2022 excited dpt bawak kereta besar dan bertolak dari Gua Musang ke Bangi.


30/12/2022

Sebelum jam 9.00 pagi lg dah sampai dkt TOYOTA CBU SPECIALIST sbb excited sgt nk repair kereta kn..padahal kereta xde masalah apa2 pon..Cuma nak checking takot ade barang yg x nampak sbb xreti sgt mengenai kereta ini. So dalam lebih kurang 9.15@9.30 baru kereta di bawa masuk ke bay utk checking. Ulang-alik masuk bay tgk kereta mase checking. Pastu dlm lebih kurang pukul 10.15 pergi dekat kereta dan diberi penerangan mengenai kerosakan pada kereta. Banyak la jugak brg yg perlu ditukar kalau ikut list yg mekanik tunjuk. Then buat keputusan untuk tukar gasket sbb katenye head enjin ade leaking, pastu mekanik suruh tukar engine breather hose, katenye kalau bukak head enjin, kena tukar breather hose sekali sbb breather hose akan pecah. So aku yg bodoh pasal kereta nie pon ikut je lah ape yg die suruh tukar. Then mekanik suruh tukar v-belt sbb katenye belt dah jd warna coklat dah. Disc brake katenye kena skim jugak sbb dah bengkok dah..bila skim disc brake, die suruh tukar brake pad skali sbb takot disc brake yg skim tu bengkok smula. Then mekanik cakap kene servis ekon sbb xtaw keadaan ekon mcm mane kn..pastu tukar dua-dua filter sbb dah banyak habok. So sy mmg suruh tukar la..ade lg yg disuruh tukar seperti engine mounting 4 pcs, steering rack, steering column. Tapi sy decide utk tak tukar lagi sbb mekanik ckp still boleh pakai. So tukar dan servis yg penting je dlu. Tu pon kire2 dah 1700++..


Kemudian keluar makan dekat kedai berdekatan. Then dalam jam 10.51 pagi, yg jaga kaunter call cakap mounting kereta kena tukar sbb yg sebelah kiri dah pecah teruk tapi tak boleh tukar 1, kena tukar empat-empat skali tukar. Dan bila tanya harga berapa, die cakap 2250. So decide utk tukar sbb xnk jadi apa2 bila balik kelantan. Then decide utk amek grab balik hotel sbb katenye mungkin lambat siap lebih kurg jam 6 ptg. Jam 3.06 ptg, yg jaga kaunter call suruh tgk video yg dihantar. Video mengenai disc brake yg masih bengkok walaupon dah 3x skim. So sy buat keputusan, disc brake masih lagi bengkok, tak perlu tukar brake pad sbb kalau tukar brake pad pon disc brake bengkok, akan merosakkan brake pad yg baru..


Lebih kurang hampir jam 6 ptg sampai di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI bersama isteri dan anak-anak. Kereta masih belum siap. Lebih kurg jam 6.30 baru nampak kereta dah siap di test mekanik dan dah siap utk deliver dekat owner. Katenye kereta dah cek dan dah siap. Terkejut dengan bayaran yang dikenakan. Jumlah bayaran RM5070 (refer gambar resit). Dalam kiraan cuma bawah 4000. Rupenye harga mounting dah jadi lain dari masa penerangan waktu pagi. Waktu penerangan pagi pukul 1030 pagi, die cakap RM2250(refer gambar wasap ditulis utk reminder diri sendiri). Tapi dalam resit RM2550. Beza sampi 300. Then 1 lagi yg mengejutkan bila brake pad still ditukar walaupon mase yg jaga kaunter call dah bagitahu jangan tukar pakai yg lama. Katenye brake pad yg lama dah pecah tapi takde bukti pon tunjuk depan mata yang brake pad lame aku dah pecah. Hadoi..


Dah settle bayar online boleh plak MAE aku buat problem xleh share receipt. Tapi payment dah settle. Dapat kunci terus jalan keluar bawak isteri dan anak-anak jalan2 area bangi cari makan, cari barang-barang sikit. So jalan pergi Kompleks PKNS bangi masuk parking underground. Mase drive kereta, brake ade bunyi, so fikir mayB brake baru. Then ade bau hangit yg kurg menyenangkan. So biarkan je dlu lah..balik hotel di Bangi Gateway, mandi dan keluar minum dengan kawan. Dalam jam 10.08 pm call yg jaga kaunter tu kenapa masa drive ade keluar asap dkt ekzos, ade bau hangit. Jawapan yang diberikan adalah biase lah tu sebab tukar gasket baru ade bau sikit. So aku yg bodoh nie pon percayalah sbb xtaw ape2 pasal kereta nie. 


31/12/2022

Keesokan harinya, dalam jam 11 pagi checkout hotel, terdetik nak cek minyak enjin. Memang terkejut sbb minyak enjin dah hilang lebih dari separuh. So call yg jaga kaunter tu lebih kurg pukul 12.42pm tanya kenapa minyak enjin boleh kurg. Jawapan yg jaga kaunter tu cakap diorg x usik bawah enjin pon sepatutnya xde leaking la kn dan bukan salah diorg la minyak enjin kurang. So die suggest untuk aku tambah minyak enjin. So aku pon berhenti di Setiawangsa sbb situ je tahu kawasan rumah lama, cari kedai servis kereta, tambah minyak enjin jenama yg sama dengan minyak kereta yg tertulis dekat cermin. Minyak Castrol Edge 5w-40 1 liter yg harga 80 sebotol. Isi sebotol lebih kena beli 2 botol RM160.


Dah isi minyak enjin, singgah rumah kawan lama..Then dalam pukul 5 petang baru gerak balik kelantan. Sepanjang perjalanan bau hangit. Bila dah start maghrib, bila berhenti kt traffic light akan nampak ekzos berasap dari cermin sisi. Rase kereta makin lama makin berat. Jadi lain xbest bawak berat.Dengan kebodohan yg ade pd aku sbb percaya dengan apa yg diberitahu , tukar gasket baru biase la tu bau hangit, drive sampai la ke rumah di Gua Musang.

Sesampainya di rumah Gua Musang, bukak bonet depan, habis berasap enjin. Bau hangit mmg keluar dari situ (boleh refer pada video). Boleh tengok pada gambar, minyak leaking yg kena pada paip aircond dah mengeras. Mmg rase frust giler bile kereta yg baru je beli, hantar dekat specialist jadi mcm nie. So on the spot ambil gambar dan sent semua pada yg jaga kaunter. Xde respon sbb dah malam. Esoknya ahad dan isnin cuti. Jadi usaha pm dekat FB TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Dan admin page respon dan call on the spot. Jawapannya masih sama, die dah tanya mekanik cakap dah cek semua xde masalah. So die cakap apa2 kena tunggu hari selasa sbb hari selasa cuti. Tapi enjin kereta aku dah rabak habis minyak hitam bersepah menitik dalam bonet depan kereta. Alhamdulillah Allah gerakkan hati suh topup minyak enjin pagi sblm gerak..kalau x topup nie mmg jem terus enjin, tersadai tepi jalan la jwbnye..


