Jumaat, 28 Februari 2014

DONG Nguyen

DONG Nguyen, pencipta permainan mobil yang dikenali sebagai Flappy Bird bertindak memadam permainannya daripada semua lokasi muat turun di internet sebagai langkah taubatnya kepada orang ramai. Tidak sampai 10 bulan berada dalam senarai muat turun di Google Play dan Apple’s App Store, Don Nguyen dilaporkan memperoleh pendapatan mencecah USD50,000 sehari apabila permainannya itu dimuat turun jutaan manusia di seluruh dunia.

Kisah kejayaannya itu satu perkara, yakni mengejutkan banyak pihak dalam dunia startup kerana dalam masa singkat permainan itu begitu laris dan berjaya meskipun hanya berasaskan model permainan yang serba ringkas.


Seperkara lain, tindakan Dong Nguyen menarik semula permainannya setelah tidak mampu lagi melayan permintaan pelik penagih Flappy Bird juga mengejutkan ramai pihak. Semua orang bermimpikan mahu menjadi seperti Dong, bangun pagi kemudian terlintas satu idea yang mudah di benak dan terus laksanakan idea itu sebelum dalam masa yang singkat menjadi begitu berjaya.

Pendek kalam, Dong Nguyen bertaubat. Katanya, dia tidak kejarkan wang ringgit tetapi ketenangan hidup dan kebahagiaan. Adanya Flappy Bird, ternyata kedua-dua elemen itu diragut.

kaabah

Ketika Rasulullah S.a.w berusia 35 tahun, orang Quraisy meroboh dan membangunkan semula Kaabah kerana Kaabah ketika itu hanya berupa susunan batu-batu yang sedikit lebih tinggi daripada tubuh manusia. Tingginya 9 hasta sejak dibangunkan pertama kali oleh Nabi Ismail. Kaabah tidak beratap menyebabkan para pencuri sering memasukinya dengan memanjat dan melompat dari atas untuk mencuri barang-barang berharga yang ada di dalamnya.

Akibatnya, bangunan yang telah tua itu semakin rapuh dan dindingnya pecah-pecah. Ditambah lagi denganpernah berlaku kebakaran padanya. 5 tahun sebelum Rasulullah S.a.w diangkat sebagai nabi dan rasul, Mekah dilanda banjir besar yang luapan airnya sampai ke Kaabah. Sehinggakan bila-bila masa sahaja Kaabah boleh roboh.

Pada mulanya, pemulihan Kaabah tidak dapat dilaksanakan kerana kaum Quraisy lebih suka untuk membiarkan bangunan asal Kaabah seperti seadanya. Mereka juga tidak berani merobohkannya kerana Kaabah sangat diagungkan oleh mereka.

Kemudian, diputuskan juga untuk memperbaiki Kaabah, tetapi dengan kesepakatan bahawa mereka tidak akan memasukkan apa-apa ke dalamnya kecuali perkara yang baik. Maka mas kahwin pelacur, wang daripada hasil penjualan dengan sistem riba serta barang rampasan tidak diterima.

Namun begitu, mereka masih juga merasa takut untuk merobohkannya. Al-Walid berkata kepada mereka, "Apakah kalian merobohkannya dengan maksud untuk memperbaikinya atau merosakkannya?" Mereka menjawab, "Tidak, kami bermaksud untuk membaikinya." Maka al-Walid ibnu Mughirah menjawab, "Kalau memang demikian, sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan orang-orang yang mengadakan perbaikan."

Akhirnya al-Walid ibnu Mughirah al-Makhzumy memulakan menghancurkan dinding Kaabah. Melihat Walid tidak mengalami apa-apa, mereka semua mengikutinya. Mereka terus merobohkan Kaabah hingga tiba bahagian dasar yang dulunya dipasang oleh Nabi Ibrahim a.s. Selepas itu mereka mula membangunkannya kembali.

Mereka membahagikan Kaabah menjadi beberapa bahagian. Setiap bahagian dikhususkan pembangunannya kepada satu kabilah. Setiap kabilah pun mula mengumpulkan batu-batu lalu membangunkan bahagian yang menjadi bahagian masing-masing. Muhammad S.a.w dan bapa saudaranya Al-Abbas adalah termasuk dalam orang-orang yang memikul batu-batu. Orang yang merancang susun bangunan ialah arkitek berbangsa Rom bernama Baqum.

Ketika pembangunan telah sampai pada tahap perletakan kembali Hajarul Aswad pada tempatnya semula, orang Quraisy berselisih tentang siapa yang layak mendapat penghormatan meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya. Perselisihan terus berterusan hingga 4 atau 5 hari. Situasi terus panas sehingga nyaris-nyaris menjadi pertumpahan darah di Tanah Haram.

Mujurlah Abu Umayyah bin Mughirah al-Makhzumy meredakan suasana dengan menawarkan cadangan agar keputusan dan perselisihan mereka diserahkan kepada orang yang pertama masuk menemui mereka melalui pintu masjid. Mereka semua menerima cadangan tersebut. Rupa-rupanya Allah mengkehendaki bahawa orang yang pertama masuk ialah Nabi Muhammad S.a.w. Tatkala mereka melihat baginda datang, mereka berseru, "Ini dia al-Amin. Kami redha terhadapnya. Inilah Muhammad."

Tatkala baginda sampai di hadapan mereka, mereka terus menceritakan permasalahan mereka kepada baginda. Baginda lantas meminta sehelai kain yang panjang dan lebar, lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Lalu baginda meminta semua pembesar daripada setiap kabilah untuk memegang hujung kain. Baginda menyuruh mereka untuk sama-sama mengangkatnya. Setelah mereka sampai di tempat meletakkan Hajarul Aswad, Rasulullah S.a.w mengambilnya dan meletakkan di tempatnya semula. Ini lah penyelesaian bijak yang diredhai oleh semua orang.

Ketika hampir selesai membangunkan Kaabah, orang Quraisy kehabisan modal yang diperolehi daripada hasil yang baik. Maka mereka membiarkan bahagian sebelah utara sebanyak 6 hasta yang kemudian disebut sebagai al-Hijir atau al-Hathim. Mereka membina pintunya lebih tinggi dari permukaan tanah, agar tidak dimasuki kecuali oleh orang yang memang mempunyai keperluan. Tatkala pembinaan dindingnya sampai setinggi 15 hasta, mereka membuatkan atap untuk Kaabah yang disangga dengan 6 buah tiang.

Ketika pembangunannya selesai, Kaabah kelihatan berbentuk seperti kubus yang tingginya mencapai 15 meter. Bahagian sisinya terdapat Hajarul Aswad dan sisi lawannya mempunyai panjang 10 meter. Hajarul Aswad diletakkan pada ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah yang digunakan untuk bertawaf. 

