Rabu, 31 Ogos 2022

Patriotik

 *BEZA NEGARA KAYA VS MISKIN*


“Perbezaan antara negara miskin dan kaya bukanlah kerana berapa awalnya tamadun negara tersebut.”


Kalau tidak pasti India dan Mesir, yang tamadunnya lebih 2000 tahun dah jadi kaya.


Sebaliknya, Kanada, Australia dan New Zealand, yang baru berumur 150 tahun, hari ini adalah negara maju dan kaya.


Perbezaan antara negara miskin dan kaya juga tidak bergantung kepada sumber asli yang ada.


Jepun mempunyai wilayah yang terhad, 80% bergunung-ganang, tidak sesuai untuk pertanian merupakan antara ekonomi terbesar dunia. Negara ini umpama sebuah kilang terapung yang besar, mengimport bahan mentah dari seluruh dunia dan mengeksport produk perkilangan. Korea Selatan juga begitu. Malaysia pula berbeza kerana ia punya sumber alam yang pelbagai.


Contoh lain ialah Switzerland, ia tidak menanam koko tetapi menghasilkan coklat terbaik di dunia. Di wilayah kecilnya ia menternak haiwan dan mengusahakan tanah itu hanya selama empat bulan dalam setahun, namun mengeluarkan produk susu terbaik. Sebuah negara kecil yang merupakan imej keselamatan yang telah menjadikannya sebagai bank dunia terkuat.


Pemimpin dari negara kaya yang berinteraksi dengan rakan sejawatan mereka dari negara miskin tidak menunjukkan perbezaan intelek yang ketara.


Faktor kaum atau warna juga tidak menunjukkan kepentingan: Pendatang asing yang bermalas-malasan di negara asal mereka secara terpaksa menjadi produktif di negara Eropah yang kaya.


Apakah perbezaannya?


Bezanya ialah SIKAP rakyat, yang dibentuk selama bertahun-tahun oleh pendidikan dan budaya.


Apabila kita menganalisis tingkah laku rakyat dari negara kaya dan maju, diperhatikan bahawa majoriti mematuhi prinsip kehidupan berikut:


1. Etika, sebagai prinsip asas.

2. Integriti.

3. Amanah dan bertanggungjawab.

4. Hormat kepada undang-undang dan Peraturan.

5. Penghormatan daripada hak majoriti rakyat.

6. Rajin bekerja dan berniaga.

7. Gigih menyimpan dan melabur.

8. Kemahuan untuk menjadi produktif.

9. Menghargai dan menepati masa.

10. Bersikap patriotik


Di negara miskin hanya sebilangan kecil minoriti mengikuti prinsip asas ini dalam kehidupan seharian mereka. Majoriti TIDAK memegang prinsip di atas ini.


Kita bukan miskin kerana kekurangan sumber asli atau kerana alam kejam terhadap kita.


Kita miskin kerana kita ada masalah SIKAP. Kami tidak mempunyai keinginan untuk mengikuti dan menerapkan prinsip pegangan masyarakat kaya dan maju ini.


*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KITA AMBIL KESEMPATAN ATAS SEMUA PERKARA DAN SEMUA ORANG.*

 

*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KAMI MELIHAT SESUATU YANG SALAH TAPI KITA KATA - "BIARLAH. MALAYSIA MASIH AMAN…”*

*KITA KENA BERUBAH!*

 

*BARULAH KITA DAPAT MENGUBAH KEADAAN KITA SEKARANG.*


*Firman Allah SWT - Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya…*


Jika anda menyayangi anda

NEGARA ini, edarkanlah mesej ini supaya ramai orang dapat memikirkannya.


*SALAM KEMERDEKAAN!*

*Teguh bersama!*

Selasa, 30 Ogos 2022

Lentera

 *WS RENDRA*

Lahir di SURAKARTA pada tahun 1935. 

Menjadi mualaf 1970 disaksikan oleh Taufiq Ismail dan Ayip Rosidi. Berganti nama menjadi Wahyu Sulaiman Rendra.


Dari ke tiga istrinya  yaitu Sunarti Soewandi, Sitoresmi dan Ken Zuraida  memiliki 11 orang anak.


Meninggal di DEPOK pada tahun 2009. 


Puisi terakhir WS Rendra 

di buat sesaat sebelum dia wafat, sangat luar biasa kata-katanya. 


Hidup itu seperti *UAP*,  yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap !! 

Ketika Orang memuji *MILIKKU*,

aku berkata bahwa ini *HANYA TITIPAN* saja.


Bahwa mobilku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa rumahku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa hartaku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa putra-putriku hanyalah titipan- *NYA* ...


Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,

*MENGAPA DIA* menitipkannya kepadaku?

*UNTUK APA DIA* menitipkan semuanya kepadaku.


Dan kalau bukan milikku, 

apa yang seharusnya aku lakukan untuk milik- *NYA* ini?

Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh- *NYA* ?


Malahan ketika diminta kembali,

_kusebut itu_ *MUSIBAH,*

_kusebut itu_ *UJIAN*,

_kusebut itu_ *PETAKA*,

_kusebut itu apa saja ..._

Untuk melukiskan, bahwa semua itu adalah *DERITA*....


Ketika aku berdoa, 

kuminta titipan yang cocok dengan

*KEBUTUHAN DUNIAWI*,

_Aku ingin lebih banyak_ *HARTA*,

_Aku ingin lebih banyak_ *MOBIL*,

_Aku ingin lebih banyak_ *RUMAH*,

_Aku ingin lebih banyak_ *POPULARITAS*,


_Dan kutolak_ *SAKIT*,

_Kutolak *KEMISKINAN*,_

Seolah semua *DERITA* adalah hukuman bagiku.


Seolah *KEADILAN* dan *KASIH-NYA*,  

harus berjalan seperti penyelesaian matematika dan sesuai dengan kehendakku. 


Aku rajin beribadah, 

maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,

Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku ...


Betapa curangnya aku,

Kuperlakukan *DIA* seolah _Mitra   Dagang_ ku 

dan bukan sebagai *Kekasih !*


Kuminta *DIA* membalas _perlakuan baikku_ 

dan menolak keputusan- *NYA* yang tidak sesuai dengan keinginanku ...


Padahal setiap hari kuucapkan,

_*"Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU"*_


Mulai hari ini, 

ajari aku agar menjadi pribadi yang selalu bersyukur dalam setiap keadaan 

dan menjadi bijaksana, 

mau menuruti kehendakMU saja ya *ALLAH* ...


Sebab aku yakin....

*ENGKAU* akan memberikan anugerah dalam hidupku ...

*KEHENDAKMU*  adalah yang ter *BAIK* bagiku ..


Ketika aku ingin hidup *KAYA*, 

aku lupa, 

bahwa *HIDUP* itu sendiri 

adalah sebuah *KEKAYAAN*.


Ketika aku berat utk *MEMBERI*,

aku lupa, 

bahwa *SEMUA* yang aku miliki

juga adalah *PEMBERIAN*.


Ketika aku ingin jadi yang *TERKUAT*, 

....aku lupa, 

bahwa dalam *KELEMAHAN*,

Tuhan memberikan aku *KEKUATAN*.


Ketika aku takut *Rugi*, 

Aku lupa,

bahwa *HIDUPKU* adalah 

sebuah *KEBERUNTUNGAN*,

kerana *AnugerahNYA.*


Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu *BERSYUKUR* kepada *NYA*


Bukan karena hari ini *INDAH* kita *BAHAGIA*. 

Tetapi karena kita *BAHAGIA*,

maka hari ini menjadi *INDAH*.


Bukan karena tak ada *RINTANGAN* kita menjadi *OPTIMIS*. 

Tetapi karena kita optimis, *RINTANGAN* akan menjadi tak terasa.


Bukan karena *MUDAH* kita *YAKIN BISA*. 

Tetapi karena kita *YAKIN BISA*.!

semuanya menjadi *MUDAH*.


Bukan karena semua *BAIK* kita *TERSENYUM*. 

Tetapi karena kita *TERSENYUM*, maka semua menjadi *BAIK*,


Tak ada hari yang *MENYULITKAN* kita, kecuali kita *SENDIRI* yang membuat *SULIT*.


Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar, 

cukuplah menjadi *JALAN SETAPAK* 

yang dapat dilalui orang,


Bila kita tidak dapat menjadi matahari, 

cukuplah menjadi *LENTERA* 

yang dapat menerangi sekitar kita,


Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang, 

maka *BERDOALAH* untuk

kebaikan.

Isnin, 29 Ogos 2022

Adil

 KENAPA SIMPATI KITA BERBEZA BEZA?


Kenapa bila retis ditahan kerana kes dadah kita kata bantulah bukan hina dia tapi org biasa kita kata penagih itu sampah masyarakat?


Kenapa bila org biasa ada kes skandal seks dikatakan syaitan bertopengkan manusia tapi  selebriti kita katakan fitnah akhir zaman?


Kenapa bila bos mencuri beratus juta ringgit kita perlu simpati tapi org biasa kita pukul setengah mati?


Kenapa bila VIP dihukum mahkamah ostajah bersuara melahirkan simpati dan melarang menghina tetapi dgn org biasa ostajah mendiamkan diri?


Kenapa bila retis berkahwin dgn suami org hingga bercerai pasangan tersebut kita kata bagai pinang dibelah dua tetapi jika wanita biasa kita kata perempuan gatal, gila harta, perampas suami org bla bla bla..?


Kenapa bila org kaya berbohong kita percaya tapi org miskin berkata benar kita anggap dia berbohong?


Kenapa bila org2 politik dihukum kita kata jgn lupa ada kebaikan yg dilakukan utk menghalalkan cara tetapi jika rakyat marhaen dihukum kita kata keturunan penyamun seolah tiada kebaikan dilakukan dlm kehidupannya?


Tak ubah sepertimana kita menilai seseorang… jika wanita cantik hanya menulis di wall…” Saya lapar” 1000 likes dia dpt tetapi wanita yg tiada rupa menulis dgn ilmiah belum tentu dpt 1 likes. 0 lik3s tu biasa. 


Tak adilkan… manusia memuji atau menghina seseorang melihat siapa org itu tanpa berlaku adil kpd seseorang itu.


Betul org alim berkata jgn harapkan kita mendapat keadilan di dunia ini. Memang buat baik dibalas baik, tetapi bukan semua kebaikan dibalas di dunia ada yg Allah simpan di akhirat…. Bersabarlah.


Percayalah jika kita menilai seseorang hanya dari penampilannya, hartanya atau pangkatnya, kita akn kehilangan byk kesempatan bertemu org2 yg hebat… itu pengalaman hidup saya dlm pergaulan. 


Ramai yg saya temui nampak hebat (berharta, alim bagaikan ulama) tapi hanyalah penglipur lara. Tapi ada yg saya temui selepas solat yg sdg duduk di tangga masjid tapi ilmu dunia akhirat… Masyallah.


Sedikit hari lagi kita akan merdeka. Kemerdekaan adalah nama lain kpd keadilan. Selamat Hari Merdeka.

Bahasa

 Jerman pernah MUNDUR. Nak tahu sebab apa?