01/01/2023

Hari keesokan harinya ajak kawan pomen tengok enjin, die ckp nie leaking sbb pasang gasket xbetul. Mungkin terkepit atau terkeluar. So decide utk x buat apa2 tunggu hari selasa smpi Toyota CBU Specialist Bangi bukak.


03/01/2023

Tunggu punya tunggu, hari selasa, TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI x call pon..pukul 10.21 pagi decide utk call sendiri tanya macam mane nk selesaikan masalah ini..Fuh jawapan nya adalah aku kena bawak kereta pergi bengkel diorg dkt bangi utk buat balik. Owh itu kerja gile.aku bukan duduk Setiawangsa senang2 nk g Bangi. Kos perjalanan, masa perjalanan nak g Bangi utk baiki semula kesilapan yang dibuat oleh TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI aku kena tanggung sendiri. Memang aku mengamok la mase call tu. Then die cakap nk bincang dulu dengan bos die. Okay aku bagi masa. Pukul 12.27 tengahari(boleh rujuk screenshot wasap) die wasap mintak nombor akaun nak refund RM440 utk gasket dan V-belt yg kena minyak enjin tu. Aku pon bls la tanye hos yg baru tukar, mounting yg baru tukar, minyak hitam yg keluar macam mane. Aku tukar yg baru, kena minyak enjin panas, ko bleh ckp mende tu boleh pakai lagi. Memang taik la..masalahnya sekarang mende tu aku tukar baru, aku nak dalam keadaan baru la. Baru pakai sehari dah kena minyak enjin panas. So aku mmg panas giler, aku mmg mengamok, then aku suruh manager die call aku.


So pukul 2.17 pm, manager die perkenalkan diri, name mende dah x ingt dah die call aku. So cara percakapan mmg org baik bagus lah. Nak selesaikan cara baik. Solution pertama yang diberikan adalah die mintak jasa baik aku untuk hantar kereta aku ke bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI semula. Then aku jawab, kos perjalanan dan berapa, tol, minyak, makan, hotel. Aku cakap 30/12/2022 aku habis 6000 lebih utk repair kereta aku alih-alih jadi macam nie. So die pon bagus, mintak maaf atas kesilapan yang berlaku. Aku pon cakap la aku xkn hantar dah ke TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI sbb xde masa.


So solution kedua diberikan manager tersebut adalah die akan arrange towing untuk ambil kereta aku dan hantar ke bengkel  TCBUS BANGI. Die mintak nombor plat kereta aku, die akan call insuran kereta aku utk arrange ambil kereta aku. Ehhh aku tanye kenapa nak gune towing insuran kereta aku. Die cakap kn kereta ade towing, boleh gune. So aku decide aku xnk gune towing aku dan aku decide aku dah xpercaya dengan bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Aku xkn hantar dah untuk repair bila dah jadi macam nie. Kali pertama hantar pasang gasket head boleh terkepit..adoi..memang aku cakap ini kali pertama dan kali terakhir aku hantar dekat TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. So aku cakap aku still berkeras aku nk refund jugak macam mane pon. So die cakap die kan call aku balik hari Rabu pagi.


04/01/2023

Pukul 10.36 pagi die call tapi aku tgh keje. So aku call balik jam 11.01 pagi. Manager ni masih ulang yg sama mintak jasa baik utk setuju towing kereta ke bangi. Aku juga berkeras dengan keputusan aku untuk tidak hantar kereta ke bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI  sbb aku dah xpercaya dengan hasil kerja mereka bila enjin leaking yg terok. So aku pulak suggest aku punye solution suruh diorg hantar mekanik diorg ke Gua Musang utk repair semula kereta aku. Die agak marah dengan idea aku nie sbb die cakap susah la sbb barang xde, aku cakap bawak la sbb nie bukan salah aku. So die letak call utk bincg. Aku pon wasap manager nie( boleh refer screenshot). Aku cakap sama ada diorg hantar mekanik ataupon refund duit ikut harga barang yg rosak mcm gasket, hos yg kena minyak hitam, v-belt dan mounting belakang beserta minyak hitam. Alhamdulillah manager respon pada wasap die ckp akan maklum semula dan die still mintak maaf.


So aku call die tanya macam mana keputusannya, die cakap akan call sebelum asar. Tunggu punya tunggu xcall..aku yg call pukul 4.29pm die cakap die akan bagitahu sebelum jam 6. Pukul 6  xcall jugak..aku yg call die pukul 6.03 pm so die cakap xde keputusan sbb kena berbincang dlu.


Okay saat yg aku tunggu tiba..6.49pm die call bagitahu, diorg setuju utk refund duit atau barang ikut nilai yg dah bayar. Alhamdulillah aku suke jugak la dengar. Tapi die cakap kalau nak tukar mounting kena pergi jugak bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. So aku setuju dengan keputusan ni. Die pon suruh aku hantar nombor akaun dan die cakap lepas isyak die akan transfer sbb die tgh drive dari kuala selangor ke bangi. So aku buat keputusan utk hantar no.akaun aku dkt die lepas isyak.


Pukul 8.55 pm aku hantar no.akaun dekat wasap..xde respon..pukul 10.41 wasap tanye bile nk selesai, xde respon. So decide utk call 11.03 pm..10x x angkat..mmg kecewa sbb x selesai jugak hari tersebut..


05/01/2023

Keesokan harinya call manager pukul 9.21 am tanya bile nk settle. Die cakap akn call back. 9.31 am manager tu call semula dan die cakap pukul berapa hantar no.akaun, so akau ckp la kate lepas iyak, aku hantar la lepas isyak. Die cakap lawyer diorg akan settle, lawyer diorg akan call dalam pukul 11 pagi. Aku tunggu, call semula tapi manager nie dah x angkat dah. So masalah aku nie sampai masa ini dan saat ini masih belum settle. So aku decide utk kongsi pengalaman aku bila aku repaie kereta di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Kereta aku masih tersadai xgerak dari hari sabtu malam lg..Dah dekat seminggu belum settle..Semalam aku pon dah call tribunal tuntutan pengguna. So ttpm suruh aku bawak kereta ke bengke terdekat utk buat report kereta tersebut tidak dibaiki dengan betul. Insya Allah esok @lusa aku akan bawak pergi bengkel utk buat report dan kalau xde masalah aku akan buat tuntutan tribunal pengguna. doakan aku..kalau rajin aku buat tuntutan..hahaha

Sabtu, 24 Disember 2022

Batu Belah

 Siri Lagenda dan Misteri di Tanah Melayu.


Lagenda dan Misteri Batu Belah, Batu Bertangkup


Kisah Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah kisah lagenda yang terkenal buat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia. Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan Kapar, Klang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.


Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.


Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.


Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.


Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.


Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan, mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Keesokan harinya Si Bunga Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran Ratu Jayang Sakti menyabung ayam.


Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adiknya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama. Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.


Beberapa tahun telah berlalu kedua-dua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur kelihatan begitu cantik dan pandai mengubah bunga serta anyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayang Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika menang.


Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar lagi suara seram dan sebarang pergerakan dari batu tersebut.


Sejarah Sebenar Batu Belah, Batu bertangkup


Cerita mengenai batu belah batu bertangkup yang berpuaka itu bagaimanapun adalah tidak tepat dari segi sejarah. Sebenarnya, sebelumnya terdapat sebatang pokok Binjai yang berpuaka dan bukannya batu bertangkup sebagaimana diperkatakan dari mulut ke mulut sebelum ini. Pokok Binjai tersebut dipercayai didiami makhluk halus (jin) dan sering mengganggu orang yang lalu lalang di kawasan berhampiran.


Setelah mendapat bantuan daripada seorang pawang Bugis yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, Daeng Mekasar namanya, makhluk halus itu kemudiannya dapat ditewaskan dan jin tersebut dikurung di dalam batu berkenaan. Gangguan telah tiada, namun batu itu mula menjadi sebutan.Beberapa tahun kemudian barulah timbul kisah mengenai keluarga Pak Uda Daik dan isterinya Mak Timah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Mawar dan seorang anak lelaki bernama Pekan.


Ketika Mak Timah mengandungkan Pekan dahulu, Mak Timah pernah mengidam telur ikan Tembakul tetapi tidak kesampaian. Pak Uda pula meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok yang tumbang akibat hujan lebat dan ribut semasa mencari telur ikan tersebut. Setelah kematian Pak Uda, Mak Timah bersama dengan anak-anaknya telah meninggalkan Lubuk Binjai menghala ke Sungai Kerayong di utara Kapar.


Mak Timah memang pernah dikatakan merajuk kerana kempunan telur ikan tembakul. Bagaimanapun tiada keterangan dan bukti yang mengatakan Mak Timah mati ditelan batu belah batu bertangkup.


Begitu juga dengan cerita yang mengatakan anak lelaki mereka yang bernama Pekan berlaga ayam dan berkahwin dengan anak sultan, juga boleh dipersoalkan kebenarannya. Hal ini memandangkan tiada catatan sejarah yang menunjukkan puteri sultan berkahwin dengan pemuda yang bernama Pekan atau sultan berkahwin dengan Mawar kerana pada masa kejadian, Selangor dikatakan berada di bawah pemerintahan diantara Sultan Muhammad atau Sultan Abdul Samad.


Dalam pada itu, berlaku perang saudara di antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan Abdul Samad pada pertengahan kurun ke-19. Ketika peperangan itulah, Bukit Binjai dijadikan sebagai salah satu kubu pertahanan Raja Mahadi sebelum dirampas oleh pasukan lawan.


Pada akhir kurun ke-19, barulah kawasan berkenaan dibuka oleh Datuk Panglima Garang Salleh Datuk Man, Datuk Kaya Baduk Datuk Kaya Mohd Ali Orang Kaya Klang bersama Raja Hassan Raja Ibrahim, Penghulu Wan Hassan Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Salleh, Datuk Maharaja Lela Abdul Ghani Datuk Maharaja Lela Meka’ dan Datuk Panglima Perang Kiri Sedia Diraja Wan Idris Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Amin.


Bukit Binjai dan Kampung Sungai Binjai akhirnya dinamakan dengan nama Bukit Batu Belah dan Kampung Sungai Pinang.


Rujukan Sumber

 

1)A biography of Malaysian writers, Baharuddin Zainal


2) Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 19, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch


 3)"salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-30. Dicapai pada 2016-12-29.

Selasa, 13 Disember 2022

Bisnes Mug

 Sesiapa yang nak menceburi bidang cetakan mug


1. Kertas Sublimation 1 rim (100 pcs) RM 60 

2. Dakwat sebotol RM 60 X 4

3. Printer Epson L1210 RM 600 

4. Alat pemanas RM800 jenama HeatTranz

5. Komputer RM 1700 ikut spek std

6. Selotep tahan panas RM10

7. Mug sublimation RM3.20 - 4.50. Ikut seller Raziff Adam 

8. Software adobe + silhouete

9. Idea <priceless>

10. Kedai online shoppee / lazada

11. Bilik kecil 10 x 10 kaki

11. Lain2 RM500


Jumlah boleh kira sendiri

Berminat?.. 


Teman boleh ajar anda mulakan bisnes 

ان شآءالله


F. O. C

Ahad, 11 Disember 2022

Pm10

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025SudHGiNiK1yLNZuiNzfTzNAuF6RoqyTBhKhucKGF5r4A9e4MuRnVTa2yyQrWu6wl&id=100082394858548&mibextid=Nif5oz


www.wasap.my/601115550551/berminat999grupWhatsAppolitikRM99


Tu dia Melayu PH nak jawab apa kali ni...


Berita ni dah lima hari rupanya, mungkin kerana tidak tersiar di akhbar Melayu...


Malaysia sudah pun hentikan pembinaan sekolah persendirian Cina sejak tahun 1964 lagi kerana isu bahasa ibunda Cina... 


Sekarang hanya tinggal 63 buah SMPC di seluruh negara, dan jadah apa MB Selangor Amirudin Shari dari PKR ni nak bina lagi SMPC di Selangor bhai... 


Tak cukup ke SM Foon Yew di Kulai, Johor seluas 30 ekar, merupakan sekolah menengah terbesar negara dan sekolah Cina terbesar dunia selain di negara China... 


Jumlah pelajar di dua buah kampus SM Foon Yew ini yang pertama di Stulang Laut, JB yang di bina seawal tahun 1913 seluas 13 ekar... 


Dan kampus kedua di Kulai yang di bina pada tahun 2005 sahaja sudah mencecah 12 ribu pelajar pada tahun 2021... 


Belum lagi termasuk jumlah pelajar di kampus baru di Bandar Seri Alam, Masai yang baharu di bina pada tahun 2021, berkeluasan sehingga 23 ekar... 


ADUN DAP Dr. Boo Cheng Hau yang memenangi kerusi DUN Skudai pada PRU 12 dan 13 merupakan alumni kepada SMPC Foon Yew... 


Pada tahun 2021, Dr. Boo Cheng Hau ni pernah mengkritik Ahli Parlimen DAP Segambut Hannah Yeoh di dalam grup WhatsApp DAP... 


Hanya kerana mengenakan selendang semasa Hannah melawat sebuah masjid, mempersoal tentang kesamarataan agama serta bangsa yang di perjuangkan DAP... 


Nak maki hamun 11 peratus Melayu yang undi PH, kang marah pulak puak-puak tu...


Tapi kalau tak maki, sampai bila Melayu minoriti nak jadi bodoh di Malaysia ni...


Apa Melayu PH ni tak baca sejarah sebenar Tanah Melayu ke der...


Atau buat-buat lupa yang zaman Melaka dulu, Tanah Melayu ni masyhur mengalahkan Singapura weh...


Apa bengap sangat Melayu dalam PH ni ye, takkan tak tahu yang Sultan Mahmud zaman kegemilangan Melaka tak pernah ada isu dengan pedagang seluruh dunia...