Sementara bahagian sisi lain terdapat pintu dan sisi lawannya mempunyai panjang 12 meter, dengan pintu setinggi 2 meter di atas permukaan tanah. Di sekeliling Kaabah, bahagian luar terdapat kerangka bangunan yang letaknya paling bawah, yang dinamai dengan Syadzirwan dengan ketinggian lebih kurang 0.25 meter dan lebar kira-kira 0.3 meter. Syadzirwan merupakan sebahagian daripada bangunan asal Kaabah yang dibiarkan di situ oleh orang Quraisy.
Rujukan:

1 - ar-Rahiq al-Makhtum (Sirah Nabi) - Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri
2 - Nurul Yaqiin - Syeikh Muhammad al-Khudhari Bek

Rabu, 26 Februari 2014

PBS

Assalamualaikum…Bersua kita dalam entry yang serious…Sebenarnya takut jugak nak tulis…Sebab kot-kot ada orang print letak atas meja pengarah…dan-dan tu kne tindakan tatatertib… kena pindah Sabah ke mana… gelap la jalan hidupku…
Tapi…
Bila fikir…
Pendapat peribadi..
Takkan xboleh kot…
Takkan kita xboleh bercerita dan memberi pendapat…
Sebab kekadang dalam membuat tindakan…
Mungkin ada terlepas pandang mana-mana sisi…
Maka kalau ada pendapat untuk ditambah baik… bukankah lebih bagus?
Dan aku terpanggil untuk menulis ini juga adalah untuk membersihkan nama baik tugas guru dari pandangan serong mereka-mereka yang selain dari kerjaya seorang guru… iya.. gambaran yang diberikan oleh sesetengah pihak seolah-olah bahawa guru sangat teruk kerana hanya pandai mengomen dan tidak melaksanakan PBS dengan betul.. sedih tau… rasa macam sia-sia jek bertungkus lumus bersengkang mata cuba sehabis daya untuk melaksanakan PBS tp di akhir cerita seolah-olah cikgu ni apa pun xbuat… dan bertambah sedih bila kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak yang sepatutnya membela nasib guru… T___T
Maka…sekali lagi aku tegaskan..bahawa ini adalah pandangan peribadi…tanpa sebarang niat untuk menghasut apatah lagi nak ajak demo gulingkan kerajaan… bukan ok… cuma nak cerita pasal Sistem SPPBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS) dan nasib guru kerana dipersalahkan…
Hanya untuk membuka mata bagi mereka yang tidak pernah tahu tentang PBS atau mendapat maklumat yang salah…
PBS Tingkatan 1
Ini adalah kisah benar dari aku yang telah menjadi pentaksir PBS malah pernah memegang jawatan S/U PBS sebelum pindah… aku guru sekolah menengah…mengajar Tingkatan 1,2 dan 3… kalau cikgu sekolah rendah aku xpasti bagaimana pengalaman mereka… diorang lagi la.. 2011 dah mula untuk budak darjah satu… (Ezry anak saudara aku la batch itu.. batch eksperimen… xtau la mcm mna UPSR dia nnt huhuhu~~).. maka cerita ini adalah sangat panjang… kalau takut juling…jangan baca… kalau ada niat tidak baik terhadap aku juga sila jangan baca.. saya merayu supaya entry aku ini tidak disalahtafsirkan… anggap je korang baca ruangan komentar di mana2 surat khabar *(aku ada terfikir nak hantar kat ruangan paper tu…tp mcm pendek sangat..nnt takut apa yang aku nak ceritakan xsampai… jadi tulis kat blog boleh panjang-panjang… )

Kisah PBS Tahun 2011

Alkisah bermula pada penghujung 2011 apabila KPM mengumumkan bahawasanya PMR akan dimansuhkan bermula 2014… maka bermula saat itu…kita diperkenalkan dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS… Pentaksiran… untuk menggantikan penilaian….. PMR kan Penilaian Menengah Rendah…
Dari segi istilah..pentaksiran membawa maksud… sila rujuk kamus dewan.. tapi secara ringkas membawa maksud penilaian secara menyeluruh… xfaham?
  • Begini… kalau pelajar jawab silap… kita bagi semula soalan tu untuk dia jawab… sampai dia boleh jawab dengan betul… tiada istilah markah… bagus kan PBS ni? Hehehe.. itu baru maksud… tak masuk pelaksanaan lagi tu… jeng jeng jeng…
Maka…bermula penghujung 2011… semua guru yang mengajar menengah rendah berasa suspen terutamanya guru-guru yang mengajar tingkatan 1.. ye la..tahun 2012 bermula pelaksanaannya..tapi satu maklumat pun tidak dapat…yang diberitahu.. PBS ganti PMR…