(‼️Rakyat Malaysia yang baca confirm akan sentap) 


Kita tahu sekarang Jerman antara salah sebuah negara yang maju. Tapi sebenarnya Jerman dulu pernah mundur. Nak tahu kenapa?


Pada abad ke 17, masa tu negara eropah seperti Perancis, Itali, Inggeris adalah negara maju, industri mereka sedang berkembang.


Tapi ketika itu Jerman mundur sampai pemimpin2 Jerman pun pelik kenapa Jerman mundur.


Padahal ilmuan Jerman ramai dan orang Jerman rajin bekerja. Sumber alam dari Jerman juga banyak berbanding negara eropah yang lain. 


Universiti dan sekolah Jerman pun menggunakan bahasa Perancis dan Latin yang ketika itu bahasa yang dianggap maju sebab menggunakan bahasa negara yang maju.


Oleh sebab itu, seorang ahli falsafah dan Matematik iaitu Gottfried Willhem Leibniz cuba mengakaji kenapa masalah ini boleh berlaku, akhirnya Leibniz sedar rupanya inilah yang menyebabkan negara Jerman mundur.


Jerman mengamalkan bahasa perancis dan latin dalam mengajarkan ilmu di sekolah dan univerisiti. Bahasa perancis menjadi komunikasi perdagangan. 


Jurnal dan buku2 semua dalam bahasa perancis dan latin. Jika ada perbentangan kertas kerja perlu menggunakan bahasa perancis.


Mereka memandang rendah terhadap bahasa Jerman sehingga orang intelektual dan atasan menganggap bahasa Jerman sebagai bahasa kampung dan tidak layak untuk bahasa perdagangan.


Mereka sibuk mengatakan bahasa Perancis lah yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. 


Orang atasan dan intelektual dengan rakyat Jerman seperti ada tembok pemisah. Orang atasan menggunakan bahasa Perancis manakala rakyat Jerman menggunakan bahasa Jerman dan buku2 semua ditulis dalam bahasa Perancis kerana orang intelektual menggunakan bahasa Perancis.


Kesannya, rakyat Jerman kurang berpendidikan dan ilmu sebab mereka tidak memahami bahasa yang di dalam buku2 dan jurnal yang ditulis.


Apabila bahasa sendiri diketepikan bahasa asing didewakan kesannya rakyat Jerman kehilangan keyakinan pada diri, dan bila sesuatu bangsa tidak yakin pada diri, maka negara tersebut tidak akan maju.


Oleh sebab itu, Leibniz cuba mengkaji negara maju seperti Cina, Jepun, Perancis, rupanya semua maju dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan disebabkan mereka menggunakan bahasa dan tulisan mereka sendiri.


Leibniz berusaha meyakinkan golongan atasan dan intelek dengan mengatakan apabila mereka menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran negara, maka mereka akan semakin beruntung. 


Sebab?


Lebih ramai rakyat yang mendapat pendidikan, maka lebih berilmulah bangsa Jerman itu, dan lebih majulah negara mereka, dan lebih makmurlah kehidupan mereka semua. Oleh sebab itu, Leibniz mengusulkan kepada kerajaan Jerman supaya:


1. Membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya

2. Menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman

3. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti

4. Menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara

5. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa perniagaan, dan;

6. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.


Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya kepada perjuangannya. Pada sekitar 1750-an terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched berjudul Dasar Tatabahasa Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku tatabahasa ini luar biasa.  


Bermula dari tarikh perubahan itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang yang diusulkan oleh Leibniz. Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia.


Sekarang mereka sangat memartabatkan bahasa Jerman. 


Nak tahu?


Kalau nak mohon visa ke sana sekarang pun perlu ada certificate bahasa Jerman dulu.


Dan kalau nak tahu lagi, dekat Jerman semua barang2 dekat supermarket dalam bahasa Jerman termasuk ingredient dia. Walaupun produk tu bukan dari Jerman.


Kalau saya masuk supermarket dia dua jam jugak lah nak translate.


Walaupun dari Arab ke, Cina ke Rusia ke kalau datang Jerman kebanyakkannya akan cakap bahasa Jerman. 


Jadi kita Malaysia macam mana? fikir fikirkanlah 


Tidak salah untuk belajar bahasa asing tetapi jangan sampai mengetepikan dan merendahkan bahasa ibunda sendiri. 


Kadang dekat negara sendiri pun kene cakap bahasa asing, rasa seperti tiada negara.


Adakah benar dengan sebab bahasa bekas penjajah kita, iaitu Inggeris itu maju, maka kita boleh turut maju dengan meminjam bahasa bekas penjajah tersebut.


Namun, sejarah membuktikan sebaliknya. India telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 tahun, dan Filipina selama 60 tahun. Begitu jugalah beberapa negara Afrika seperti Nigeria, Ghana, Kenya, Uganda. Bahasa Portugis dan Sepanyol pula dipinjam oleh negara-negara Amerika Latin. Negara-negara ini masih terus terumbang-ambing. Tidak usahkan maju, ada sesetengahnya yang melepasi paras kemiskinan pun belum mampu.


Tanah Melayu pernah menjadi pusat perdagangan utama pada suatu ketika dahulu dan bahasa melayu pernah menjadi lingua franca iaitu bahasa perhubung antarabangsa. Tetapi kini bahasa melayu semakin diketepikan.


kata Ibn Khaldum di dalam “Muqadddimah”-nya :


“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka. Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka.


Sempena menyambut kemerdekaan ini semoga kita dapat bebas dari pengaruh barat dalam setiap sudut dan bangunkan negara kita dengan acuan kita sendiri.


Ayuh kita martabatkan semula bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu! Inilah identiti bangsa Malaysia


*Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65🇲🇾*


Hajar Burhannuddin

Passion

Cnp

Faris Safei


Awal Julai lepas, Singapore Airlines Engineering Company (anak syarikat SIA) ada buat walk in interview dekat KL. Ikut pengalaman aku, kalau dah walk in interview ni biasanya peluang nak dapat memang tinggi.


Pasal semua previous job aku melalui walk in interview. Tak pernah lagi rekod aku dapat kerja melalui emel yang dihantar ke HR.


Tapi to be honest, aku cuma perasan malam sebelum tu. Itu pun pasal terbukak apps LinkedIn. 


Terlintas rasa nak pergi pasal nak test market. Lagipun to be honest, this is my passion. Diploma ada, pengalaman kerja pun ada tapi non related to aviation la.


Why not kan? Tak rugi pun mencuba. Bukan luak pun. Maka aku pun update la latest resume. Cari balik segala sijil yang ada. 


Terjumpa transkrip ni. Budak budak yang ambil course aviation mesti faham. Nak lulus, cuma A dengan A-. Markah mesti above 75.


Kalau dapat gred B, kira fail dah. So bila requirement ketat macam tu, CGPA terpaksa la jadi cemerlang.


Sampai tempat interview, nak jadi cerita yang interviewer tu kata aku tak boleh apply job sebagai aircraft technician sebab pengalaman kerja dekat kapal tak banyak.


Ye la, dulu cuma sempat praktis setahun je kerja dekat live aircraft sebelum MAS tutup hangar Subang. Itu pun as contract mechanic dengan gaji 6 ringgit sejam. Macam level kerja part time fast food je. Pedih ulu hati kalau ingat balik. Rasa macam kena scam pun ada. Hahahaha


Passion? Yes it is. Tapi kalau demand tak de, memang payah nak survive. Industri penerbangan dalam negara kita ni kecik je sebenarnya.


Tapi supply yang keluar (graduan baru dalam bidang sama) terlalu banyak. Dah jadi oversupply. Side majikan pulak bagi hint macam ni, "take it or leave it. Kami ada banyak lagi calon lain yang ada qualification yang sama."


Itu lah realitinya duduk dalam bidang yang nampak macam popular ni.

Passion Part 2


Sambungan...


Nak jadi cerita, masa walk in interview di SIA Engineering, interviewer tak tengok pun segala sijil dan resume. Banyak kali jugak aku jumpa interviewer jenis macam ni. Sijil totally tak tengok, tapi dia more nak dengar pada pengalaman kerja. CGPA lagi la, memang tak tanya.


Just cerita sedikit pasal pengalaman kerja, terus diorang boleh offer jawatan teknikal lain tapi non related to aircraft.


Suddenly aku rasa ada jugak orang nak pandang pengalaman kerja aku. Boost sikit motivation and confidence level aku. Ye la, aku dah stop makan gaji since Mac 2020 due to MCO.


Cuma at one point, aku rasa memang harapan tipis sangat nak masuk balik ke bidang aviation ni even it is my passion dan juga qualification.


Esok tu, aku ambil masa sikit selak balik resume. Tengok balik, kalau aku sendiri nak ambil pekerja apa yang aku akan lihat dalam resume tu. 


Walaupun aku grad dalam bidang aviation, tapi pengalaman kerja dalam aviation cuma setahun. Balance around 8 tahun dalam bidang lain. Segala pengetahuan, skills dan pengalaman semua dalam bidang rail maintenance.


Ambil masa, muhasabah balik. Ada ketika, kita kena jadi realistik. Passion is something yang HR takkan nampak dalam resume.


Tapi pengalaman, yes it is. Mostly majikan atau HR lebih berminat dengan pengalaman kerja kita. Itu realiti !


Tambah lagi masa pandemik, aviation antara sektor yang menerima impak besar. Aircraft all grounded. Ramai staff kena retrenched, MSS, VSS etc. Should I take the risk dan masuk semula dalam bidang aviation demi passion? 


Teringat pada tahun 2018, pernah ada recruiter dari company Bombardier PM aku dekat LinkedIn. FYI, Bombardier ni company manufacturer train. Dia bagi emel, mintak aku send resume. Few days lepas tu, thru phone call je dia offer kerja. Tak buat proper interview pun.


Offer dia not bad. Gaji dibayar dalam USD tapi based di Saudi.


Masa tu aku decline, sebab utama gaji tak jauh beza dengan kerja pada waktu tu. Beza ribu ribu je la. Kalau double or triple mungkin goyang jugak ni.


Sebab kedua, kena based dekat Saudi. Kena PJJ dengan family. Kalau based dekat Singapore, sah sah aku accept dah. Hahahaa


Passion Part 3


.

Kenapa aku tulis benda ni? Niat aku sekadar nak share beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan terutama dari segi pekerjaan. Ada masa dan ketika, kita buat keputusan yang kurang rasional semata-mata nak kejar passion.


Ramai orang akan kata chase your passion. Tapi what is the point kalau kita ada passion tapi tak boleh buat duit. Bukan tak bergaji langsung tapi sekadar cukup-cukup makan.


Know your value. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Bak kata kawan aku, passion semata-mata tak boleh buat beli beras. Hahaha


Always be realistic. Tengok keadaan semasa, kaji semula pasaran kerja. Supply vs demand. Kalau keperluan industri sekadar cukup-cukup je, memang susah nak demand in terms of salary & perks. That's why sebelum ni aku decide untuk move on, tukar ke bidang lain.


Be open minded. Its ok kalau tak dapat kerja dalam bidang yang kita idamkan. Tak kisah la dulu belajar course apa sekalipun, apply je dulu. Dapat tak dapat atau tak, bukan urusan kita. Kalau tak apply, confirm takkan dapat. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.