Datanglah pedagang Cina, baik India, Arab dan lain-lain, mereka semua berdagang dengan aman damai dan makmur...


Bahasa Melayu Klasik bahkan menjadi "lingua franca" atau bahasa perantaraan ketika itu, di seluruh Maritim Asia Tenggara...


Tulisan Jawi pula menjadi tulisan utama dan sebagai medium utama pertukaran intelek, rohani dan budaya, meluaskan pengaruh Alam Melayu... 


Bukti Empayar Melaka sebuah tamadun hebat ialah kemampuan menguruskan sehingga ribuan kapal dagang setiap hari...


Malah tentera Siam yang kuat telah dua kali gagal menumpaskan Melaka, sehingga negeri Kelantan kembali berada di bawah penguasaan Melaka...


Melaka mula kacau apabila Raja Portugal yang beragama Kristian mula mendengar tentang kegemilangan Islam di bawah Sultan Mahmud...


Lalu menghantar Admiral Portugis pada tahun 1509 bersama 18 buah kapal Angkatan Diraja Portugal untuk mencabar kemakmuran Melaka...


Komuniti pedagang Islam di Melaka dan seluruh Asia Tenggara telah mengesan tujuan sebenar Admiral Portugis ke Melaka ialah untuk membawa agama Kristian...


Ini setelah Portugis sebelum itu telah bertindak menawan Goa di India pada tahun 1510 dengan bantuan pemimpin Hindu, dan menjadikan pusat pemerintahan baru...


Goa sebelum itu telah di kuasai Empayar Turki Uthmaniyyah, dan beberapa bulan selepas itu, tentera Muslim kembali menawan Goa...


Laksamana Alfonso de Albuquerque pula menyerang Melaka pada tahun 1511, sehingga tumbangnya Melaka...


Admiral Portugis sebelum itu telah di halau Sultan Mahmud, setelah berjaya di yakinkan oleh pedagang Islam bahawa serangan Portugal di Goa, bakal merebak ke Melaka...


Ternyata benar, apabila Melaka di serang dengan armada yang besar dari Portugis untuk membawa pulang 20 tawanan Portugis di Melaka...


Malangnya, Portugis berjaya menawan Melaka, akibat maklumat pertahanan dari "Si Kitol" pengkhianat Melayu ketika itu... 


Sultan Mahmud pun terpaksa berundur ke Ulu Muar, Pagoh dan Bentayan, kemudian Pahang setelah baginda gagal mendapatkan bantuan dari negara China...


Sultan Mahmud kemudian mengasaskan Kesultanan Johor dan membina Empayar Temasek di Pulau Bentan untuk menyaingi Melaka...


Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim, iaitu anakanda kepada Hang Jebat berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga Portugis terpaksa mencatu makanan dari Goa...


Namun pada tahun 1526 pula, Portugis telah membalas serangan secara besar-besaran ke ibu kota Bentan, sehingga memaksa Sultan Mahmud berundur pula ke Kampar di Sumatera...


Lalu boleh di katakan era Kesultanan Melaka selama 100 tahun pun tumbang dengan ibu kota kedua Bentan di tawan Portugis selepas Melaka...


Tengku Alauddin Shah anakanda Sultan Mahmud pula meneruskan Empayar Johor, manakala Tengku Muzaffar Shah pula ke utara dan mengasaskan Kesultanan Perak...


Sayang seribu kali sayang, Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu Sultan Johor yang pertama, atau nama asalnya Raja Ali atau di gelar Raja Alauddin...


Telah hilang pengaruh dan kuasa, apabila British pula menghantar Sir Stamford Raffles pada tahun 1819 ke Temasek...


Sultan Muzaffar Shah II, pengganti Sultan Alaudin Riwayat Shah II pula bertindak membantu tentera Portugis ketika Melaka di serang Acheh yang di bantu 15 ribu tentera Turki Uthmaniyyah pada tahun 1568...


Sebelum itu, selama dua abad Temasek di biarkan hancur oleh Portugis yang membakar penempatan di muara sungai Singapura...


Sultan Hussain Shah iaitu Sultan Johor yang ke-18, serta anakandanya Sultan Ali, telah di sisihkan oleh Stamford Raffles dengan mengangkat Temenggung Abdul Rahman...


Temenggung Abdul Rahman yang merupakan pembantu kepada Sultan Hussain Shah di layan seperti Sultan "de facto" ketika Perjanjian 30 Januari 1819 di tandatangani...


Pada tahun 1824, kuasa Sultan Hussain Shah ke atas Singapura, yang telah di tukar nama oleh British, telah tamat setelah menandatangani Perjanjian 17 Mac 1824 dengan Sir John Crawford...


Pada tahun 1834, Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka, sehingga mangkat di Tengkera pada tahun 1835... 


Makamnya masih ada sehingga hari ini di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka...


Setelah di kuasai British, Singapura secara tiba-tiba di huni seramai 100 ribu penduduk pada tahun 1869, setelah pendatang Cina dan India di bawa oleh British...


Walhal penduduk Temasek asalnya hanya seramai satu ribu penduduk sahaja ketika Stamford Raffles mula-mula datang pada tahun 1819...


Sultan Johor ke-19, Sultan Ali Iskandar Shah iaitu anak kepada Sultan Hussain Shah pula hanya di jadikan boneka apabila tidak di iktiraf British...


Manakala Temenggung Daeng Ibrahim, iaitu pembantu kepada Sultan Ali dan anak kepada Temenggung Abdul Rahman... 


Serta pembantu kepada Sultan Hussain Shah, telah di jadikan British lebih berkuasa dari sultan itu sendiri...


Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali akhirnya terpaksa memeterai perjanjian dengan pihak British di Singapura untuk bersetuju melepaskan haknya keatas Johor kepada Temenggung Daeng Ibrahim...


Manakala Sultan Ali di beri hak ke atas Muar dan di beri gelaran Sultan Muar sehinggalah mangkat pada tahun 1877...


Dan dari keturunan Temenggung Daeng Ibrahim inilah, sehingga ke Sultan Johor sekarang, iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Shah ibni Sultan Ibrahim dan ibni Sultan Ismail... 


Sultan Ismail pula ibni Sultan Abu Bakar dan ibni Temenggung Daeng Ibrahim serta ibni kepada Temenggung Abdul Rahman...


Dari sini, korang akan faham bagaimana Anwar Ibrahim yang sebelum ini kelihatan bermusuh dengan Sultan Johor ketika menentang keras skandal 1MDB PM ke-6... 


Rupa-rupanya telah lama bersahahat, dengan bukti yang di dedahkan sendiri oleh PM ke-10... 


Ketika tular kasutnya yang berharga ribuan ringgit adalah merupakan hadiah dari Sultan Johor... 


Sedangkan sebelum itu PM ke-10 kononnya menolak menggunakan kenderaan rasmi Mercedes S600 yang telah pun di peroleh JPM, yang berharga RM2.4 juta...