Kisah PBS Tahun 2012

Maka masuklah tahun 2012…. masih tiada sebarang maklumat.. maka cikgu-cikgu dengan penuh iltizam… mengajar dengan penuh semangat seperti biasa… terkontang kanting tanpa sebarang maklumat antara PBS dan PMR… sehinggalah pertengahan Mac – April 2012… wakil guru tingkatan 1 bagi setiap subjek bagi setiap sekolah dipanggil untuk Kursus Penyebaran Maklumat PBS Tingkatan 1… Kursus selama 4 hari.. pulang dari kursus itu..setiap guru diwajibkan untuk memberi taklimat kepada rakan-rakan guru subjek yang lain… maka.. secara kesimpulan… akhir bulan April baru guru-guru mendapat maklumat tentang PBS… antara yang diberitahu ..
1) Tiada peperiksaan untuk pelajar… 100% PBS…
2) PBS dibahagi 2 iaitu PS = pentaksiran sekolah dan PP= pentaksiran pusat
Pentaksiran sekolah dilakukan oleh cikgu.. 100% cikgu mengikut DSP yang dikeluarkan lembaga peperiksaan…
  • DSP inilah yang dibahagikan kepada 6 band.. band 1 – band 6…
  • Band 1 paling lemah…band 6 paling hebat
  • Dan setiap band ini dibahagikan pula mengikut deskriptor dan evidens yang tersindiri…. maka jadilah ia macam ini.
Ini evidens sains tingkatan 3 tahun 2014, diberi semasa penyebaran PBS Tingkatan 3 Oktober 2013….. masa tahun 2012..tiada benda macam ni… cikgu kena analisis sendiri DSP tu… memang terawang-awang dengan pelaksanaan PBS pada tahun tu…
  • Pentaksiran pusat ialah tugasan yang akan diberikan kepada pelajar oleh pihak Lembaga Peperiksaan… pelajar akan diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan tersebut.
  • Konsep PBS… 100% dibuat oleh pelajar… tidak boleh dibantu oleh mana2 individu untuk menyiapkan projek tersebut. sama ada PS atau PP.
  • Maka setiap soalan itu tidak boleh diberikan kepada pelajar untuk dijadikan kerja rumah… semuanya harus disiapkan di dalam kelas…
  • Waktu mengajar bagi satu masa dalam 35 minit- 40 minit… berapa minit masa yang diperlukan untuk pelajar menjawab evidens2 itu..?
  • Sekolah MRSM, SBP or sekolah yang budak pandai-pandai memang tiada masalah…
  • Tetapi kalau sekolah yang majoritinya pelajar berpencapaian sederhana dan lemah… bagi masa 30 minit untuk jawab tu pun banyak kosong dari jawab.. ada sesetengah tu kosong je kertas tiada jawapan..padahal baru je lepas ajar sebelum bagi soalan tu….. T___T …
  • Jadi.. guru menghadapi konflik… di antara nak mengajar menghabiskan syllabus dan nak bagi masa untuk pelajar menjawab…
  • Kalau setiap subjek ada 4 chapter je xpelah jugak… ni 7-8 bab… mcm mna nak habiskan syllabus?
  • Macam mana nak pastikan pelajar dapat menjawab pentaksiran PBS? Dah la evidens tu banyak.. korang tengok la sdiri gambar di atas tu.. cuba kira berapa evidens semuanya… tu baru cerita nak laksanakan.. aku xmasuk bab merekod data lagi…. huhuhuhu…
Pentaksiran Pusat tak semestinya masa tingkatan 3… dia ada lampirkan jadual… masa form 1 subjek apa ada PP.. masa f2 subjek apa ada PP.. masa f3 subjek apa ada PP… Kalau tidak silap aku dalam tu tulis Sivik masa f1 bulan 7.. sains masa f2… ada dalam file.. file kat sekolah…dan result PP akan digabung dengan result PS oleh lembaga peperiksaan…
3) Setiap pelajar wajib mempunyai fail peribadi yang dikenali sebagai Fail Perkembangan Murid… didalam fail ini perli disimpan evidens pelajar… dala fail tu ada separator mengikut subjej.. evidens tu soalan2 yang diuji tadi tula… cuba tengok berapa banyak evidens yang ada bagi setiap pelajar.. itu baru subjek sains… tak kira lagi subjek lain… untuk makluman semua.. semua subjek perlu melaksanakan PBS ; BM, BI, SAINS, MATH, SEJ, GEO, PAI, PM, KH, PJK, SIVIK, PSV, elektif : bahasa seperti B.ARAB, B.CINA & B. TAMIL dan MUZIK..
*2012 = guru diberitahu bahawa semua kena ada evidens untuk disimpan di dalam fail perkembangan murid…sebagai bukti pelajar tersebut telah mencapai evidens tersebut. kalau soalan jenis oral… soalan tu kne simpan sebagai evidens pelajar… bermaksud masih perlukan kertas.
Boleh korang bayangkan tak berapa banyak kertas yang perlu digunakan untuk pelaksanaan PBS pada tahun tersebut????? Kementerian tak bekalkan kertas pada sekolah..maka pandai-pandailah sekolah cari dana untuk tampung kos pelaksanaan PBS (fail perkembangan individu & kertas untuk cetak soalan)
Maka adalah sesetengah sekolah terpaksa mengeluarkan surat kepada ibu bapa memohon untuk membayar bayaran tambahan PBS dalam RM10-RM20… Maka ibu bapa pun ramailah yang merungut… sekolah ni tak habis-habis nak mintak duit… tengok,…. cikgu jugak yang salah… T____T dah la dipersalahkan oleh pihak ibu bapa… yang tak bayar tu ramai jugak…. yang jadi mangsa guru kelas pelajar Tingkatan 1 la masa tu… bertambah satu lagi beban… dah la nak mintak yuran PIBG tu satu hal..tambah pulak dengan satu bayaran lagi… T___T aku merasainya sebab aku juga merangkap guru kelas tingkatan 1 pada tahun 2012 tu…
4) Setiap kelas WAJIB mempunyai satu fail showcase… dalam fail showcase tu ada separator untuk setiap subjek.. fungsi fail ini ialah untuk simpans evidens terbaik pelajar di dalam kelas itu bagi setiap subjek bagi setiap evidens…
Contoh..
  • B1D1E1 = Rahman terbaik
  • B1D1E2 = Fatimah terbaik
Seterusnya sampaila semua evidens tu…
Terbaik dinilai oleh guru.. kalau katakanlah satu kelas tu jawab semua betul.. maka penilaian diambil kira mengikut kekemasan atau ketelitian pulak.. ha.. mcm tu la kekdahnya…persoalannya…
kita tunggu cerita aku yang dibawah… bercerita mengikut sekuel… barulah lebih pemahaman..
5) Bila ditanya tentang f2 dan f3.. katanya..tunggu cikgu… cerita form 2 kita tunggu tahun depan.. yang tahun ni buat yang form 1…. hurm..sedikit musykil… kalau aku kan..kita dah betul2 pprepare.. tanya la benda yang 4,5 tahun akan datang.. kita boleh jawab kan… sebab kita dah well prepared.. klu tak boleh jawab ni..nampak sangat xde perancangan… xgitu persepsi kita?
ok.. berbalik kepada cerita tahun 2012… bulan 4 guru2 tingkatan 1 disetiap dapat taklimat… maka berkelam kelibutlah semua.. tergagap-gagap bertatih-tatih nak melaksanakan PBS ni… kesimpulannya bulan 5 baru start… masa tu bulan 5 kita dah masuk bab 4 atau 5 dah kan.. tapi sebab PBS baru dijelaskan…. cikgu2 terpaksa ulang semula dari bab 1 semata-mata untuk buat PBS… jadi boleh bayang tak macam mana kekelamkabutan kami pada tahun 2012 tu nak terkejar-kejar laksanakan PBS.. dan syllabus ulang semula bab 1 pada bulan 5… boleh bayang tak macam mana cikgu-cikgu terpaka bertungkus lumus untuk habiskan syllabus?? semuanya kerana pengenalan PBS yang agak tidak sistematik di situ…
bayangkan aku S/U PBS… bulan 5 nak kena uruskan fail pelajar tingkatan 1.. masa tu dalam 120 orang… orang seronok cakap cikgu cuti banyak.. aku masa cuti sekolah bulan 5 tu… seminggu aku berkampung duk uruskan fail PBS pelajar2 tingkatan 1… nikmat kan jadi cikgu.. cuti banyak? tu fail budak.. xkira lagi dengan aku nak uruskan aku punya evidens yang mengajar ni… dah la masa tu mengandung 1st trimester… nasib baik jenis xde alahan… takpe..demi tugas dan arahan yang dikeluarkan jabatan.. semua cikgu bertungkus lumus siapkan tugasan yang diamanahkan…. dan cuba sehabis daya untuk memastikan pelajar mendapat band yang terbaik.. takut merosakkan masa depan pelajar… iyelah… KAMI DIBERITAHU BAHAWA BAND DARI TINGKATAN 1 AKAN DICAMPUR DENGAN BAND SEMASA TINGKATAN 2, DAN 3.. DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN AKAN GABUNGKAN DAN KUARKAN KEPUTUSAN AKHIR MENGIKUT RUMUS MEREKA… sebab itu setiap pencapaian pelajar harus disimpan dilaman web SPPBs, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaakan Sekolah…. secara ONLINE..
bala besar bagi setiap guru yang melaksanakan PBS…. huhuhuhu~~
tapi sebelum aku bercerita tentang SPPBS….
Aku nak bercerita dulu tentang cara merekod maklumat pentaksiran…
ada 2 borang…
  • Borang Transit
  • Borang Perkembangan Individu