Always refer dengan orang lain especially family. Pasangan, mak ayah, adik beradik dan sedara mara. Kalau ada kawan rapat dan lebih berpengalaman pun boleh dijadikan sebagai rujukan. 


They can give you their opinion, hadamkan dan buat due diligence . In the end of the day, you are the one who decide. 


Kalau passion jenis nak meniaga,buat freelance atau kerja sendiri? My advise, buat secara part time dulu. Kalau part time boleh bagi income yang sama macam full time job secara konsisten selama 6 bulan ke atas, baru proceed. Kalau tak, better dont. 


Kerja sendiri ni hanya untuk orang yang betul-betul kental je. In fact, tak berdosa pun kalau maintain dengan kerja makan gaji sambil buat bisnes part time. Kalau itu yang sesuai dengan diri kita, why not kan.


Point tambahan, Gig ekonomi hanyalah untuk sementara sahaja. Temporary solution. Ramai orang predict 2023 ni akan jadi tahun kegawatan yang mana kita perlu betul-betul bersedia. Mana yang rasa dah selesa dengan kerjaya gig ekonomi secara full time, sila fikir 100 kali.


To be honest, dalam 2 tahun kebelakangan ni (sejak pandemik) banyak benda yang dah terjadi dalam hidup aku sekaligus mengubah cara aku berfikir.


P/s: Tengok berita harini, inflasi dah mula melonjak sekitar 4 ke 5 peratus. Itu secara general. Tapi realitinya, cuba bandingkan berapa kenaikan sebenar harga makanan.

Sabtu, 27 Ogos 2022

Harta

 Seorang anak Jutawan ini sangat menyayangi kekasihnya. Namun ramai rakan-rakannya selalu menganggap kekasihnya bercinta hanya kerana hartanya. Perkara ini juga turut diketahui oleh ayah kepada anak Jutawan tersebut, jadi ayahnya mengadakan pertemuan dengan mereka berdua.


Ayah : Nak, adakah benar kamu menyayangi gadis ini ?


Anak : Ya ayah, saya benar-benar menyintai dia


Ayah : Baiklah, tetapi bagi ayah, ayah belum cukup yakin dengan gadis ini. Gadis ini mesti ada muslihat


Gadis : Saya tiada muslihat apa-apa, saya juga amat menyayangi anak Tuan


Ayah: Haha.. kamu boleh yakinkan saya yang anak saya menyayangi kamu, tetapi kamu tidak meyakinkan saya lansung


Gadis : oo.. ye ke, cukup sayang sekali, saya memang menyintai anak tuan


Ayah : Memanglah, sebab kerana wang dan hartanya kan ?


Gadis : Tidak, saya benar-benar cintakan dia bukan kerana wang dan hartanya.


Ayah: Jadi, kenapa kamu ingin mengahwini anak lelaki ku ini ?


Gadis : Saya ingin mengahwini dia kerana wang dan harta pakcik !


Ayah dan Anak : ( tersentak )


Gadis : Sebab itu kita perlukan persetujuan ini sayang ( sambil memandang anak jutawan )


Ayah : Jadi, kamu tetap nekad ingin berkahwin dengan anak lelaki saya ?!


Gadis : Kenapa pakcik terlalu kelakar, ye? Pernah tak pakcik terfikir, untuk menjadi lelaki sekaya ini ibarat seperti menjadi gadis yang sangat cantik. Pakcik tak kan mengahwini perempuan itu jika dia tidak cantik, kan ? Adakah pakcik biarkan anak perempuan pakcik mengahwini lelaki yang tidak berharta ?


Ayah : Aku cuma nak kepastian...


Gadis : Memang pakcik buat ini untuk kebahagian anak pakcik, tapi saya jugak berhak untuk dapat kebahagian ini juga.. 


Anak : Dammnnnnnn....

Khamis, 25 Ogos 2022

Einstein

 *Gambar paling pintar dalam sejarah*



Mungkin ini gambar paling cerdik sepanjang sejarah peradaban manusia kerana merakam pertemuan paling ramai manusia pintar dalam satu masa di satu tempat.


Ia merupakan gambar para peserta Persidangan Solvay Ke-5 tentang Electron dan Photon pada 24 - 29 Oktober 1927 di International Solvay Intitutes for Physics and Chemistry, Brussels, Belgium. Pada tahun tersebut, mereka membincangkan subjek fizik kuantum yang baru sahaja dirumuskan ketika itu.


Antara sosok yang menerajui pertemuan selama enam hari tersebut adalah Albert Einstein, Niels Bohr dan Marie Curie. 17 orang daripada 29 peserta persidangan itu merupakan pemenang Anugerah Nobel, sebelum dan selepasnya.


Daripada kesemua 29 orang itu, Marie Curie merupakan satu-satunya wanita, dan satu-satunya individu yang memenangi Anugerah Nobel dalam dua disiplin sains yang berbeza.


Persidangan Solvay merupakan cetusan ilham industrialis Belgium bernama Ernest Solvay pada 1912, dianggap sebagai titik tolak perkembangan pesat bidang fizik. Kesinambungannya diteruskan susulan kejayaan pertemuan pertama pada 1911.


Persidangan kelima itu dianggap paling masyhur dalam sejarah penganjuran persidangan tersebut kerana berlaku berdebatan hangat antara pendukung fahaman realisme sains diterajui Einstein dengan mereka yang berpegang kepada instrumentalisme.


Ketika satu perbincangan, Einstien menganjurkan satu siri eksperimen bagi membuktikan bahawa Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg adalah salah. Tegas Einstein, "Tuhan tak bermain dadu", membawa erti bahawa dia percaya ada sebab di sebalik setiap kejadian di alam semesta ini dan teori sains adalah benar dalam menjelaskannya.


Namun, sebagai saintis yang percaya bahawa kejadian sains yang tidak boleh dilihat seperti daya graviti tidak boleh dijelaskan dengan teori, Bohr berkeras mempertahankan Prinsip Heisenberg dengan membalas "Einstein, berhentilah memberitahu Tuhan apa yang perlu Dia lakukan."


Perdebatan itu berlangsung sepanjang persidangan tersebut, malah berlarutan dan disambung pada pertemuan seterusnya tiga tahun kemudian.


Begitulah manusia yang menggunakan akal kurniaan tuhan semaksimanya, tidak pernah berhenti bersoal dan berhujah.


=======================😎

Rabu, 24 Ogos 2022

Motivasi

 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ


Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Kita berjaya bukan kerana kehebatan kita, tetapi kerana Allah telah mempermudahkan urusan kita.

Dalam hidup, kamu tak harus mengerti segalanya, kerana ada beberapa hal yang tak boleh dimengerti tapi hanya boleh diterima.

Itulah Janji Allah...

Pintu kebahagiaan selalu terbuka didepan mata, tapi kerap kali tidak terlihat kerana kamu tidak menutup pintu kesedihan masa lalu.

Jujurlah...
Apa lagi amalan yang boleh kita buat, supaya doa kita dimakbulkan?

"Doakan kebaikan untuk orang lain, tanpa DIKETAHUI orang itu, kerana apa ?

Saat itu malaikat juga turut berdoa untuk kamu."

Allahu Akbar...

Sejujurnya...

"Semut tidak mempunyai mimpi, kerana ia tidak pernah tidur..

Kupu-kupu tidak pernah merayakan ulang tahun, kerana umurnya hanyalah 47 hari..

Siput boleh tidur sampai tiga tahun lamanya..

Jadi... lihatlah bagaimana Allah sudah menciptakan kita sebagai makhluk istimewa..

Jika hari ini kita lupa cara mengeluh..

*Berarti  mulai ini mengerti arti dari kata bersyukur..*

Selasa, 23 Ogos 2022

Melayu

 APAKAH MELAYU?

cnp dari ayahku

Bila kita sebut sahaja perkataan “Melayu”, biasanya kita terbayang dua perkara iaitu Bangsa Melayu serta Bahasa Melayu. Adakah itu tepat?


Adakah “Melayu” itu satu puak, bangsa, rumpun bangsa, Bahasa, rumpun Bahasa, cara hidup, tradisi, kebudayaan, adat resam, tanah  atau nama Kepulauan Melayu iaitu Malay Archipelago, penduduk Pentas Sunda/Sundaland?


Mana satu yang anda rasa betul?


Emm..jawapannya mudah kan..”Semua seperti di atas!” Ha ha..semua orang dapat menjawabnya dengan betul. Syabas! Anda semua memang hebat..”Melayu” adalah segalanya. Tidak boleh dipisahkan!


Melayu, Jawa, Banjar, Bugis, Rawa, Kedayan, Minang, Batak, Aceh, Riau adalah puak-puak yang membentuk Rumpun Melayu.


Bila ayahku tanya rakan-rakan ayahku masa sekolah dulu..ada tak sesiapa yang memang berketurunan Melayu Asli..emm..tak ade seorang pun yang mengatakan mereka berketurunan Melayu Asli – tapi mereka semuanya “Bangsa Melayu”..ada yang kata berketurunan Banjar, Jawa, Bugis, Siam..dan pelbagai lagi keturunan Rumpun Melayu.


Ayahku? Emm..hu hu.


SOALAN: Jadi, siapakah sebenarnya orang Melayu itu?


Pada pandangan peribadi ayahku, orang Melayu sebenarnya adalah Orang Asal yang menghuni di sini sejak 60,000 hingga 70,000 tahun dahulu..mereka mungkin dari Puak Negrito, Senoi atau Melayu-Proto. Melayu sekarang adalah Melayu-Deutro? Emm..kita semua adalah hasil hybrid secara perkahwinan Orang Asal (penduduk setempat Tanah Melayu) dengan orang-orang dari Pulau Jawa, Sumatera, Riau, Borneo, Sulawesi, Filipina dan penduduk Malay Archipelago lain..serta dengan pedagang lain seperti Siam, Arab, China, India dan lain-lain.


Itulah Bangsa Melayu! Selesai!


SOALAN: Bagaimana Bahasa Melayu pulok Ayahku?


Yez..jawapannya sangat mudah my dear. Disebabkan Bangsa Melayu wujud hasil dari perkahwinan campur dengan penduduk Melayu Asal, maka Bahasa Melayu serta adat resamnya pun adalah dibina dari campuran Bahasa Melayu Asal campur Jawa, Banjar, Bugis, Rawa, Minang, Kedayan, Aceh, Riau, Filipina, Arab, Cina, India, Siam serta Bahasa penjajah – Inggeris, Portugis & Belanda serta Bahasa Sanskrit/Bahasa India Kuno.


SOALAN: Ada tak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa kita (penduduk Sundaland) adalah bersaudara?


Yez my dear..ada banyak kajian saintifik dilakukan. Yang menariknya, sudah ada dilakukan oleh orang Malaysia sendiri. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari USM iaitu Profesor Zafarina Binti Zainuddin – Pakar Molecular Genetics/DNA profiling serta kumpulan penyelidiknya.


Ada satu paper yang ayahku ingin kongsikan di sini dan ayahku rasa lebih mudah difahami adalah bertajuk “Molecular blood group typing in Banjar, Jawa, Mandailing and Kelantan Malays in Peninsular Malaysia” oleh Rahayu Abd Gani et al (2015). 