Korang juga akan faham mengapa dan bagaimana Anwar Ibrahim di lantik PM ke-10 oleh Majlis Raja-Raja dan YDPA, walaupun hanya mempunyai 82 kerusi Parlimen...


Anda juga seharusnya sudah boleh membaca bagaimana 30 Ahli Parlimen BN di terima masuk oleh YDPA ke dalam Pakatan Harapan... 


Walaupun terdapat 10 Ahli Parlimen BN yang di ketuai Hishamuddin Hussein telah pun menyokong Muhyiddin sebelum itu... 


Faktanya, tindakan 10 Ahli Parlimen BN itu tidak melanggar mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan... 


Ianya juga tidak melanggar Perkara 49A Akta Lompat Parti 2022 yang baharu di pinda, iaitu hak untuk menyokong mana-mana Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri... 


Dan anda juga sudah pasti boleh membaca adegan serta tindak tanduk "Si Kitol" dalam Pakatan Harapan seperti dalam tajuk berita di atas...


Yang sanggup menjual maruah bangsa Melayu di tanahair sendiri, semata-mata untuk terus berkuasa...


Ini mungkin agak kasar, tetapi selagi keturunan gila kuasa seperti Temenggung Abdul Rahman serta Temenggung Daeng Ibrahim ini wujud di Malaysia...


Kini pula di sokong pula oleh talibarut British iaitu UMNO ketika mendapatkan "kemerdekaan" mudah Tanah Melayu... 


Hanya kerana British dan Tunku Abdul Rahman tidak mahu Ulama' Dr. Burhanuddin al-Helmi selaku pengasas PKMM... 


Hizbul Muslimin serta antara Yang Dipertua Agong PAS pertama, untuk memenangi Pilihanraya Perundangan 1955 seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama selepas "merdeka"... 


Ketokohan Dr. Burhanuddin al-Helmi terbukti apabila Sultan Perak Azlan Shah mengurniakan darjah kebesaran Dato' Seri kepada Allahyarham pada tahun 2015... 


Talibarut British iaitu UMNO yang kini di angkat kembali oleh Anwar Ibrahim PM ke-10, selama ini hanya berlakon memusuhi UMNO serta Sultan Johor... 


Demi untuk mendapatkan sokongan majoriti bukan Melayu serta minoriti Melayu untuk berkuasa... 


Waris sebenar Kesultanan Johor iaitu Y.M Tengku Raime binti Tengku Haji Ahmad bin Tengku Haji Dahan ibni Almarhum Sultan Allauddin Alam Shah... 


Dan ibni Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah, kini masih hidup dan tinggal di Singapura, seharusnya di angkat semula sebagai pewaris sah Kesultanan Johor... 


Selagi ini tidak berlaku, maka bangsa Melayu akan terus di tipu serta di tindas seperti mana ketika era Portugis, Belanda serta British dahulu...


Sultan Johor Ibrahim Ismail amat berpengaruh di dalam Majlis Raja-Raja, malah isteri kepada YDPA Sultan Pahang sekarang merupakan adinda kepada Sultan Johor... 


Sekolah Menengah Persendirian Cina pula akan bertambah, Sijil UEC bakal di iktiraf sepenuhnya untuk pelajar SMPC ke IPTA serta perkhidmatan awam... 


Manakala Sijil SPM tidak lagi laku, menjadikan anak-anak Melayu semakin tersisih dan bakal menjadi buruh serta pekerja am di negara sendiri... 


Subsidi pesawah, petani, peladang serta nelayan akan di hapuskan, monopoli "billionaire" Melayu seperti Syed Mokhtar juga akan di sekat, tetapi monopoli bukan Melayu tidak pula di usik... 


Harga beras akan menjadi semakin mahal apabila taikun Cina pula mengambil alih syarikat Bernas, sedangkan harga telur, ayam serta minyak masak yang di kuasai taikun Cina terus meningkat... 


Negara Israel serta LGBT akan di iktiraf Malaysia, perlakuan gay serta lesbian tidak lagi menjadi kesalahan seperti yang baru di laksanakan di negara Singapura... 


Malah perkahwinan sesama jenis juga bakal di iktiraf di Singapura sedikit masa lagi, dan tidak mustahil juga akan berlaku di Malaysia... 


Orang Melayu pula akan di paksa bersaing secara terbuka dengan bangsa Cina, seperti di negara Singapura kononnya untuk kebaikan Melayu itu sendiri... 


Dan akhirnya bangsa Melayu juga akan rosak seperti mereka, apabila kes bunuh diri semakin meningkat serta kekurangan zuriat serta ancaman kepupusan seperti yang telah terjadi di negara Singapura... 


Sehingga memaksa kerajaan Singapura sendiri menawarkan insentif berjumlah SGD 10 ribu untuk setiap pasangan di Singapura hanya untuk mempunyai anak...


Lebih malang, PM ke-6 mungkin akan di lepaskan dari penjara, dan akan terus menjual maruah negara kepada negara China demi kuasa dan kedudukan peribadi seperti sebelum ini... 


Seperti mana Projek Forest City yang Sultan Johor sendiri mempunyai kepentingan di dalamnya melalui Esplanade Danga 88 iaitu anak syarikat kepada KPRJ... 


Ratusan ribu dan mungkin jutaan warga China pula akan di benarkan memiliki hartanah serta tinggal di Forest City kali ini... 


Sehingga bangsa Melayu Johor pula menjadi minoriti seperti di Singapura... 


Setelah jutaan generasi kedua dari ratusan ribu warga China akan lahir di Malaysia... 


Serta layak untuk mengundi supaya Kesultanan Johor, UMNO, PKR serta DAP terus kekal berkuasa... 


Projek Melaka Gateway di Selat Melaka yang tertangguh juga bakal di teruskan, HSR ke Singapura mungkin di kaji semula, Projek Bandar Malaysia dan banyak lagi yang akan kembali berjalan... 


Sehingga bangsa Melayu akan kian tersisih di bumi sendiri, apatah lagi ketika itu kuasa politik tidak lagi di tangan pemimpin Melayu yang benar-benar sayangkan negara dan bangsa dan agama... 


Berdoalah wahai kaum Muslimin, agar Anwar Ibrahim PM ke-10 serta kuncu-kuncunya akan menjadi PM paling singkat di dunia...


Apabila pada 19 Disember 2022 nanti, ketika undi percaya akan di usulkan mereka sendiri, untuk membuktikan keabsahan PM ke-10...


Akan gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya dari 20 Ahli Parlimen BN serta sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen dari GPS... 


Maka Anwar Ibrahim akan terpaksa meletak jawatan sebagai PM ke-10... 


Apabila hanya mampu memperoleh 100 undi percaya dari 82 Ahli Parlimen PH serta hanya 18 Ahli Parlimen dari UMNO-Zahid, Warisan serta GRS, insha Allah... 