Borang Transit

ini softcopy rekod transit… untuk 1 kelas…. (aku blackan nama pelajar aku atas akta kerahsiaan… hehehehe) borang mesti dalam bentuk hardcopy.. sebab dalam setiap kotak evidens tu perlu dicatat tarikh bila pelajar tersebut mencapai atau menguasai evidens tersebut…. aku ulangi..catat tarikh… bagi setiap pelajar…. cuba kira berapa orang dalam 1 kelas tu… cikgu tak mengajar 1 kelas… macam aku.. hah.. 5 kelas… boleh imagine tak..
  • bila nak tanda evidens?
  • bila nak tulis tarikh dalam rekod transit?
harus diingat… pelajar WAJIB diberi peluang untuk menjawab ualngan 2 atau 3 kali untuk memberi peluang dia menguasai evidens itu…
BILA PULAK NAK BAGI BUDAK JAWAB SEMULA?? BILA NAK MENGAJAR????
iye,, secara teori sangat simple.. perfect… bagus yang amat…tapi cuba jadi pihak pelaksana macam cikgu…baru korang tau senak dan berpinar butir mata..stressed…cuba kira…1 kelas katakanlah 25 orang (susah nak jumpa budak sesedikit ini dalam kelas..banyak yang 30 ke atas… )
Mengajar 4 kelas…
  • 25 x 4 = 100 orang pelajar
  • 1 pelajar ada 60 evidens untuk dilaksanakan…
  • cucba kira berapa banyak evidens yang seorang cikgu kena tanda..
  • 100 x 60 = 6000….
aku ulangi…

6000…!!!!!