Dalam kajian ini, mereka menggunakan kumpulan darah untuk melihat hubungan keturunan Melayu seperti Banjar, Jawa, Mandailing, Kelantan dan menggabungkan dengan data dari kajian penyelidik lain untuk kumpulan darah dari beberapa penduduk Sundaland (Rumpun Melayu) yang lain.


Cuba lihat Rajah 1 plot PCA yg ditunjukkan – untuk mendapat gambaran yang jelas tentang hubungan darah Bangsa Melayu, Kelantan dan bangsa serumpun kita.


Di sini ayahku ringkaskan hasil analisis ayahku sendiri terhadap Plot PCA tersebut:


1) Semua kelompok rumpun Melayu terletak di bahagian Kanan-Atas.


2) Orang Melayu hampir kepada orang Filipina Luzon, Orang Cina dan Orang Bunun. Orang Bunun adalah salah satu keturunan orang asal di Taiwan. 


3) Pertalian darah antara Orang Melayu dengan Orang Cina lebih hampir berbanding Orang Melayu dengan Orang Kelantan…pelik kan..tapi itu adalah kebenarannya. Sebab itu kot, ramai Orang Cina bercakap Bahasa Cina dengan ayahku..he he.


4) Orang Kelantan hampir kepada Orang Atayal, Taroko, Kedayan, Toba dan Melanau. Orang Atayal dan Taroko adalah orang asal Taiwan. Orang Toba adalah orang Batak Toba. Melanau adalah penduduk asal Sarawak. Kedayan ramai tinggal di Labuan, Brunei, Sabah dan Sarawak. Orang Kedayan katanya mempunyai susur galur dari Orang Banjar.


5) Orang Kelantan lebih hampir kepada Orang Jawa berbanding dgn Orang Melayu kepada orang Jawa. Agaknya itulah sebabnya di Jawa Tengah juga ada Kabupaten bernama KLATEN. Jgn terkejut di Jawa Tengah juga ada Kabupaten bernama TRENGGALEK..dan jarak Trenggalek ke Klaten juga sama seperti jarak Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu sekitar 140 km – 2 ½ jam perjalanan..ha ha. Pelik kan?


6) Orang Mandailing iaitu Batak Mendeleng agak jauh ke kiri dari rumpun Melayu – Ayahku tak faham kenapa jadi begitu.


Cuba lihat wajah-wajah yg ayahku sertakan itu..nampak wajah mereka lebih menghampiri Orang Kelantan dan juga Melayu.


Hmm..ayahku rasa cukup dulu kot. Nanti ramai yang mengeluh panjang sangat pulok…ha ha. 


Sebenarnya banyak yang misteri tentang Orang Melayu itu sendiri. Orang-orang yang memerintah Sriwijaya juga dikatakan Orang Melayu. Mereka bercakap Bahasa Melayu tetapi mengamalkan ajaran Hindu-Buddha atau animisme – sebelum kedatangan Islam. Pakar-pakar pembina Borobudur juga Orang Melayu. Pedagang dan pelayar terkenal pada masa silam juga Orang Melayu.


Di Terengganu sendiri pun masih misteri bagi ayahku. Orang Cina dan Vietnam pernah tinggal di Kuala Berang – akhirnya menjadi warga Kuala Berang..itu sebabnya orang Kuala Berang putih-putih dan comey belaka. Elok jika ada kajian menyeluruh tentang orang Terengganu – adakah mereka juga mempunyai darah dari Cina, Vietnam, Taiwan, Borneo, Filipina atau Sulawesi. 


Adakah Orang Terengganu juga punyai hubungan yang rapat dgn Orang Taiwan (Bunun, Atayal, Taroko), Kedayan, Toba dan Melanau – seperti Orang Kelantan juga..amat menarik hasilnya! Adakah Teori “Out-of-Taiwan” itu ada kebenarannya?


Nama pahlawan silam Terengganu seperti Megat Panji Alam juga masih menjadi misteri kepada ayahku. Adakah Megat Panji Alam merupakan anak kepada Raja Tun Telanai? Untuk makluman, Megat Panji Alam adalah tunang Tun Teja  yg dilarikan oleh Hang Tuah sbg memenuhi permintaan Sultan Melaka. 


Adakah betul Megat Panji Alam ditikam curi oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi semasa di Kota Inderapura (Pekan, Pahang)?


Nama-nama pemerintah hebat Terengganu seperti Tun Telanai masih misteri bagi ayahku w/pun ada nama sekolah Tun Telanai. Adakah Tun Telanai nama seorang wakil pemerintah di Terengganu seperti Raja pada zaman silam. Mengikut sejarahnya “Telanai” adalah nama jawatan wakil pemerintah sesebuah negeri di bawah Empayar Melaka. Jika itu jawatan, kenapa pulok ada gelaran “Tun” di depannya. 


Ayahku percaya “Tun Telanai” adalah nama seorang Raja di Terengganu ini  sbbnya raja di Terengganu sendiri adalah dari keturunan Tun..misalnya Tun Zainal Abidin adalah nama asal Sultan Zainal Abidin I.


Nama seperti Raja Mandulika atau Mandalika dalam tulisan pada Batu Bersurat masih lagi misteri bagi ayahku. Katanya "Mandulika" bukan nama orang tetapi jawatan seperti menteri besar yang mentadbir sesebuah negeri – Mandulika adalah wakil pemerintah dari sebuah empayar yg besar..seperti Melaka, Majapahit atau Sriwijaya atau Siam? Masih misteri bagi ayahku.


Ringkasnya: Melayu itu adalah segalanya - satu puak, bangsa, rumpun bangsa, Bahasa, rumpun Bahasa, cara hidup, tradisi, kebudayaan, adat resam, tanah, nama Kepulauan serta Sejarahnya. Wallahu a’lam.


Ayahku juga tidak pelik jika 100 tahun lagi, orang berketurunan Cina dan orang berketurunan India yang tinggal di Malaysia juga akan dipanggil “Orang Melayu”. InsyaAllah.


Terima kasih semua. Harap ada manfaatnya.


#ayahkumenulis

Billie

 Pelbagai kisah Billie Eilish nak ku sampaikan

TRAGEDI ANAK MELAYU SERTA YG BERKOPIAH


Pelbagai cerita mengenai konsert Billie Eilish ingin ku sampaikan di pagi minggu yg santai ini. Aku kenal penyanyi ini menerusi lagunya Lovely yg dimainkan anak di dlm kereta.


Baiklah aku terbuka mengenai kehadiran Billie. Apapun utk aku sudah tentu tidak akn pergi kerana ia bukan jiwa aku utk menontonnya ( lagu tak sesuai dgn jiwa atau usia ) tetapi utk anak muda sebaliknya. 


Aku terlihat di Tik Tok seorang anak muda menceritakan dia keluar rumah dari jam 4 pagi ke Stadium Bukit Jalil… what? Konsert mula jam 9 malam kau hadirkan diri jam 4 pagi. 


Kalau org pergi masjid jam 4 pagi sdgkan solat Subuh 6 pagi  pun kena tuduh ekstrim. Begitulah masyarakat kita utk artis dipanggil ‘die hard fan’ tetapi utk tujuan agama dipanggil ‘ekstrim.’ Kesian org agama kan😀


Okay selesai bab itu. Aku nak sentuh tentang penganjur pula. Aku rasa kelakar bila melihat cara penganjur ini menyediakan set pentas. Aku rasa penonton terpaksa bawa teropong utk konsert tersebut. Penonton bayar tiket dkt harga RM 500 utk tgk rumput je la… punya jauh.


Okay next… aku ada terlihat aksi Nabil yg berkopiah dan berjubah menzahirkan kekesalan atau kesedihan apabila lupa tarikh konsert tersebut. Dia beritahu kerugian RM 2,500 apabila sudah membeli tiket tersebut utk keluarganya.


Kenapa Nabil beraksi begitu dan selepas itu beritahu tidak kesal. Sdgkan aksinya menunjukkan dia bersedih sgt. Aksinya dgn berkopiah dan berjubah berbuat demikian mendapat kecaman netizen…sebenar tak perlu Nabil berbuat demikian. Apa dia nak show off byk duit atau trending ?


Yg terakhir paling tragedi mengenai PAS. Masihkah kita ingat di zaman BN dan PH memerintah setiap kali muncul artis2 luar negara… anak2 muda parti ini lah yg keluar demontrasi membantah. 


Malah Billie yg dikaitkan pro LGBT menerusi singlenya ‘Wish You Were Gay’  dan aksinya dlm sebuah klip video dgn kaum sejenis langsung tidak mendapat bantahan awal. Bila dah habis atas kepentingan politik baru lah ada mamat ini bersuara bantah.


Sdgkan Menteri Agamanya dari PAS hingga skg diam membisu. Sgt hipokrit dan jelas memperdagangkan agama utk tujuan peribadi. Bila org lain ingin berbuat demikian dikatakan tidak Islamik, Islam Liberal, Islam Terancam, subahat, tunduk pada Cina, Jgn Terlibat dgn konsert haram dan bermacam mcm lagi. 


Tak apa lebai masih ada byk konsert lagi utk anda berdemontrasi. Lepas ini ada konsert Dewa19, Fourtwnty, Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum Scott dan beberapa artis lagi. Jika tidak silap Calum Scott pernah mengaku dirinya gay. Kita harap Menteri "al fulus fi dunia wal mampus fil akhirat” bersuara… Islam terancam skg ini… tak akan nak biar LGBT berkembang🫣

Isnin, 22 Ogos 2022

Miskin

 Susah macam mana pun jangan tinggalkan keluarga. Senang sama-sama susah lagilah wajib bersama-sama. 


Ada satu kisah seorang isteri meminta cerai dari suaminya. Ketika itu anak-anak masih kecil. Setelah si bapa hampir meninggal dunia barulah diceritakan apa yang berlaku. 


Sebenarnya... 

kisah 40 tahun dahulu si bapa ini sebenarnya adalah seorang dari keluarga yang kaya. Dia menjadi miskin kerana dibuang dari keluarga semata-mata ingin berkahwin dengan bekas isterinya. Tetapi apa yang ia dapat adalah si isteri meminta cerai kerana tidak sabar dengan cabaran dirinya yg menjadi miskin. 


Itulah cerita yang paling berkesan dengan diri teman pada hari ini


Semoga bermanfaat. ان شآءالله

 sekian

Keldai berhujah

 Ⓜ️ 𝙈𝙊𝙍𝘼𝙇: 𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘿𝙀𝘽𝘼𝙏 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝘿𝘼𝙄.


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Rumput itu biru.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Tidak, rumputnya hijau.”


Perbincangan menjadi hangat, dan kedua-duanya memutuskan untuk menyerahkannya ke timbang tara, iaitu 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈, 𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘙𝘪𝘮𝘣𝘢.


Sebelum tiba di hutan, di mana 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈 sedang duduk di atas takhtanya, 𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 mula berteriak. 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Yang Mulia, adakah benar rumput itu berwarna biru?.”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Benar, rumput itu biru.” 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 itu bergegas dan meneruskan: 

“𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 tidak bersetuju dengan saya. Dia membantah dan mengganggu saya, sila hukum dia.”


𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘙𝘪𝘮𝘣𝘢 kemudian mengisytiharkan: 

“𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 akan dihukum 5 tahun berdiam diri.” 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 itu melompat dengan riang dan meneruskan perjalanannya, berpuas hati dan mengulangi, 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Kan dah cakap, rumput Itu biru.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 menerima hukumannya, tetapi sebelum itu, dia bertanya kepada 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈, 


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Yang Mulia, mengapa kamu menghukum saya? lagipun, rumputnya hijau.”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Ya, rumputnya hijau.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Jadi kenapa kamu menghukum saya?”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Itu tiada kaitan dengan persoalan sama ada rumput itu berwarna biru atau hijau. 

Hukumannya adalah kerana tidak mungkin makhluk yang berani dan bijak seperti kamu membuang masa bertengkar dengan 𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 dan lebih daripada itu datang dan mengganggu saya dengan soalan itu.”


Pembaziran masa yang paling teruk adalah berdebat dengan orang bodoh dan fanatik yang tidak mempedulikan kebenaran atau realiti, tetapi hanya kemenangan kepercayaan dan ilusinya. 


Jangan pernah membuang masa dengan hujah yang tidak masuk akal. Ada orang yang, tidak kira berapa banyak bukti yang kita kemukakan kepada mereka, mereka tetap tak mahu faham, dan dibutakan oleh ego, kebencian dan apa yang mereka mahukan walaupun mereka tidak benar. Kedamaian dan ketenangan anda lebih bernilai!!.”


🤓🤪

Khamis, 18 Ogos 2022

Umrah ground pakej

 Boleh contact utk buat ground dgn tn muhsin ni


Sy explain sikit bab DIY ni.
Do it your self. Dengar je rasa tak berani kan?
Tp sebenarnya Insha Allah dipermudahkan. Niat dan yakin kita nak jadi tetamu rumah Allah.

1. Apply visa pelancong dekat website kedutaan arab saudi

2. Sblm apply riki dulu bila tarikh tiket murah utk fly. Elakkan direct flight. Kalau boleh turun egypt dan ambil domestik flight (sgt2 jauh beza harga dgn direct flight)

3. Dah riki harga, jgn beli dulu. Apply dulu visa pelancong. Dah lulus hari tu juga boleh beli tiket.

4. beli tiket anjakkan masa dlm 2@3 bln sblm fly masa beli.

5. Hubungi ground pakej (biasa yg buat ni personal) - ground ni :
• hotel
• transport
• ziarah
Deal molek harga dan itinerary

6. Dah deal elok. Buat persiapan utk menunaikan umrah. Baca buku, fahamkan rukun dan syarat wajib umrah. G kelas weekend free travel agent buat(selalu andalusia-mmg die bg free n open class to public). Faham dan dalami maksud mengerjakan umrah dan beza perjalanan beribadah dgn melancong.

7. Alhamdulillah kalo faham dari no 1-6.. Hasbunallah huwanikmal wakkil. Mohonlah Allah makbulkan doa kita dan jadikan kita tetamu dirumahNya...

Robbi yassir wala tuassir.

Rabu, 17 Ogos 2022

Gaji

 ANALISIS GAJI DAN ELAUN VVIP SEBULAN DI MALAYSIA.


*👥AHLI POLITIK*

*1. PM* - RM75 Ribu.
*2. Menteri* - RM65 Ribu.
*3. MB* - RM60 Ribu.
*4. Ahli Parlimen* - RM52 Ribu.
*5. ADUN* - RM38 Ribu.
*6.* Gaji Minima Ketua Kg/MPKK - *RM1,500*

*👥PENJAWAT AWAM*

*1. KSN* - RM42 Ribu.
*2. KSU* - RM38 Ribu.
*3. PAT/IGP/SUK* - RM38 Ribu.
*4. JUSA A* - RM38 Ribu.
*5.* Gaji Minima Staf B40 - *RM1,500*

*👥SYARIKAT GLC*

*1. CEO TNB* - RM958 Ribu.
*2. CEO Petronas* - RM900 Ribu.
*3. CEO Maybank* - RM660 Ribu.
*4. CEO Khazanah* - RM650 Ribu.
*5. CEO Sime Darby* - RM606 Ribu.
*6. CEO CIMB* - RM605 Ribu.
*7.* Gaji Minima Pekerja Swasta GLC B40 - *RM1,500*

*👥SYARIKAT KORPORAT*

*1. CEO Genting* - RM12 Juta.
*2. CEO Axiata* - RM3.5 Juta.
*3. CEO Public Bank* - RM3.1 Juta.
*4. CEO Hong Leong Bank* - RM1.2 Juta.
*5. CEO Hartalega* - RM1 Juta.
*6. CEO IOI* - RM1 Juta.
*7. CEO Sapura* - RM1 Juta.
*8.* Gaji Minima Pekerja Swasta B40 - *RM1,500*

*Tapi yang gaji RM1,500 itulah yang mempertahankan Penyamun², Penyangak² Penipu Manifesto dan Katak-Katak Politiktaik ini bermati²an.*
Justeru itu, jangan terlampau Taksub kepada Mereka. Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga Kita, Jaga Kampung Kita, Jaga Negara Kita.

*Betapa ironinya Malaysiaku*

Malaysia 🇲🇾
Negara Ku Sakit.

🥴🥴🥴🥴

7

 ILMU TUJUH LANGIT, TUJUH BUMI, TUJUH JASAD DAN TUJUH DIRI


Angka 7 adalah angka yang sangat berpengaruh berbanding dengan angka-angka lain dan pengaruhnya terdapat dalam pelbagai sistem kepercayaan termasuk agama sejak ribuan tahun dahulu. Kenapa? Sebab angka 7 adalah angka TUNGGAL yang tidak dapat digandakan atau dibahagikan dalam kumpulan angka 1 hingga 10. Contoh : Jari ada 10. Angka 1,2,3,4,5 jika digandakan pasangannya ialah 2,4,6,8,10. Manakala 9 boleh dibahagikan 3. Semua angka  dari 1 hingga 10 ini ada pasangan darab dan bahaginya, melainkan angka 7 yang tidak ada pasangan. Ia angka tunggal yang misteri. 


LANGIT DAN BUMI


Langit di katakan ada TUJUH lapisan. Sains menamakannya sebagai; 1.Biosphere  2.Hydrosphere  3.Trofosphere  4.Stratosphere, 5.Mesosphere  6.Thermosphere  7.Exosphere. 


Tujuh pasangan langit ialah tujuh lapisan bumi iaitu : 1.Crust  2.Upper mantle, 3.Transition region  4.Lower mantle 5.Lithosphere  6.Outer core  7.Inner core


Bumi ialah hal tanah. Tanah adalah hal jasad. Jasad adalah hal protein yang membentuk jasad manusia. Terdapat tujuh jenis protien : 1.Antibodies  2.Contractile  3.Enzymes  4.Harmonal  5.Structural  6.Storage  7.Transport 


JASAD DAN DIRI


Jasad adalah tubuh yang membalut diri. Diri manusia mempunyai 7 lapisan : 

1. Causal 2. Celestial 3. Etheric template 4. Astral 5. Mental 6. Emotional 7. Etheric


Segala anggota jasad ditutupi oleh kulit. Kulit terbina dari tujuh lapisan iaitu : 1.Stratum corneum  2.Stratum lucidum 3.Stratum granulosum  4.Stratum spinosum  5.Stratum basale  6.Dermis 7.Hypodermis


Kulit ialah lapisan luar jasad yang menutup diri.  Kulit dan seluruh anggota jasad perlukan ZAT untuk hidup. Zat terdapat dalam makanan. Manusia, binatang dan tumbuhan perlukan makanan yang ada ZAT untuk hidup. Makanan tumbuhan ialah CAHAYA (NUR). Dari cahaya inilah makhluk mendapat ZAT. Zat inilah yang menzahirkan DIRINYA melalui NUR. 

Nur atau Cahaya inilah yang dibungkus oleh jasad yang dipanggil DIRI. Diri ada warnanya. Warna diri ini dipanggil juga sebagai “warna cakra” atau “aura”. Warna diri dan warna pelangi adalah terdiri dari tujuh warna yang sama iaitu : 1. Merah 2. Jingga 3. Kuning 4. Hijau 5. Biru 6. Indigo 7. Violet


KESIMPULAN


Sebab itu dalam pengajian OCCULT ada ungkapan popular iaitu “ As above, so below”. “Sebagaimana yang di atas, begitulah yang di bawah” dan hal TUJUH perkara ini banyak dituliskan dalam pelbagai kitab samada kita agama atau kitab bukan agama.


CODE TO DECODE

Isnin, 15 Ogos 2022

Nilai

 Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.


Tanpa disedari, gurunya sudah berada di belakangnya..

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya gurunya.


"Tidak tahu". Jawab si pelajar itu..


"Cuba kamu tawarkan kepada jiran sebelah !!". Perintah gurunya.


Ia mengambil gambar ikan tersebut dan menawarkan kepada jirannya..

Kemudian dia kembali menghadap gurunya .

"Ditawarkan berapa harga?" tanya gurunya.

"RM15  ". Jawab pelajar itu.


"Cuba tawarkan pula ke kedai ikan hiasan !!". Perintah gurunya lagi..


"Baiklah guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi lah ke kedai ikan hiasan..


"Berapa ia menawar ikan itu?". Tanya gurunya..


"RM450 ". Jawab pelajar itu dengan gembira, ia mengira gurunya akan melepas ikan itu..


"Sekarang cuba tawarkan kepada Si Fulan, bawa ini sebagai bukti bahwa ikan itu sudah pernah ikut pertandingan". Perintah guru lagi..


"Baik guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi menemui si Fulan yang dikatakan gurunya.

Setelah selesai, ia pulang menghadap sang guru.


"Berapa ia menawar ikan itu ?".


"RM14,500 ".


Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan  yang berbeza beza. 


"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat..".


"Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu.. Mereka yang mengetahui nilai kamu itulah yang akan selalu menghargaimu..".


كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِي نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا

Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا

Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا

Kita adalah oran{g-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri akan kita.


لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah-lelah agar nampak baik di mata orang lain.


يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tergapai.


وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ

Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah 


ان شاء الله

Rabu, 10 Ogos 2022

Bumi rata

 https://www.facebook.com/110391597042479/posts/pfbid02YjjHj5ieT1uhNXjFoXiqtARsC3SoF8vrkirY6W2ENGooaLNRicDNjSUpmAaHiK3Fl/


Malas nak komen banyak isu LCS...


Terang-terang "tweet" Hishamuddin kat atas ni bertarikh sama dengan pelancaran LCS 1 oleh Sultan Perak pada 24 Ogos 2017 konon nak sambut Merdeka 31 Ogos dan nak PRU 14 masa tu...


Kalau iya pun kebiasaan masa pelancaran kapal belum siap, habis kenapa dari tahun 2014 sampai 2018, empat tahun LCS 1 pun tak sempat siap, tapi duit RM6 bilion dah belanja... 


Ok Najib cakap Projek LCS ni bukan buat satu persatu, tapi buat serentak sebab tu LCS 1 tak siap-siap lagi, kononnya nanti tahun 2024 kesemua 6 LCS akan siap... 