Takbir! 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi

@MalayanCyberForces

Rabu, 7 Disember 2022

Bernas

 WARKAH SANUSI UNTUK ANWAR


Lagu ni Bang Non

Petani sawah padi miskin bukan kerana syarikat-syarikat konglamerat tidak membantu mereka memberi wang 10 juta atau 50 juta. Mereka miskin kerana kitaran penghasilan padi dan industri padi telah dikawal oleh kartel-kartel besar sejak puluhan tahun lamanya.

Malah sebelum wujudnya Bernas dan LPN pun petani sudah miskin. Sejak sistem padi kunca mula dikenakan oleh pemborong dan pengilang padi, kemiskinan pesawah padi telahpun direncana supaya tidak akan berakhir.

Lama sebelum wujudnya MADA pada 1973, pesawah padi telahpun miskin. Jeha dan Lahuma, adalah watak sebenar keluarga petani melayu miskin dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, dan kemiskinan Jeha dan Lahuma lah yang mendorong ditubuhkan MADA.

Setelah sekian bilion ringgit bantuan dan subsidi diturunkan melalui agensi-agensi di rancangan penanaman padi, petani kekal miskin, laba dan manisnya telah pergi kepada pihak lain.

Segala sudut dalam industri padi, daripada input benih, baja, racun, mesin dalam proses penanaman sehinggalah kepada pemasaran, pengilangan, dan pengurusan skim bantuan - ada pihak yang telah mengawalnya sejak puluhan tahun dan merekalah pihak yang paling beruntung. Mereka inilah sebenarnya kartel padi.

Kartel padi telah membelit sistem, kaedah dan proses dalam industri penanaman padi dengan pelbagai pendekatan. Dari atas sampai bawah, dari benih subsidi padi sampai ke timbangan dan potong basah di kilang, dari traktor, jetuai hinggalah kepada lori, dari input baja, racun, kuota benih dan variety, dari parit gila hingga ke MAFI, dari PPK hingga ke Nafas, semuanya berada dalam mulut naga.

Jika keseluruhan sistem yang terbelit ini tidak dirungkai, 10 orang Syed Mokhtar pun tidak akan berupaya mengeluarkan petani daripada kemiskinan mereka.

Berapa lamakah seorang Syed Mokhtar sanggup memberikan RM50 juta setahun untuk menyelesaikan kemiskinan pasawah padi? Mengarahkan orang kaya import beras menyumbang kepada petani adalah langkah populis, menunjuk nunjuk, bukan langkah menyelesaikan masalah kemiskinan petani.

Muhammad Sanusi Md Nor
Alor Setar Kedah.
6/12/2022

Selasa, 6 Disember 2022

600b

 TAN SRI MUHYIDDIN SELEWENG 600 BILION?


Oleh : Saudara Tuan Marzuki Mohamad 


1. Saya sebenarnya malas ulas isu ini kerana terlalu straight forward, kerana tiada manusia waras akan terkeliru dengan isu ini.


2. Tapi bila semakin ramai orang sebut isu ini, termasuk Menteri yang baru dilantik juga turut meratibnya, maka saya rasa isu ini agak irritating, umpama langau yang hinggap muka kita, maka mahu atau tidak kita perlu tepis juga. 


3. Saya mahu ulas sikit saja, jumlah RM600 bilion ni saya tak tahu dari mana datangnya. Yang saya tahu Lapan(8) Pakej Rangsangan Ekonomi terlaksana ketika Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, jumlahnya RM530 bilion, so tak timbul persoalan samada ia terlalu banyak atau tak


5. RM477 bilion adalah dalam bentuk Non-Fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan, ia adalah duit masyarakat atau duit bank, iaitu ; 


- Duit pengeluaran KWSP RM145 bilion


- Duit pengurangan bayaran KWSP RM10 bilion


- Moratorium pinjaman bank RM180 bilion DLL 


6. Maka bagaimana cara untuk diselewengkan wang itu? Contohnya duit KWSP, kita tahu jumlah duit KWSP yang kita miliki, andai kita memiliki RM100ribu, lalu kita mohon pengeluaran RM10ribu, lalu RM10 ribu terus masuk ke akaun bank kita, sekaligus wang simpanan akaun KWSP tertolak, maka masih berbaki RM90ribu. 


7. Jika kita mohon pengeluaran RM10 ribu dan kita mendapat RM10 ribu, duit baki RM90 ribu dalam akaun KWSP kita, maka bagaimana duit itu hendak diselewengkan? 


8. Andai kita memohon RM10ribu, KWSP tolak daripada akaun kita RM10 ribu, namun kita hanya terima sebanyak RM5ribu sahaja, maka itu barulah boleh dianggap menyeleweng wang rakyat.   


9. Pernahkah kita dengar kes begitu? Kalau ada pastinya dah heboh satu negara, Buletin TV3 akan terus ulang siar setiap hari, tapi tiada kedengaran pula? Jadi apa yang terseleweng? I cannot brain. 


10. Selain itu, ada juga inisiatif bantuan yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM83 bilion, duit kerajaan terus disalurkan kepada rakyat, iaitu bantuan tunai langsung, seperti Bantuan Prihatin Nasional(BPN), Bantuan Prihatin Rakyat dan Subsidi Upah. 


11. Secara keseluruhan jumlah perbelanjaan bantuan tunai BPN adalah RM18 bilion, ia melibatkan 7 juta penerima. 


12. Andai Tan Sri Muhyiddin seleweng RM2 bilion sahaj, maka nescaya hampir 1 juta individu rakyat tidak akan terima duit bantuan BPN, namun realitinya semua individu M40, B40 dan T20 menikmati pelbagai bantuan inisiatif kerajaan PERIKATAN NASIONAL, "no one will left behind".  


13. Jika 1 juta orang tak terima duit BPN, pastinya mereka akan buat pengaduan, bahkan mungkin terbakar Putrajaya dek amukan, namun tiada siapa yang bising buat pengaduan, semua rakyat bersyukur berasa amat terharu tatkala menikmati nikmat Allah SWT sentuhan kepimpinan berkebajikan era Tan Sri Muhyiddin Yassin . 


14. Maka, dimana yang dikatakan Abah Din  selewengkan dana RM600B? i cannot brain this.  


15. kesimpulannya, isu seleweng 600 bilion memang tak pernah wujud, mereka yang tabur fitnah itu juga sedar bahawa isu itu memang tak wujud, namun mereka teruskan juga memfitnah. 


16. Kenapa mereka terus memfitnah? Kerana itu adalah psywar politik. Berbeza dengan kes seleweng duit 1MDB yang telah terbukti di mahkamah, 1MDB bukan lagi psywar momokan.  


17. Pihak yang menjaja isu RM600 bilion masih guna kaedah Psywar lapuk, kononnya pembohongan yang diulang berkali-kali akan dianggap sebagai benar oleh rakyat. 


18. Hentikanlah, rakyat tidak bodoh, jika terus berbohong berulang kali, nescaya diri akan dianggap tidak memiliki kecerdikan akal oleh rakyat, kerana rakyat telah reti menilai diantara perkara Haq dan Bathil.  