Itu kalau budak 25 orang sekelas la…
kalau 38 orang sekelas mcm mna? tu Sains Tingkatan 1 tu yang 60 evidens…. cuba kira yang Sains Tingkatan 3 dalam gambar yang awal2 tu ada berapa evidens… 122 evidens!!!
Adakah bila mengajar kelas PBS ni cikgu-cikgu jadual waktunya hanya 10 waktu seminggu…?? tidak.. sama jugak.. 22-28 waktu seminggu… tidak memegang sebarang jawatan si sekolah? xjadi guru tingkatan? tak jadi ketua panitia? tak terlibat dengan kegiatan ko kurikulum? tak terlibat dengan 1M1S? jawapannya…tidak sama sekali.. Jadi guru pentaksir PBS tidak dikecualikan dari sebarang jawatan dan aktiviti… dan kadang2 tu siap kena pi kursus 2,3 ,4 hari… 4 minggu pun pernah… jadi bila nak buat semua-semua ni? masa kita sama je… 24 jam.. xlebih tak kurang… banyak tau kerja cikgu kat sekolah selain mengajar… tambah dengan PBS ni pulak… memang tercungap-cungap…
itu baru cerita rekod transit…
tak cerita lagi Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase…
  • kalau mengikut yang termaktud di dalam dasar pelaksanaan PBS…
  • setiap evidens pelajar harus dimasukkan di dalam Fail Perkembangan Pelajar….
  • buat satu masuk satu….
  • buat yang baru… masuk yang baru.. yang lama kuarkan…
  • aku ada 6000 evidens?? agak2 ada masa ke aku nak gi kuar masuk evidens dalam fail tu? kalau ada masa nak kencing makan sembahyang main dengan anak tu pun rasa patut buat sujud syukur banyak2 dah tau…
tak kira lagi pulak dari setiap evidens tu… dalam 25 kena pilih yang terbaik…bila nak pilih2 tu? ada 3,4 or 10 evidens aku mampu kot nak pilih2 the best among 25… tapi kalau 60 evidens kalu?? mampu???
Contoh PBS Sejarah
Lihat gambar di atas ini, Nampak tak kesusahan para cikgu?? Untuk benda yang tiada makna…
Secara teori yang dibentangkan dalam dasar PBS memang aku akui… sangat bagus… memang menyeluruh… kalau boleh aku siap nak cadangkan lagi… kalau boleh kita bagi peluang kat pelajar tu biarlah jawab sampai beratus juta kali pun..asalkan sampai dia mampu lepas… pastu kalau boleh.. setiap eviden tu biar pelajar jawab 3 kali.. baru menunjukkan pelajar itu benar-benar menguasai… ha.. aku dah cakap kan.,. takat teori.. bentang dengan air liur..aku pun boleh bagi cadangan berapi.. tak payah ada phd bagai pun… tapi bila masuk bahagian pelaksanaan.. korang rasa praktikal ke?
Kalau sistem yang macam ni.. dengan perekodan macam ni.. aku rasa kalau applied kat universiti.. yang pangkat Professor pun tak tentu lagi mampu buat sendiri… ada tutor and RA ramai maybe boleh dilaksana.. tapi kat sekolah? mati terjelir cikgu sorang-sorang… . tapi yang terjelir smpai stressed smpai tak tidur malam…duk cuba buat selagi termampu..ada pernah orang hargai? ada pernah orang nak ucap terima kasih?? takdenya…. siap cakap salah cikgu,… cikgu tak buat kerja.. sebab tu PBS tidak berjalan sempurna… .T____T
itu baru cerita perlaksaan dan merekod…xmasuk part yang paling hangat… SPPBS… yang aku dah sebut kat atas tadi.. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah…
  • semua pencapaian pelajar WAJIB dikeyin dalam website SPPBS secara online… sebab….. diakhir nanti.. lembaga ada rumus sendiri untuk mengularkan band pencapaian pelajar berdasarkan pencapaian pelajar yang dibuat oleh cikgu tadi…. dan bala pun bermula…….
  • sistemnya yang sangat teruk.. yang sungguh meminta dimaki sumpah oleh semua pengguna…
  • jammed.. xboleh bukak… teruk sangat lah.. nak cerita pun tak retilah… tapi aku boleh bagi analogi…
apa perasaan korang kalau nak bukak Facebook…
  1. masukkan ID… masukkan password…
  2. pastu dia duk loadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg dalam 15 minit… pastu kuar semula suruh isi semula ID dan password….
  3. tiada apa-apa perasaan kan?
  4. cuba bayangkan lagi… 10 kali korang cuba..tapi hasil duk macam tu je…masih xdapat log in…
  5. apa perasaan korang masa tu?
  6. boleh bayang tak kalau korang cuba dari pukul 8.00 malam sampai 10 malam… masih xdapat lagi log in…
  7. ada tak rasa unsur2 nak marah dan menyumpah??
ok..situasi kedua…
  1. korang nak log in Facebook…
  2. masukkan ID dan pasword…
  3. tungguuuuuuuuuuuuuu dialoadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg…….. dapat masuk… yeay..!!! happy…. pastu laju2 taip comment kat wall kawan…. tengah duk taip..skali dia otomatik log out…. dan korang kena log in semula.. tunggu loadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg pastu kne tulis semula comments yang korang dah tulis tadi…
  4. ada xperasaan enjoy di situ?
  5. itu sekali… kalau 10 kali korang duk ulang taip comments sama tapi xberjaya send sbb terlogout…
  6. seronokkah rasa hati? ada tak rasa nak menyumpah seranah?
ok….situasi ketiga…
  1. korang log in….
  2. masukkan ID dan password…
  3. yeay..laju jek boleh sign in..
  4. happy terloncat2 rasa jiwa..
  5. cepat2 reply comments orang tu..orang ni..
  6. post kat wall orang tu..post kat wall orang ni..
  7. share video ceraha UAI and Ustaz Kazim..
  8. happy…
  9. tapi xtau kat mana silapnya…
  10. bila check…satu pun xde sebenarnya..
  11. segala comments yang ko tulis xde..xkuar..xsave ke ape ko pun xtau..
  12. segala video yang ko share tadi xde pun..
  13. apa perasaan? rasa sia-sia tak?
  14. rasa hairan x dengan server Facebook??
ok.. dari pukul 8.00mlm – 10.00 malam korang duk menghadapi Facebook dengan masalah-masalahnya itu tadi…sekali ternampak kat Groupon… ada sale… kasut Nike dari harga RM415 jadi RM89… masa tinggal 6 jam…try beli online… skali e-banking xleh connect… duk loading situ la.. xleh nak wat payment… padahal masa dah xlama dah untuk sale habis….
apa perasaan? happy? ceria? atau menggelabah, cuak dan rasa nak maki orang? maki sistem bank la loqlaq…. betui x?
Maka korang pun tutup la laptop.. pasrah nak tido… tapi mata xleh tidur ni..duk nampak kasut Nike tinggal beberapa jam lagi sebelum habis promosi nih…. xleh tdo yang amat.. whatsaap kawan habaq xlena tdo bank punya sistem gelong… member pun cakap..ha..dia dah berjaya beli kasut tu semalam.. dia kata dia bangun pukul 4 pagi.. elok jek sistem e-banking tu…. korang pun apa lagi kan.. mestilah berkobar-kobar kan..tambah2 kawan dah berjaya beli… set jam.. pukul 4 pagi… bangun untuk beli kasut kat Gruopon…
ok.. korang nak cerita happy or cerita sedih?
kalau cerita happy… baca no 1… kalau nak cerita sedih.. baca no 2 dan no 3…
  • bangun pukul 4 pagi… boleh log in Groupon… boleh buat payment… dapat la kasut Nike tu..
  • bangun pukul 4 pagi… e-banking tu masih lagi membuat onar… maka melepaslah kasut Nike tu… tahan pendam rasa je la dengar cerita kawan2 yang sempat beli…
  • tak terjaga… so tak tau la klu bangun jadi orang yang berjaya beli ataupun x…
ok.. itu analogi aku.. kesemua analogi tu menggambarkan situasi para guru untuk memasukkan prestasi pelajar ke dalam SPPBS…
Facebook benda lagha…jadi bila terjadi untuk hal kerja… tension dan stressed dia berganda2 tau ..
Groupon tu na maksudkan guru2 ada dateline..tapi sistem gelong… susah hati ooo… memang xblh tdo lena…otak senak dan selirat…
aku harap korang faham la maksud yang aku cuba sampaikan…
bukan sehari je tau menghadapi masalah untuk log in SPPBS… tapi boleh dikatakan sepanjang tahun…
jarang sangat la time dia ok untuk key in

Guru Berjaga 3-4 pagi

Waktu siang tu memang agak mustahil la kan.. sebab kita nak tanda evidens lagi..nak rekodkan lagi..nak kuar masuk evidens dalam fail lagi… tinggal waktu malam je la…. tapi tu la.. waktu “prime-time” memang susah nak dapat peluang boleh key in.. selalunya pukul 3,4 pagi…. sebab xramai pengguna online..tu yang server xgelong…. tapi aku nak tanya.. masa kerja cikgu2 ke pukul 2,3,4 pagi ni? ada kerja shift ek???? kalau kerja shift.. pagi esok tak payah pi sekolah dah…masuk malam esok pulak la kan patutnya..tapi tak kan..? pagi esok2 awal2 lagi dah kena pi sekolah macam biasa.. dah tu.. bila masa rehat? ada 6000 evidens ni nak kne tick dekat SPPBS tu… satgi tak buat kan masa depan pelajar dipertaruhkan… tu yang pulun stay up semua cikgu… anak kemana,..laki kemana…
  • kalau takat satu malam je sistem gelong..xdenya orang bising…
  • kalau takat satu malam je kena stay up 3,4 pagi..xdenya orang bising…
  • ni sepanjang tahun…
  • dah r kalau bangun tu betul boleh key in xpe..
  • ni sistem still xleh key in..
  • kalau boleh key in pun..
  • sejam tu hanya utk key in 2,3 orang budak…
  • apa perasaan korang kalau bukan Facebook dua jam..
  • hanya boleh view 2 kawan jek..
  • yang lain masa dihabiskan untuk loading..
  • rasa happy? bangun pukul 4,5 pagi nih…
Macam aku cerita… itu tahun 2012…PBS start bulan 5…kuar kat web SPPBS… tarikh akhir key in sebelum 31 November…senangkan kuar arahan..yang cikgu2 ni macam orang gila dah….ye.. awal November lagi dah cuti sekolah..korang ingat cikgu cuti tu maksudnya cuti la..
  • aku kena jaga STPM….
  • sesak jiwa raga…
  • sebab siang mna nak boleh key in..jaga exam..
  • kena tunggu malam la..
  • kalau malam xleh?
  • rasa setiap saat tu nak duk ngadap laptop… nak key in..
  • al maklumla aku guru kelas Tingkatan 1..
  • guru kelas lagi banyak nak kena key in..
  • aku yang pencapaian pelajar akademik dah…