Habis tu jadah apa dalam laporan PAC dari 2011 sampai 2017, LCS siap tak sampai 45 peratus, bermakna hanya lebih kurang 7 peratus setahun untuk tempoh 6 tahun, berbanding dari 2019 sampai 2020 naik ke 11 peratus setahun bhai...


Kalau macam tu baik tempah je dari luar negara macam Tun Razak buat tahun 1975, yang berjaya lancar dua kapal yang dah siap sepenuhnya di Butterworth, dan dalam masa dua tahun lima lagi kapal siap mengikut jadual untuk TLDM... 


Modus operandi diorang ni sebenarnya sama je dengan projek Amerika NASA yang telan bertrilion USD duit cukai rakyat Amerika, walhal semua pun tipu...


Kapal NASA tak pernah pun pergi angkasa sebab memang tak ada siapa boleh tembus Van Allen Radiaton Belt yang simpan radiasi dari cahaya matahari... 


Kalau korang tengok betul-betul pelancaran semua kapal NASA, trajektori kapal adalah melengkung, sebab kapal tu kena mendarat balik kat laut dan bukan menegak untuk ke angkasa...


Sama je macam satelit Malaysia MEASAT 1 dan 2 yang Malaysia tempah dengan Boeing, semuanya penipuan terancang oleh elit global untuk kaut khazanah Melayu...


Astro yang korang bayar mahal tu, sebenarnya tak guna satelit pun, tapi isyaratnya dari pemancar di bumi dan di pantul oleh lapisan atmosfera ke bumi balik...


Jadah apa Astro pakai satelit kalau piring dia diam je tak bergerak, walhal satelit bukannya ikut putaran bumi pun...


Macam mana satelit boleh ikut putaran bumi yang beribu km sejam tanpa terbakar atau rosak di angkasa...


Tengok sendiri gambar MEASAT di Wikipedia, jelas sangat gambar CGI, dan kalau ye pun betul, siapa pulak yang tangkap gambar tengah-tengah angkasa tu ye...


Sama jugak masa kapal Neil Armstrong mendarat kat bulan, siapa pulak yang dah mendarat dulu untuk ambik gambar tu...


Gambar bumi semua pun NASA buat CGI, sebab tak ada manusia yang boleh keluar bumi ke angkasa, sebab itu Allah Maha Adil... 


Korang pikir tengok ye, macam mana kita boleh nampak bulan waktu siang dan malam, kalau betul bumi bulat dah pasti ada kawasan yang tak nampak bulan sebab adanya Hemisfera... 


Habis macam mana seluruh dunia boleh cerap anak bulan serentak masa nak puasa dan raya, dan kenapa bulan boleh hilang sepenuhnya pada awal bulan Islam kalau betul cahaya bulan adalah pantulan matahari... 


Lagi satu soalan cepu emas, macam mana kita boleh nampak matahari jika jika bumi berputar laju macam mana kita nampak bulan, sebab bulan memang mengorbit bumi... 


Ini membuktikan bahawa matahari yang bergerak dan bumi yang diam, dan kejadian siang dan malam bukan sebab matahari tenggelam, tapi matahari semakin jauh... 


Kalau tak percaya, pergi ke pantai dan perhatikan matahari yang terbenam sampai habis, korang akan nampak matahari semakin kecik sebelum hilang, dan bukannya tenggelam... 


Cuba guna kamera DSLR Nikon P1000 dan zum matahari guna "filter" dan korang boleh nampak matahari, walhal punya jauh matahari jutaan km kalau ikut sains... 


Ok kalau betul bumi ni cukup besar sampai kita tak rasa dan nampak bumi, matahari dan bulan bergerak, habis jadah apa gambar MEASAT boleh nampak keseluruhan bumi pulak, seolah-olah jauh MEASAT dan bumi beribu-ribu km... 


Rakyat Amerika dah lama kantoikan NASA dan akhirnya program angkasa terbesar dunia itu di hentikan lepas tamat perlumbaan angkasa dengan Rusia... 


Modus operandi Mahathir senang je, dia dakwa nak elak monopoli dalam kerajaan dan pada tahun 1993 umum penubuhan Binariang Sdn Bhd yang di miliki Ananda Krishnan, tuan tanah tapak lumba kuda sebelum siap KLCC...


Maka muncul MEASAT 1 dan 2 pada tahun 1996 yang di bina Boeing dari US yang menelan belanja entah berapa bilion duit rakyat Malaysia...


Korang tengok sendiri gambar MEASAT kat Wikipedia, yang tak masuk akal dan jelas CGI, ada ke gambar tu boleh nampak bumi keseluruhan, walhal satelit kena dekat dengan bumi, buat apa nak orbit jauh-jauh kan...


Cuba pula zum Nikon P1000 kat pantai dan tengok nampak tak kapal tangki yang beratus km di tengah laut, walhal bumi melengkung mesti ada sudut darjahnya, dan kalau beratus km pun masih nampak, berapa pulak sudut kelengkungan bumi... 


Cukuplah kena tipu dengan elit global Yahudi, dan jangan ingat dalam bangsa Melayu tak ada proksi Yahudi ni ye... 


MEASAT-3d di lancar baru-baru ni pada 22 Jun 2022 yang di bina oleh Airbus dari Amerika...


Sebab ni Amerika takut sangat PAS menang PRU 15 dan hentikan projek MEASAT dan bongkar segala penipuan Yahudi yang menjarah hasil bumi Malaysia sekian lama...


Jadi jangan hairan sangat macam mana kapal LCS 1 yang Hishamuddin "tweet" konon dah siap dan jemput Sultan Perak lancar pada 2017...


Sedangkan hanya badan kapal je yang ada, sampai 2018 pun tak siap lagi, alih-alih Ismail Sabri cakap nak teruskan sampai 2024, dengan tambah lagi dana RM3 bilion...


Ada hati Najib nak bandingkan progres Projek LCS dari 2011 ke 2018 BN yang hanya cecah 50 peratus, dengan 2018 ke 2020 PH yang hanya naik 7 peratus, sedangkan tahun 2019 sampai 2021 ialah tahun "lockdown" Covid-19... 


Najib nak putar belit konon progres LCS mula tahun 2015, walhal segala LOI, LOA, dana pendahuluan RM1 bilion lebih, lantik kontraktor sana sini sampai tiga lapis... 


Sedangkan masa projek kapal selam Scorpene boleh je lantik DCNS sebagai kontraktor tunggal, tapi LCS ni lantik BNS sebagai kontraktor utama, lepas tu lantik lagi dua sub-kontraktor iaitu CAD dan CED pada tahun 2012...


CED pulak keluar LOA pada hari sama untuk lantik DCNS hanya RM400 juta, sedangkan kos asal dari BNS kepada CAD dan CED RM1.185 bilion... 


Tak ubah macam skandal 1MDB, nak ambik RM2.4 bilion kononnya derma Arab, bila terkantoi baru nak pulangkan balik, tapi ada baki RM42 juta, dia cakap pulak orang masukkan tanpa pengetahuan dia, dan dia punya pusing duit satu dunia keluar masuk supaya nampak macam berniaga... 


Mahathir, Najib, Zahid dan Anwar ni sebenarnya sama je, kalau dah asal dari UMNO, memang tali barut Yahudi British dan Amerika untuk hancurkan Islam...


PAS walaupun asalnya keluar dari UMNO, tapi sebelum tu Hizbul Muslimin yang celaka British dah haramkan guna Ordinan Darurat 1948 terpaksa masuk UMNO beramai-ramai untuk elak kena tindakan dari British...


Lepas tu Hizbul Muslimin keluar balik UMNO dan tubuhkan nama lain iaitu PAS untuk bertanding PRU 1955 sebelum Merdeka...


Dan sudah tentu PAS kalah dan Parti Perikatan masa tu sebelum nama Barisan Nasional menang besar, dengan bantuan dana dari British yang kuasai media cetak dan elektronik...


Nak tau sejarah Hizbul Muslimin dah bermula seawal tahun 1905 dengan penubuhan Sarekat Malaya, lepas tu Persatuan Ulamak Se-Malaya, PKMM dan MATA sebelum Hizbul Muslimin oleh Dr Burhanuddin al-Helmi iaitu bekas Yang Dipertua Agung PAS pertama sebagai perancang utamanya...


Nak tahu sejarah UMNO pulak, baru lahir pada tahun 1946, itu pun rancangan licik British yang datang balik lepas Jepun kalah Perang Dunia Kedua, dan tubuhkan Malayan Union konon nak letak Tanah Melayu bawah Queen Elizabeth II...


Onn Jaafar pengasas UMNO yang konon lawan Malayan Union pun tubuhkan UMNO di Istana Johor, walhal lepas tu elok je Tunku Abdul Rahman juga dari UMNO pergi London untuk dapat Kemerdekaan dari British...


Konon sebab UMNO menang besar Pilihanraya Perundangan Persekutuan 1955, jadi UMNO layak di berikan kuasa untuk terajui Persekutuan Tanah Melayu 1957...


Padahal UMNO baik punya cipta krisis dengan Onn Jaafar yang keluar UMNO dan tubuh Parti Negara sebelum Pilihanraya 1955, untuk pecah undi Melayu supaya PAS tak menang...


Sama dengan apa yang Mahathir tengah buat satu persatu dari Semangat 46, PKR, Amanah, PPBM, Pejuang, MUDA, Warisan malah DAP dan yang terbaru Gerakan Tanahair...


DAP lahir dari PAP yang Tunku bawa masuk Malaysia pada 1963, yang Mahathir dan Musa Hitam guna balik untuk jatuhkan Tunku dengan 13 Mei 1969...


Dari DAP lahir pulak Amanah yang motif utama nak benamkan PAS, dan jangan naif sangat percaya UMNO tu musuh ketat DAP...


Nak jatuhkan semua ni senang je, Melayu kena bersatu atas nama Islam dan Allah pasti akan tolong, In sha Allah...


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #banjirkonspirasi #kobidkonspirasi

@MalayanCyberForces

PencerApan

 Pencerapan Pdpc 

10/8/2022(Rabu)

Sains 2A

2.00-3.00pm

Makmal 1

Ban 5 Air dan larutan


Bbm : lcd, laptop, smart phone untuk mirroring


1. Induksi set - video

2. Papar dan terangkan Ob  dan all

3. Ulangkaji- sifat fizik air ( sesi soal jawab)

4. Memberi ganjaran yg berjaya 

5.Memberi penerangan konsep

6. sesi soal Jawab -pelajar kurang respon

7.apa fungsi sel xilen

8. PAK 21 _Roam the room

9. Perbincangan selama 60 minit

10.Aktiviti - setiap pelajar tulis satu soalan pada kad Dan tulis jawapan pada belakang kad .


11. Aktiviti kumpulan - 

4 kumpulan , setiap kumpulkan diberi satu soalan yang berbeza, bincangkan jawapannya

Satu pelajar ke kumpulan utk menanya soalan

Digilir lagi .



Penutup : 

1. Murid membuat kesimpulan

2. Apa sifat Fizik air 

3. Aktiviti pengukuhan - buku hibrid - latihan kerja rumah 



Cadangan /penambahbaikan

1 Pentaksiran ?

Selasa, 9 Ogos 2022

Fail

 If the student failed in C-hemistry..  That is not the problem... The main problem are the  


                    a t t i d u d e ..  