TAMAT

Ahad, 4 Disember 2022

Umno

 [18/11, 23:41] KCGeorge:

---------1--------

 Saya ni ina adalah anak perempuan tan sri abdul aziz setiausaha sulit tun dr mahatir Mohamed  dari tahun 1981 hingga bersara tahun 2000 . Sebagai setiausaha sulit  banyak perkara selama ini tersembunyi dari pengetahuan  seluruh rakyat Malaysia khas rakyat sabah.  Saya cuma berkongsi fakta apa yang ayah  ceritakan .sebelum meninggal dunia akibat penyakit yang ayah deritai bertahun-tahun lamanya . 

     Bermula dgn krisis politik yang melanda sabah tahun 1994.masa itu Pilihan Raya dun sabah diadakan.  kemenangan  memihak kepada pbs dengan majoriti tipis, mahatir  mengarah Anwar ibrahim waktu  itu  menjawat menteri kewangan   meluluskan pengeluaran  Dana awam untuk tujuan membeli beberapa adun pbs supaya melompat parti. Namun Anwar  dengan tegas menolak usul itu kerana tidak  beretika dan merosakkan sosio politik sabah  tanpa kesudahan.  Bermulalah ketegangan hubungan antara Anwar  dan tun dr mahatir.  Mahatir  mengenepikan Anwar  dalam rancangannya  merampas pemerintahan sabah dari pbs secara tidak beretika.  Untuk mendapat dana membeli adun pbs yang sedia melompat, tun dr mahatir Mohamed  mengarah muhyiddin  yasin  buat pinjaman peribadi daripada syarikat  Petronas di mana mahatir  sebagai  penjamin.  Urusan  Dana ini Anwar  tak dapat menghalang  kerana  diluar tugas sebagai Menteri Kewangan.  Selasai dapat Dana yang mencukupi tun mahatir  mengarah  Muhyiddin  yassin datang ke sabah untuk tujuan sogokan kepada adun pbs yang sedia lompat parti. Secara kebetulan muhyiddin  yassin adalah wakil Anwar  dalam apa saja  tugasan resmi. Sebab itu  rakyat sabah  sampai ke hari ini masih beranggapan menyogok adun pbs supaya berpaling tadah adalah rancangan Anwar. kenyataannya Anwar  langsung  tidak  terlibat.

        Pihak  persekutuan  sedar kerajaan  yang dibentuk melalui  rampasan kuasa tidak beretika pasti tumbang, untuk mengelak ini berlaku,   mahatir merancang satu  langkah yang di panggil fix deposits sabah. Caranya mendaftar seberapa banyak pendatang asing  utk diberi kad pengenalan sabah. Tugas ini tun mahatir  serahkan kepada datuk  Sanusi juned. Mahatir  sedar Dana awam sukar di perolehi untuk membiayai   kerja kotor ini kerana Anwar  Menteri  Kewangan yang tidak   boleh bertolak ansur  dengan kerja yang tak berfaedah serta  merosakkan institusi masyarakat  khasnya di sabah. Oleh itu tun mahatir  mengarah Sanusi  juned  membuat  pinjaman peribadi  kepada syarikat  Malaysia  yang berdaya maju ketika itu  seperti khazana, perwaja dan mas. Syarikat ini  tidak ada masalah meluluskan pinjaman jika penjaminnya adalah perdana Menteri  sendiri. Selepas dapat dana biaya kerja kotor ini, Sanusi  juned  datang ke sabah bertemu  dgn beberapa orang utk melaksanakan  kerja kotor. Melihat kerja yang  begitu  agrasif, ayahnda dapat jangkakan sekitar hampir  sejuta pendatang asing diberi kad pengenalan sabah. Mereka yang mendapat  kad pengenalan ini diketagori  sebagai golongan  yang mempunyai dua kewarganegaraan. Warga Sabah dan pada masa yang sama  warganegara  dimana  mereka berasal.  Status golongan  dua warganegara  ini menguntungkan pendatang asing   kerana keistimewaan  diperolehi sama ada di sabah mahupun di negara asal mereka. Ini termasuklah peluang pekerjaan,  perniagaan  dan  hak milik tanah di mana  mereka mendirikan rumah tempat tinggal. Kesan paling ketara Malaysia mengalami kebocoran  wang ke negara asing sebanyak 7.5 bilion setahun apabila pedatang  asing berkad pengenalan sabah ini  membawa sejumlah wang Malaysia balik ke negara asal mereka. Masalah ini jadi  penyumbang utama susut nilai mata wang Malaysia. 

     Seiring  masa berlalu, orang sabah yang bersekongkol  memberi kad pengenalan  kepada  pendatang asing  mulai sedar kesan daripada perbuatan  mereka  sendiri apabila terjadi persaingan dalam pelbagai bidang khususya bidang perniagaan  dan hak kepemilikan  tanah adat. walaupun mereka tampil buat pengakuan akan  keterlibatan, namun tak dapat berbuat apa-apa kerana UMNO   yang memegang  kekuasaan penuh di sabah . Umno sangat bergantung harap kepada golongan warga asing berkad pengenalan  sabah dalam  mengekal  kuasa disabah.  Ditambah dengan parti tempatan sabah sendiri  bergabung dengan umno meningkatkan lagi fix deposits  yang hanya menguntungkan umno sahaja. 

     Peristiwa  tahun1998 kekal dalam ingatan ayaanda  sebagai tahun paling malang bagi geological  politik  di Malaysia susulan pemecatan Anwar  sebagai timbalan perdana menteri  merangkap menteri kewangan  paling menonjol dalam sejarah Malaysia.  Anwarlah yg meletakkan nama Malaysia  dengan jolokan harimau Asia. punca pemecatan Anwar kerana keengganan Anwar  ikut arahan mahatir  membeli adun pbs dengan menggunakan Dana awam. Kemuncak permusuhan Anwar/mahatir semakin tegang  bila mana  Anwar  enggan meluluskan Dana awam untuk digunakan mukriz anak mahatir  membeli syarikat  mas. Mas di zaman Anwar merupakan  syarikat  awam Malaysia yang paling menguntungkan. Mahatir  mencari jalan bagaimana menyingkir  Anwar  daripada kabinet. Mulalah mahatir  mengupah beberapa orang utk mecari kesalahan Anwar dalam tatacara mengurus kewangan. Ternyata Anwar bersih tanpa menyalahgunakan walau sesen pun Dana awam.  Hal ini mengusar mahatir. Mahatir  mencari cara lain untuk menyingkirkan Anwar. satu-satunya  cara melalui permainan  keruntuhan moral. Konspirasi   skandal Anwar  dgn isteri orang dan kes liwat dirancang sebegitu rupa. Akhirnya Anwar dipecat  dari kabinet kerajaan Malaysia atas alasan salah laku moral.