Sistem Lembap

Mai tang yang PAJSK… kena key in maklumat Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Unit Beruniform bagi sretiap pelajar kelas aku jaga… macam aku cakap la… budak 35 orang… kalau sistem laju macam Facebook takpe.. tapi sistem siput sedut… loading manjang… tekanan perasaan sangat.. sebab kerja kita patutu selesai dalam masa sejam dua jek.. tapi sebab sistem yang sangat tidak efisien… berminggu-minggu tak boleh nak siapkan… pastu macam Unit Beruniform… dia punya sistem untuk key in xbetul.. petak nak tick tak kuar……dan naik nama cikgu yang tak buat kerja… wajarkah???
masa tu aku jadi S/U….. korang tak tau luluh jiwa bila pukul 7 pagi,..sorang cikgu veteran call aku… umur dia dalam 53 macam tu… baya2 mak kita… tak pun mak cik-mak cik kita… pukul 7 pagi.. di hari sabtu…
  • cikgu X : nieza.. maaflah call pagi-pagi ni…
  • aku : eh..xpelah..dah bangun dah..
  • cikgu X : ni..akak nak tanya.. SPPBS tu nieza boleh bukak x? akak try bukak tadi..dari pukul 4 pagi akak try… tapi xboleh… ke komputer akak yang rosak?
  • aku : eh..bukan.. memang SPPBS gelong… saya pun try xboleh nak log in…
Pilu rasa hati… oraang baya mak-mak kita.. yang tak berapa mahir komputer..tapi mencuba sepenuh usaha untuk merealisasikan PBS sampai berjaga malam… padahal yang xbetul adalah sistem.. bukan komputer dia… xjadi kat mak korang korang tak rasa…. dah la ada penyakit darah tinggi bagai…xmasuk lagi kes cikgu yang ada kanser buat chemotheraphy semua…salah cikgu?
  • satu lagi…
  • dah la server out…
  • interface pun out…
  • xmesra pengguna..
  • suka nak buat page..
  • nama pelajar jadi 2 page…
  • pastu nak klik next page tu loading mcm biasalah.. klu gi sidai kain sebaldi.. masuk semula xtentu dah siap loading….
  • pastu dah isi untuk nama budak tu…
  • bila back..dia pi page 1 semula..
  • klik next page loading lagi…
  • tension tau.. membazir masa…!!!!
  • tu xkira lak evidens kena masuk ikut bulan..dah la sistem slow macam siput terencat..
  • nak loading page bila tukar bulan tu pun satu hal..
  • pendek kata…
  • interface tak mesra pengguna langsung…
  • membazir masa!!!! sedangkan banyak lagi kerja lain nak buat… nak tanda evidens tu pun tercungap.. kerja2 rumah lagi… bila time online… sistem nazak…
aku nak print screen kat sini pun xde… nak bkak sekarang SPPBS dah arwah… kenapa? tunggu aku cerita…
jadi untuk 2012… mula2 kata 30 November… pastu dilanjutkan sampai Januari…
PBS Tingkatan 2
dan alhamdulillah… semua settle..result pelajar daat dikeluarkan… dan sungguh mengecewakan…
membuktikan bahawa PBS bermaksud Pandai Bodoh Sama
1) cikgu-cikgu sememangnya kurang yakin dengan PBS sebab tiada standardized dan validity tu kurang…. sebab 100% soalan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.. korang rasa band 5 sekolah harian pencapaian rendah ni sama ke dengan band 5 untuk pelajar SBP? adil x? kalau dibuatnya cikgu SBP strict… cikgu sekolah biasa xstrict untuk pemberiaan pentaksiran.. adil x? usah kata compare dengan SBP… dengan sekolah sebelah pun dah banyak perbezaan… dengan kelas sebelah pun dah banyak perbezaan… betul x?
2) Tengok gambar di bawah..
masa taklimat macam canggih katanya “SISTEM AKAN MERUMUSKAN BAND PELAJAR” ..
tau x rumusan dia macam mana? cuba tengok pelajar 1…
  • dia menguasai semua evidens band 3 dan beberapa band 4…
  • keputusannya : band 3
pelajar 2 ..
  • dia menguasai semua evidens band 3, kebanyakan bank 4 (2 evidens xmenguasai) dan beberapa evidens band 5…
  • keputusannya : band 3
nampak x?
takat nak buat kesimpulan macam tu..xpayah suruh sistem rumus..aku pun boleh rumus…sedih tau… rasa ditipu hidup2,,rasa kesian pada pelajar…betul x aku cakap.. Pandai Bodoh Sama…evidens2 yang band 4 dan band 5 yang dia buat macam xmemberi makna…usaha yang sia2…
patutnya hardcopy.. ni soft copy sebagai contoh.. untuk beri penjelasan… aku sanggup bersusah payah print screen… tu bukan result sebenar.. tu yg aku nak tunjuk “RUMUSAN” yang kononnya canggih sangat…
  • dan sebagai cikgu…
  • aku pun xfaham dengan prestasi pelajar aku…
  • kalau korang ada anak yang generasi PBS ni korang tau tak pencapaian anak kotrang macam mana?
Pentaksiran Pusat ? xde bayang.. melangut je la cikgu kena bohong.. bukan takat cikgu..budak2 f1 pun turut sama tertipu la jadinya…
Komen pelajar pada tahun 2012…
  • 1) xseronok belajar…. semua subjek hari2 ada soalan.. stressed….xfun langsung… nak buat mcm mna…cikgu kne pastikan yang back dated tu semua dapat dicover… huhuhu…
  • 2) cikgu2 jadi garang… mana xgarang…stressed ookk… bebanan kerja melampau2….