Always NOT subuh in congregation, 

not pay attention,

Always Sleep in lecture

lost focus, 

iphone stick on palm.. 

Never do exercise

Just memories concept

Over confidence

Berlagak pandai,

perasan bagus. 


#Pleaseponder

Guru. Hebat

 Guru yang hebat ialah guru yang :

1- pandai berpolitik di tempat kerja

2- perguna rakan sekerja utk buat tugasannya dan dia dapat nama

3- up status WhatsApp buat teruk, bila rakan sekerja simpati mrk dpt teruskam sandiwara

4- pandai bermain kata, depan rakan sejawat, PGB lah teruk itu ini, di dpn PGB, 180° pula perwatakan mrk

5- guna media sosial utk tunjuk betapa mrk shjlah yg lalui mehnah kehidupan agar rakam sekerja terpedaya lalu sanggup buat kerja mrk

6- perguna kelab guru untuk capai kehendak peribadi seperti jd tokan baju batik panitia, baju batik sekolah, makan duit atas angin tempahan bas, banner dll.

7- pandai berdalih dan salahkan murid dpt keputusan teruk disebabkan kegagalan mereka cover sukatan pelajaran yg tertinggal dek keluar berminggu² tanpa sediakan apa² bahan utk guru lain "relief".

8- plagiat/curi hasil kerja rakan sekerja lain seperti Project Based Learning, Kajian Tindakan, modul murid dan mendapat APC

9- guna kabel seperti suami/isteri kpd PGB, peg PPD seterusnya sekolah beri jawatan kecil seperti pengerusi bilik guru tetapi rakan sekerja yg lain dilantik pelbagai jawatan.

Ahad, 7 Ogos 2022

Tips ekjem

 Tips utk budak2 nak UPS :

1. Solat subuh berjemaah

2. Jangan tiru tutor

3. Jangan main dlm lab

4. Tak paham jumpa lecturer

5. Jangan bergantung dengan soalan ramalan

6. Cari kawan yg jenis ada matlamat bukan yg nak main-main

7. Jangan bercouple

8.Belajar bukan hanya 3k (Kelas, kafe, katil)

9.jangan main handphone dalam kuliah 

10. Jangan kutuk lecturer          blkng2x

11.kutuk lecturer dpn2 pon x bole

12. Elak last minit preparation

13. Jangan tido pleasee

14. Nampak hala tuju ( target kita)/ tujuan kita bljr sbb apa. Nak guna apa yg kita belajar utk apa.Baru lah mudah utk kita faham

15. Jangan tiru lab

16. Belanja pensyarah

17. Selalu btanya khabar pensyarah

18. Ziarah ke rumah psyarah

19. Mdoakan kesejahteraan psyarah

Sabtu, 6 Ogos 2022

Fuad

 4 LAPISAN AKAL MANUSIA 


1. Sadr

2. Qolbu

3. Fuad

4. Lubb.


Sadr menjadi lapisan pertama akal tempat kita menyemai pengetahuan, menyimpan pengalaman serta memahat ingatan dan nasihat.


Bila wujud nya sesuatu urusan, Qolbu yang menjadi lapisan kedua akal, menimbang berasaskan pengetahuan, pengalaman serta nasihat yang tersimpan tadi. Qolbu tidak dapat mengolah menggunakan sesuatu pengetahuan yang tidak wujud di Sadr. Ini disebut batas pengetahuan sesaorang. 


Fuad menjadi lapisan ketiga akal. Ia adalah otak bagi otak. Setelah Qalbu puas menimbang, Fuadlah yang membuat keputusan.


Lubb menjadi lapisan paling dalam akal. Jika Allah pegang Lubb sesaorang, tidak ada makhluk yang dapat menyesatkannya.

Pengetahuan di Sadr setinggi mana pun tetaplah akal akalan, sangka sangkaan serta hasil klon dan doktrin.

Sedang jika Allah buka pintu Lubb, ilmunya tiada batas berasas sebab dan musabab.

Disitulah tercurahnya ilmu Alam Malakut,  Jabarut dan Lahut 


Al Faqir Ibnu Bahlul Ibnu Sina 

Crystalliser of AHA Cyder Technology 

013 4041505 

011 35142611

Jumaat, 5 Ogos 2022

Siam

 Nama tempat dalam Bahasa Melayu di Thailand:


Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.

Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)

Betong (Betung)

Bannang Sata (Benang Setar)

Raman (Reman)

Kabang (Kabae / Kabe)

Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)

Tak Bai (Tabal)

Rueso (Rusa)

Su-ngai Kolok (Sungai Golok)

Su-ngai Padi (Sungai Padi)

Tanyongmat (Tanjung Mas)

Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)

Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)

Yaring (Jaring)

Krue Sae (Gersik)

Panare (Penarik)

Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’

Chana (Chenok)

Na Thawi (Nawi)

Thepha (Tiba)

Saba Yoi (Sebayu)

Ranot (Renut)

Sadao (Sendawa)

Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)

Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama ‘Kuala Bunga’.

Ko Similan (Pulau Sembilan)

Ko Panyee (Pulau Panji)

Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)

Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja/Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah 'Tambralingga/Ligor'.



KPPA


Kepimpinan melalui tauladan
Jangan jadi ketam berjalan lurus
Selain di malaysia... dah lama letak jawatan sebagai tanda bermaruah

Insiden Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Menengking  dan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA. 

 • Kejadian berlaku pada 3 Ogos 2022, antara jam 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA;

 • KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA;

 • Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Semangnya pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat;

 • Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking, dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai;

 • Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada  KPP James Lee yang memakai jaket Imigresen ialah:-

 1. “Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke”;
 2. Do You Know Who am I? I am KPPA”;
But u r still slave of god... same as us
 3. “Berdiri Tegak, Stand Straight Now”;

 • Kata-kata di atas telah dilepaskn dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramai dan menitiskan air mata;

 • KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apa tah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri;

 • Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLAI berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan;

 • Sikap pegawai kanan Kerajaan yang sombong dan angkuh seperti ini boleh menimbulkan kebencian rakyat marhaen

Salah tetap salah
Berani kerana benar

Khamis, 4 Ogos 2022

Chicken

 GAME OF CHICKEN


Perkembangan di Taiwan merisaukan tapi tak sama dengan kes Ukraine.


3 hari sebelum Rusia melancarkan serangan, Zelensky bukan saja tak beri jaminan Ukraine tak akan masuk NATO, malah memberi isyarat Ukraine akan kembali jadi negara pemilik senjata nuklear.


Dari perspektif Rusia, itu adalah hal hidup atau mati yang memerlukan tindak balas serta-merta. Sebab tu walaupun Rusia kena macam-macam sekatan, approval rate orang Rusia terhadap Putin sekarang adalah 80%.


Dalam kes Taiwan pula, lawatan Pelosi tak ubah apa-apa status quo pun.


Bukannya hari ini Pelosi datang, esok Tsai Ing-wen mengisytiharkan penubuhan Republik Taiwan dan buat pakatan ketenteraan dengan US. Normalisasi hubungan pun tak (US dah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan ROC di Taiwan sejak 1979). 


Lawatan Pelosi lebih kepada tujuan publisiti, nak lawan suara-suara dalam US yang kata kerajaan Biden dan Demokrat lemah, kurang zat telur.


Sebab Midterm Election dah nak dekat (November). Dengan masalah inflasi, approval rate Biden yang sekadar 38%, Trump sibuk buat comeback, memang nampak Demokrat tak selamat. 


Jadi Demokrat termasuk Pelosi memerlukan kontroversi. Isu Taiwan ni pulak adalah antara isu rare yang disokong sebulat suara oleh kedua-dua Demokrat dan Republikan. So bolehlah nak tunjuk "tough", dapat approval daripada rakyat dan media.


Pada masa yang sama, kewibawaan Xi pun banyak jatuh di kebelakangan ini. Dengan dasar Zero Cobid, ekonomi yang lemau, kedudukan Xi dalam parti pun mula tergugat.


Jadi kerajaan Xi pun kena tunjuk tough. Sebab kalau China tak buat apa-apa, Xi akan dilihat lemah, lagi tergugat. Tu yang bagi amaran "jangan main api" bagai.


Tapi warning macam mana pun, Pelosi tetap perlu meneruskan perjalanan. Sebab kalau dia "chicken" (jadi penakut), maka tak capai tujuan nak tunjuk tough, dan akan kena bahan oleh media pro-Republikan. Imej Demokrat makin tercalar.


Pelosi dah accomplish mission dia. So now, bak kata orang putih, "bola ada di gelanggang China".


China tak boleh "chicken". Kalau "chicken", lagi jatuh wibawa Xi. Taiwan dan negara-negara ASEAN akan jadi lebih berani, anggap warning China tu warning kosong.


Tapi serang dan takluk Taiwan tak menepati kepentingan China buat masa sekarang. Taiwan ni walaupun kecil tapi ada kelebihan sebagai pulau.


Nak takluk pulau ni tak sama macam nak cross sempadan Rusia-Ukraine. Perlu perancangan yang rapi, tak boleh ad-hoc nak serang gara-gara lawatan Pelosi.  


Keadaan ekonomi China sekarang tak dapat sustain "war economy". Dan China pun nampak kesan sekatan ekonomi pada Rusia.


Jadi walaupun lawatan Pelosi provokatif di mata China, tindak balas dalam bentuk perang adalah tak "proportionate" dengan provokasi.


Paling tough China boleh buat pun latihan ketenteraan mengepung Taiwan, buat sekatan, demonstrate kekuatan China, fly-over, tembak misil. 


Tindakan lebih daripada itu tak menepati kepentingan China, buat masa ini.


Tapi never underestimate kesan provokasi terhadap pihak yang berada dalam keadaan desperate.


Nak lebih memahami latar belakang isu Taiwan ini, boleh baca dalam Dunia Tanpa Tembok III (World Without Walls III), dan juga Kitab Tamadun Cina:


https://thepatriots.store/store/latest/world-without-walls-3/

https://thepatriots.store/store/latest/kitab-tamadun-cina/

Rabu, 3 Ogos 2022

Dajjal

 Satu demi satu.... Dan mereka semakin berani..apa kena mengena sukan dgn pemujaan lembu merah??


Hasbunullah wanikman wakil..


Bacalah kisah lembu merah di bawah. 


MUSA SAMIRI THE KINGLSAYER


Artikel ini adalah kisah penuh mengenai Dajjal itu sendiri dan penamat artikel mengenai pelbagai watak Dajjal sebelum ini. 


Dajjal adalah gelaran kepada Samiri yg bermakna menutupi atau deception.


Samiri digelar Al Masih Dajjal kerana dia menutupi kebenaran dengan kebatilan. 


Berdasarkan petunjuk dari Epic of Gilgamesh, kisah Nimrod, Horus, dan kisah Quetzalcoatl, Shih Huang Thi, Lord Pacal dan lain-lain. 


Disimpulkan bahawa Dajjal sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Musa AS dan Muhammad SAW berdasarkan kod-kod sejarah yang ditinggalkannya.


Dajjal dirantai dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul.


Dia hanya dirantai semasa zaman Nabi Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.