      Pangaruh dan ketokohan  Anwar menakutkan mahatir. Mahatir  merancang  bagaimana memasukkan Anwar ke dalam penjara. Jika salah laku pentadbiran sememangnya tidak punya alasan kokoh kerana Anwar  mengamal urus tadbir bersih  dan berhemah.. satu-satunya  cara iaitu mempergunakan undang-undang  syariah. Kes liwat adalah kesalahan berat yang boleh dipenjara  dibawah  undang-undang  syariah  di Malaysia. konspirasi kes liwat  pun diketengahkan  hingga Anwar  didapati bersalah dan dipenjara. Hal ini melegakan tun mahatir  tetapi  sangat menjijik bagi ayanda.: 

       Era Anwar  sebagai Menteri  Kewangan  berakhir sama sekali pada tahun 1998. Legasi peninggalan Anwar  sebagai Menteri  Kewangan     mencapai laba  yang sangat banyak dalam simpanan  perbandarahan Malaysia. Tidak hairanlah  banyak ahli politik  yang rapat dengan mahatir  menawarkan  diri jadi menteri kewangan yang baru menggantkan  Anwar.

 Antaranya  daim zainduin yang akhirnya  dilantik  terus oleh tun dr mahatir  tanpa melalui  kelulusan kabinet.Berakhirnya era Anwar,  perbelanjaan melebihi pendapatan tak terkawal. Ini disebabkan pemberian tender tidak melalui  saluran yang betul  tetapi melalui saluran tender yang berlapis-lapis. Akibatnya sesuatu tender bernilai  450juta pada mulanya meningkat dua kali ganda jadi 900 juta. Ada project  mega  yang sudah diluluskan tapi  gagal dilaksanakan seperti lapangan terbang antara bangsa pengerang johor. 

    Prinsip etika mahatir  sebagaimana  tanggapan ayanda  adalah double  standard. Maknanya dalam pembahagian  peruntukan sabah/sarawak diharuskan menerima  bahagian tidak melebihi  2bilion setahun. Jika ada pemimpin  persekutuan  yang  meluluskan sesuatu project lebih  2 bilion setahun mahatir  copnya sebagai  pengkhianat  mandat persekutuan.  Anwar  dicop sebagai  pengkhianat  mandat persekutuan  apabila   meluluskan  project  hydro bakun yang menelan belanja melebihi 2 billion. Projek  ini mahatir  anggap  sebagai  project  yang membazir. Walaupun Dana peruntukan sabah/sarawak begitu sedikit, kedua  negeri ini tetap membangun dengan Dana sendiri  hasil sektor pembalakan dan pelancongan. Sabah/sarawak  pasti sedar sepanjang 22 tahun mahatir jadi perdana menteri  berapa banyak agihan Dana awam diperuntukkan.  

          Saya bukan penganalisis politik. Saya juga bukan taksub dengan politik sama seperti ayahnda. Walaupun  ayanda setiausaha sulit  kepada tun dr mahatir Mohamed,  ayanda tidak pernah sekali pun bergiat  secara aktif  dalam  politik.  Kerjaya ayah sebagai  setiausaha sulit  tidak lebih kepada sebatas kerja yang harus dilaksanakan  dgn penuh amanah  dan bertanggung jawab. Saya juga   bukan penyokong mana-mana  parti politik. Saya  sama Seperti  ayah yang sudah bosan  dengan krisis  politik berpanjangan bermula  krisis politik di sabah tahun 1994 hinggalah krisis politik  persekutuan  peristiwa langkah  sheraton.

        Pada hemat saya jika sabah mengundi bn yang ditunjangi umno bererti para pengundi sabah menyokong  Agenda  umno terus mempertahankan warga asing  yang berkad penganalan   sabah tanpa perlu  ditapis secara menyeluruh. Selagi  umno  menguasai  politik sabah isu pemberian  kad pengenalan sabah kepada warga asing tidak akan  temui penyelasaian. 

   Jika sabah menyokong parti pejuang bermakna pengundi sabah menerima dengan rela hati perbuatan dan prinsip  etika  double  standards mahatir. begitu juga dengan  para pengundi sarawak. 

        Untuk mengubah landscape  politik Malaysia ke arah yang lebih baik  legasi  pangaruh politik kotor mahatir  harus di hapuskan sama sekali dalam kancah politik Malaysia. Cuma Anwar  saja satu-satunya yang mampu melakukannya. Ayah berterus-terang mahatir lah yang merosakkan  institusi  politik di Malaysia.

   Secara peribadi saya menyeruh kepada seluruh  rakyat Malaysia  khasnya  disabah  supaya memberi mandat kepada datuk  sri Anwar  dengan mengundi calon-calon pakatan harapan  walau dimana pun mereka  bertanding. ketepikan dulu calon survive  calon pilihan kita bagi memberi tumpuan  membaiki kerosakan  akibat permainan politik kotor  mahatir. Bebaskan politik Malaysia  daripada  pangaruh  politik  kotor mahatir dengan memberi mandat kepada datuk  sri Anwar  melaui undi calon-calon pakatan harapan.

    Kesan pemberian  kad pengenalan  sabah kepada pendatang  asing bukan saja memberi kesan negatif kepada  sabah  juga memberi kesan negative kami di semananjung.  

Pendatang asing  berkad penganalan sabah  ini turut monopoli  pekerjaan  di semananjung  seperti pemandu  bas awam,  lori  dan kerja kilang. Sukar diterima pendatang asing  berkad penganalan sabah  ini banyak terlibat dengan kes jenayah  ditempat kerja. Masih segar  di ingatan seluruh  rakyat  malaysia tentang  rompakan bank terancang tahun 2014 melibatkan pengawal keselamatan  pendatang asing berkad penganalan sabah.  Pegawal keselamatan pendatang asing  berkad penganalan sabah berpangkat  konstabel menembak mati  pegawai  Ambank dalam store peti simpanan   wang dan membawa lari 12 juta ringgit. kecekapan  polis berjaya mengesan penjenayah  serta  mendapat kembali 8 juta. Dalang utama  penjenayah dan  baki 4 juta  masih belum  dikesan sampai ke hari ini.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

----------1-------

[19/11, 00:08] Jude: Naah satu demi satu itu polisi Agenda umno jejah Sabah terkeluar!


Walaupun Mahathir perancang besar, polisi Agenda Malaya ini atas Sabah adalah polisi sejak dari Tun Razak menghantar agent hebatnya Syed Kechik ke Sabah pada tahun 1967 demi menyebla usno-tun Mustapha pecah belah kdmr, China n bumi Islam Sabahans! Hancurkan parti unggul kdmr iaitu upko - Donald Stephens, pengislaman besar2an urang2 kdmr dan juga projek banjir Sabah dgn pendatang asing terutama dgn pelarian perang moro ...


Umno juga perancang tubuh Berjaya tumbang usno, perancang ambil minyak Sabah hinga dpat milik minyak secara PDA1974 yng ditandatangani pada June 1976 2 minggu selepas nahas Double Six!


Walaupun Dr. Mahatir lepas dari Presiden Umno, polisi Agenda Malaya konkong dan bolot minyak Sabah ini, juga Project warga pengundi asing 1980-2018, di sambung olih umno, juga olih PpbmPN hingga ke hari ini!


Ina(Anak ppuan Tan sri Abd Aziz-bekas Su sulit Tun Mahadir)

====11====