Kisah PBS Tahun 2013

Tahun ini… pelajar tingkatan 1 2012 naik tingkatan 2… pelajar tingkatan 1 2013 masuk sesi… alhamdulillah..cikgu2 kurang kekelamkabutan sebab boleh bermula seawal bulan Januari… tiada sebarang back dated… maka tidak terkejar-kejar2 mengejar syllabus… cikgu Form 2 masih teragak2 sebab tak biasa lagi.. cikgu Form 1 macam aku dah jadi pro…prp xpro… sakit kepala otak oooo nak mengadap evidens beribu2…. even xbertulis..tapi nak rekod… bukan senang seperti yang diucapkan..cuma…SPPBS masih menjadi masalah utama…xleh nak key in…
Menjadikan cikgu2 makin hangin…Kalau tahun lepas dah hang nak masukkan data PBS tingkatan 1 sahaja…Maka buatlah persiapan cukup2 untuk menerima data2 PBS. Tingkatan 1 dan 2 2013… ni x..lagi teruk dari 2012…Macam xlogik langsung…Main cadang je ke nak buat PBS ni? Xpernah kaji berapa ribu orang akak masuk server? Xpernah kaji berapa ribu data akan disimpan dalam server? Ini kah lambang sistem yang akan membawa perubahan besar kearah pembangunan negara yang berdaya saing?
Siap error ape benda ntah…null data… aku tnya abg ipar aku yang kerja IT apa masud error tu… katanya itu data overload…Menyirap rasa darah… buat kerja xde perancangan…mcm tu la…pastu susahkan semua orang…pastu canang cikgu laksanakam PBS betul2… cikgu key in lambat sebab tu server jammed… childish!!! Just know how to blame others…never look upon yourselves…shame on you…
Dan…ni msg terakhir aku tengok…
PBS Tingkatan 6
Tutup terus dari hari tu smpai skrg…. cikgu2 terbeban dengan tugas tahun lepas yang xselesai dan tahun ini yang tak dapat dimulakan….Sebab April baru sistem dibuka untuk key in yang tahun lepas (in case xsempat hari tu.. aku dah settle…tinggal Unif Beruniform yang gelong tu…) tapi yang tahun ni xleh nak key in lagi… katanya lepas ni utk key in PBS bukan lagi di SPPBS tapi di SPS… Sistem Pengurusan Sekolah.. pasni aku cerita…
Pentaksiran Pusat masih tiada bunyi,…. maka kita buat anggapan sendiri… masa form 3 la tu Penilaian Pusat akan dilaksanakan..

Kisah PBS Tahun 2014

cikgu2 menjalankan PBS seperti yang diarahkan…. Sistem untuk key in pencapaian pelajar masih tidak dibuka..tunggu sehingga April.. maka marilah kita mengumpul beban…. xpe.. nasiblah jadi cikgu..
Pertengahan Januari… aku diarahkan menjadi wakil Sains Matematik Tingkatan 3 untuk mendengar Taklimat Pelaksanaan PPMR…. ha…apekebenda PPMR ni… nilah yang exam ganti PMR… Uiksss… ada exam pulak???? hari tu kata takde…. hahahaha.. kejutan dimana-mana…hadir ke taklimat ini betul2 menghancur luluhkan hati,…. sumpah.. hati retak berkecai seribu..rasa tertipu..rasa sedih..rasa marah..rasa geram..semua rasa bercampur baur… apabila… pemberi taklimat memberitahu
” Keputusan PBS Tingkatan 1 akan diprint semasa tingkatan 1, PBS Tingkatan 2 untuk tingkatan 2… PBS Tingkatan 3 untuk Tingkatan 3… tidak akan digabungkan… Lembaga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PBS akan digabung… “
  • kalau dapat dengar hati aku pecah…. memang bergegar dewan tu…
  • rasa usaha selama ini sia2 ..
  • ditipu oleh suatu sistem yang tidak dirancang sebetul-betulnya…
  • yang jadi sekarang..
  • pusing-pusing…
  • tengok result PPMR tu jugak…
yang ada exam ( 1 PAPER/ 2 JAM)
  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • B. Arab/B.Cina/B.Tamil
yang ada oral
  • B. Melayu
  • B. Inggeris
Pelbagai Item (ala-ala kerja kursus)
  • Sejarah
  • Geografi
  • P.Agama Islam
  • Pend. Moral
  • K. Hidup
  • PSV
  • PJK
  • Sivik
  • Muzik
Keputusan dalam bentuk A,B,C…dah tu apa beza dengan PMR? Mana ciri PBSnya? kenapa tak guna band?? Apa gunanya PBS yang sedia ada??????????
  • Bila ditanya macam mana bentuk soalan….
  • Jawapannya… masih dalam perbincangan….
  • Bulan 10 nak laksana… tp ape pun xdecide lagi….
  • Cemerlang kan sistem baru ni….
Tapi… kalau BM & BI paper 2 jam… nak uji ape? Kalau nak suruh tulis satu karangan 200 perkataan pun mau ambik masa sejam setengah kot…Jadi pendapat kalian… Penilaian mana yang lebih berkesan..PMR yang soalannya lebih menyeluruh..??? Atau PPMR yang skop sangat kecil…?
Agak2 kalau nak masuk SBP or MRSM diorg utamakan result PPMR atau PBS setiap tahun? ya..aku tau SBP and MRSM akan guna exam diorg sendiri… itu utk kelayakan.. maksud aku utk tawaran..diorg akan refer result mana??????? aku xdelah bodoh sangat untuk diperbodohkan sebegitu rupa…agak-agak kalau nak streaming aliran masa tingkatan 4 nnt kita akan refer result mana? jadi apa guna PBS?? saja suka2 bagi cikgu buat kerja lebih…????
bila tanya kenapa tak gabung yang PBS..
JAWAPANNYA : kita tau PBS ni dijalankan oleh cikgu2.. maka kebolehpercayaannya adalah rendah (lebih kurang macam ni la maksud ayat dia..ayat betul aku lupa… sebab hati remuk..hampir mengalir air mata… sebab AKU YANG MELAKSANKANNYA..AKU YANG TAU SUSAH PEDIH JERIH…. tukang cakap tau ape… hanya tau keluarkan surat nak datang pantau..nak datang pantau… datang pantau xmembantu langsung tau tak… hanya menambah beban yang telah sedia terbeban.. kalau nak membantu… meh.. mai sekolah..duduk sekolah 3 bulan… ambik jadual waktu sama macam cikgu.. masuk kelas mengajar dan laksankakan PBS serentak.. cuba tunjukkan kami contoh yang sebetul-betulnya untuk menjalankan PBS ni.. kan duk heboh kat orang cikgu tak pandai buat.. ha.. sila beri tunjuk ajar…
  • kenapa ajar sains kena banyak buat eksperimen…? nak bagi pelajar mempunyai pembelajaran bermakna…
  • maka..mari tolong buat amali PBS ..supaya kami cemerlang terbilang tip top…
  • jadi ajari lah kami kerana kami sanggup belajar demi memartabatkan pelajar kami..aset kami pelajar kami..
  • kami mahu yang terbaik untuk pelajar kami..
Dan kalau dalam erti kata mahu yang terbaik untuk pelajar kami..kami rasa PBS bukan yang terbaik…
  • dan minggu lepas ada taklimat Pentaksiran Pusat…lain dah jadinya…
  • GEOGRAFI, PJK, PSV, KH, SIVIK… tiada pentaksiran pusat.. hanya Pentaksiran Sekolah semata-mata…
  • lalang… kejap macam tu.. kejap macam ni..
  • tapi masih tidak mahu mengakui kelemahan sendiri…
=> dan kami cikgu ada hati dan perasaan..jangan cuba menutup kesalahan sendiri dengan mengeluarkan fakta2 yang mengguriskan hati kami…
1) PBS dilaksanakan sebab nak memastikan cikgu2 ajar apa yang sepatutnya diajar kepada pelajar,, sebab tu cikgu kena rekod setiap evidens… apa? sebelum PBS ni cikgu2 xmengajar ke? budak dapat result cemerlang tu hasil cikgu masuk baca paper dalam kelas? hasil cikgu balik pukul 2.00 petang pastu tidur?
2) PBS diperkenalkan sebab sistem pendidikan kita terlampau exam oriented… ye..menuding jari memang senang.. tapi pernah terfikir tak kenapa dengan begitu drastik bertukar menjadi exam oriented berbanding pengajaran berkesan… sebab…
  • tiap2 kali exam..
  • kena htr result ke PPD.. ke JPN..
  • kalau result terus.. cikgu yang kena..
  • kalau tahun ni peratus meningkat…tahun depan kena pastikan meningkat lagi… target kena tinggi..
  • sampai budak yang xleh membaca pun kne target C… LOGIK? angkara siapa yang sistem pendidikan kita menjadi exam oriented???
  • tak cukup dengan tu.. buat pulak insentif… bai’ah tak bai’ah… klu result bagus…. sekolah dapat ganjaran.. pengetua arah buat program.. yang terthantuk tergadah cikgu2… tak ke menjadi exam oriented tu sebab nak tingkatkan prestasi..salah siapa??
Saya suka PBS… sebab cikgu2 xterbeban yang benda2 exam oriented tu la.. xde kena buat head count.. galus halus… xde nak kena report berapa orang cemerlang berapa orang lemah… masuk kelas mengajar…. habiskan syllabus.. benda2 yang menjadikan sistem pendididkan kita exam oriented tu xde…tapi kenapa kalau ada PMR dan SPM jek mesti nak kena buat semua-semua2 tu? itulah yang menjuruskan kepada exam oriented… xkan benda simple macam tu xde orang perasan??
  • PBS ni pun xde lagi la sebab xstart lagi PPMR…
  • tunggu tengok tahun depan..
  • mesti dah ada la tu target la..headcount la.. untuk PPMR…
SO.. mana yang xnak exam oriented tu???
  • Dan saya xsetuju PBS. Sebab kalau hari ni budak tu boleh jawab.. maka dia dah menguasai..
  • Kalau esok kita tanya and dia xtau.. kita xde hak nak tarik semula..
  • Dia dah menguasai..sebab tu budak generasi PBS ni malas study…xde makna katanya…
  • Dah habis jwb PBS… lompat2…
  • bila tahun ni baru tau nak ada exam..cikgu yang risau…
  • boleh ke diorg cover yang f1 dan f3…sedangkan masa diorang f1 2012 hari tu..
  • kita cakap….

“KAMU TIADA EXAM..100% PBS”

  • waaaaahhh…xsangka panjang berjela-jela aku tulis…
  • asalnya nak key in maklumat pelajar di SPS..
  • Sistem dah gelong..
  • xtau la pasni kalau nak key in PBS kat server SPS…
  • bala apa pulak nak jadi aku tak tau la…
Maaf andai tulisan ini membuatkan sesetengah individu berasa tidak selesa..tapi izinkan saya untuk meluahkan apa yang majoriti kami rasakan…mungkin ada banyak fakta yang saya tertinggal..tapi ini cerita serba ringkas apa yang saya lalui…dan rakan-rakan saya lalui..
KPM PBS 2014Bagi aku.. PBS bukan isu politik… sebab tu aku kekadang rasa hangin jugak bila isu ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang… nak berdemo berarak ala2 bersih.. merapu!!! Lagi banyak masalah timbul adalah.. dan aku jugak hangin dengan kerajaan yang ego xmo mengaku gopoh dalam melaksanakan PBS… nak tarik balik takut dikatakan tunduk pada pembangkang… padahal ini bukan politik la… pi mansuh ISA xpe pulak.. yang tu lagi bahaya dan banyak kesan buruk tau berbanding mansuh PBS… kekadang menyampah tau hidup kat Malaysia ni…segala benda nak dipolitikkan…
Isu sebenar adalah melibatkan Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan… demi masa depan generasi akan datang… tolong mansuhkan PBS… xde orang nak caci maki… orang berterima kasih adalah…
Cukuplah membazir masa, dan tenaga para guru dan wang kerajaan…
Hayatilah gambar ini… xsemua tu.. sebab ada lagi dasar2 baru… tapi kesimpulan… setiap jabatan kemukakan idea utk KPI masing2…. yang tanggung…CIKGU… T____T
P/S: PPSMI dimansuhkan dulu aku sedih tau… semua kerana sikap gopoh KPM… padahal hasil yang pure PPSMI baru darjah 6 .. xtercapai hajat Tun M..
P/S: Sangat berharap agar suatu sistem yang benar2 bukan exam oriented dan tidak terlampau membebankan guru dan sistem yang senang diakses dapat diperkenalkan…. Saya sayang setiap pelajar saya… saya sedih sekiranya masa depan mereka dipertaruhkan demi satu eksperimen yang tiada persediaan… kesian mereka… dari darjah 1-darjah 6 belajar dalam english {PPSMI}.. Elok naik form 1 semua tukar dalam BM pastu jadi bahan eksperimen PBS…
KPM tidak belajarkah kesilapan “gopoh” PPSMI dahulu dan ulanginya sekali lagi dengan PBS… Yup..!!! GOPOH adalah perkataan yang sesuai…. sepatutnya tunggu generasi PBS dari sekolah rendah naik ke sekolah menengah barulah dilaksanakan di sekolah menengah… ini semua mau cepat… GOPOH… sebab tu tiada perancangan dan sentiasa berubah-ubah dasarnya…