Dan kemudian dibebaskan semula setelah kewafatan baginda.


ASAL-USUL MUSA SAMIRI 


Keluarga Samiri berasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah atau disebut Sodom dan Gomorrah dalam Book of Genesis.


Negeri kecil ini terletak di tanah Canaan (Palestin) dalam garis masa tamadun Mesopotamia iaitu sekitar era Empayar Sumeria dan Babylon.


Sebab itu dalam artikel yang lepas Dajjal dikaitkan dengan Gilgamesh dan Nimrod kerana ketiga-tiga mereka berasal dari tamadun yang sama. 


Nama negeri Samirah ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh.


Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as.


Pada zaman Sodom dan Gomorrah ini, mereka telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. 


Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan. 


Ibu bapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi. 


Asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang ahli sihir yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin kelas atasan. 


Kelahiran Samiri bermula dari cara permulaan benih ibu dan bapanya bercantum. 


Ibu dan bapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. 


Pada malam kelahiran Samiri, ibu bapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu.


Ibu bapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki. 


Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.


Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan kelamin sewaktu si isteri sedang haid. 


Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan Lucifer.


Maka Lucifer pun turut serta bersama si suami setiap kali dia bersetubuh dengan isterinya. 


Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin. 


Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah tercatat dalam hadis Rasulullah Saw.


Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah. 


Inilah asal usul kisah Horus yang dikaitkan dengan “mata satu” dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia.


Sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan sentiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa. 


Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia. 


Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibu bapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut. 


Manakala Lucifer pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut. 


Ia adalah propaganda Lucifer untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu. 


Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :


"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."


SAMIRI DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL AS.


Selepas Sodom dan Gomorrah dihancurkan dengan gempa bumi dan banjir besar, Samiri telah diselamatkan oleh Malaikat Jibrail atas arahan Allah SWT.


Samiri diletakkan di dalam sebuah gua di sebuah pulau terpencil di laut Syam. 


Di dalam gua itulah Malaikat Jibril bersama-sama dengan seekor makhluk yang berbulu tebal bernama Al-Jassasah telah memelihara Samiri di atas perintah Allah Swt. 


Di pulau tersebut, tabiat Samiri masih tetap sama seperti sebelumnya iaitu senantiasa tidur siang dan malam. 


Dia hanya terjaga untuk makan dan minum saja. 


Pada ketika umurnya telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mulai terbuka. 


Mulai saat itu dia tidak sering tidur dan hanya tidur seperti kebiasaan manusia biasa. 


Di waktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak dan berfikir.


Pada suatu hari, Samiri telah keluar berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau tempat tinggalnya itu. 


Dia merasa kagum dan terasing dengan keindahan semulajadi pulau tersebut, namun ia sentiasa berwaspada. 


Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh berhati-hati. Ketika sedang merayau-rayau di pulau tersebut, dia telah bertemu dengan Al-Jasassah.


Pada mulanya, Samiri merasa takut pada Al-Jassasah, tetapi Al-Jasassah kemudian mengajaknya untuk berbicara :


"Engkau adalah seorang anak kecil yang telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as di atas perintah Allah Swt daripada malapetaka banjir besar akibat dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah iaitu tempat di mana engkau dilahirkan telah dilanda malapetaka tersebut. Engkau telah di bawa oleh Malaikat Jibril as ke sini. Malaikat itulah yang telah menjaga makan dan minum engkau dengan izin Allah Swt. Aku pula telah diperintahkan untuk mengawasimu dan memberitahu bahawa engkau adalah seorang anak yang disayangi oleh Allah Swt dan diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Jika engkau mengikuti jalan Malaikat Jibril as dan para Nabi, maka engkau akan menjadi seorang hamba yang dimuliakan dan seorang raja yang hebat di muka bumi ini.Tetapi jika engkau mengikuti jalan yang dipilih oleh iblis dan syaitan, maka engkau akan menjadi seorang penderhaka yang akan dikutuk oleh makhluk di langit dan seisi bumi kerana engkau akan berbuat kerosakan dan kejahatan yang sangat besar dan tiada taranya."


Kemudian Samiri di bawa oleh Al-Jasassah ke suatu tempat di pulau tersebut. 


Tempat tersebut terdapat banyak batu-batuan yang tertera tulisan di atasnya. Kemudian Al-Jasassah berkata:


"Ini telah ditulis sendiri oleh Malaikat Jibril as dan merupakan pedoman hidup untuk engkau. Maka, janganlah engkau melencong dari pedoman-pedoman ini kerana ia akan menyebabkan engkau akan menjadi seorang manusia yang derhaka."


Samiri kemudian melihat di tepi sebuah batu besar yang ketujuh, iaitu batu yang paling besar di antara batu-batu lain yang telah di tulis oleh Malaikat Jibril as, lalu menghampirinya. 


Di situ, dia terjumpa segumpal zat/materi yang merupakan sisa bahan penulisan Malaikat Jibril as yang di bawa dari syurga. 


Samiri memegang zat tersebut dan bermain-main dengannya dan ia mendapati bahawa zat tersebut sangat ajaib kerana mampu menghidupkan kembali untuk sejenak, haiwan yang sudah mati.


Zat inilah yang kelak akan digunakan oleh Dajjal sehingga mampu menghidupkan makhluk yang sudah mati.


SAMIRI MENGEMBARA KE DUNIA LUAR.


Selama dia tinggal di pulau tersebut, Samiri telah banyak mempelajari ilmu-ilmu Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan lain dari Al-Jasasah dan Malaikat Jibril as. 


Di antara ilmu pengetahuannya ialah setiap benda yang disentuh oleh malaikat Jibril as akan hidup, seolah-olah ada rohnya dan kerana itulah Malaikat Jibril as digelar sebagai 'Ruhul Quddus' atau 'Ruhul Amin'. 


Sehingga pada suatu waktu, Samiri telah keluar merantau keluar dari pulau tersebut dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan telah berlabuh di pulau itu.

 

Maka sejak dari saat itu, Samiri mula mengenali masyarakat dunia. Dia mula mengembara, menjelajah ke pelbagai tempat dengan tujuan untuk mencari dan mengumpulkan pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia. 


Oleh kerana daya pemikirannya yang sangat genius yang telah di anugerahkan oleh Allah Swt, Samiri mampu mempelajari sesuatu perkara itu dengan cepat. 


Kepandaian serta kemahirannya di dalam pelbagai bidang juga semakin meningkat, malah dia juga mudah menyesuaikan dirinya dengan suatu lingkungan baru.


Pengalaman yang telah di laluinya itu telah menjadikan Samiri seorang manusia yang misteri, pintar dan mempunyai kepakaran di dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya.


Setelah sekian lama dia mengembara melihat dunia luar, terlintas difikirannya untuk pergi ke negeri tempat kelahirannya. 


Lantas dia pun membuat persiapan untuk belayar pergi menuju ke negeri Samirah. 


Semasa dalam perjalanannya itu, Samiri telah singgah sebentar ke pulau tempat dia pernah diasuh oleh Al-Jasassah dan Malaikat Jibril as. 


Setelah dia tiba di pulau tersebut, Samiri terus melangkah menuju ke tempat batu-batu di mana Al-Jasassah pernah membawanya ke situ semasa kecilnya dulu. 


Samiri lantas mengambil segumpal Zat/Materi yang merupakan sisa bahan penulisan peninggalan Malaikat Jibril as. 


Al-Jasassah yang pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat Samiri berada, hanya berdiam diri dan memerhatikan saja tindak-tanduk perlakuan Samiri itu. 


Samiri kemudiannya melanjutkan perjalanannya menuju ke negeri tempat kelahirannya.


Setelah beberapa hari lamanya mengharungi lautan, ia berlabuh di salah satu lembah di Palestin yang tersembunyi. 


Kemudian ia meneruskan perjalanannya ke kampung halamannya iaitu negeri Samirah dengan menaiki seekor unta yang dibelinya. 


Apabila dia tiba di negeri Samirah, dia mendapati negeri tersebut telah hancur binasa. 


Ketika sedang meninjau-ninjau di kawasan tersebut, Samiri telah bertemu dengan beberapa orang yang usianya telah lanjut yang bernama Al-Jalil dan Al-Arbad. 


Mereka bercerita mengenai kisah seorang anak kecil yang telah di ambil oleh Dewa. 


Ada juga yang menceritakan kisah anak kecil yang diculik oleh Malaikat ketika terjadinya bencana banjir besar yang telah menghancurkan negeri Samirah. 


Samiri mengetahui bahawa kisah anak kecil yang diceritakan oleh mereka itu adalah dirinya.


Setelah beberapa tahun tinggal di Palestin, Samiri meneruskan pengembaraannya ke Mesir. 


Di sepanjang perjalanannya, Samiri selalu datang pada setiap zaman dan tamadun untuk menyesatkan umat manusia.


Samiri adalah manusia Immortal seperti yang disebut dalam Epic of Gilgamesh, dia tidak pernah tua dan di mamah usia. 


Itulah salah satu di antara kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepada Samiri. 


Dan kerana kelebihan ini membuatkan Samiri mula menjadi angkuh dan merasakan dirinya layak untuk menjadi tuhan.


Ini kerana dia merasakan dirinya lebih cerdas daripada setiap manusia lain, bahkan baginya rohnya adalah roh dewa.


Selain dari menggembara ke tamadun lain, satu perkara penting yang berlaku padanya adalah penemuan Samiri terhadap kawasan segitiga bermuda yang didiami oleh Lucifer. 


Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. 


Sebab mengapa Samiri memilih segitiga bermuda ini ialah kerana Samiri sudah mahir akan selok-belok lautan sejak sekian lamanya. 


Tambahan pula, Samiri memang tinggal dan membesar di sebuah pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.


Samiri juga dilihat berjaya membina suatu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilihnya itu sudah pun dipelopori oleh Lucifer. 


Samiri telah membina suatu penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. 


Proses pembinaan itu telah dibantu oleh para jin dan syaitan itu sendiri. 


Ketika di Mesir, Samiri telah melihat pelbagai perkara dan peristiwa termasuklah mukjizat-mukjizat Nabi Musa as. 


Di antaranya ialah peristiwa ketika Nabi Musa as membelah Laut Merah dengan tongkatnya semasa ia diburu oleh firaun dan bala tenteranya. 


Pada ketika itu Nabi Musa as tidak menyedari bahawa salah seorang daripada pengikut yang menyertai rombongannya ketika itu adalah Samiri. 


Ketika sedang melalui belahan Laut Merah tersebut, Samiri telah terlihat suatu 'lukisan-lukisan aneh' yang terdapat pada dinding-dinding belahan Laut Merah tersebut.


'Lukisan-lukisan aneh' tersebut adalah 'lukisan-lukisan' peninggalan bangsa-bangsa jin (Demon) yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. 


Bermula daripada situlah Samiri telah mengenali suatu bangsa yang mampu memberikan bantuan kepadanya yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.


SAMIRI DI ZAMAN NABI MUSA AS.


Ketika Nabi Musa as dan para pengikutnya telah selamat dari buruan firaun dan bala tenteranya, mereka pun meneruskan perjalanan dan tiba di Gunung Thursina. 


Kemudian Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as agar berangkat ke Puncak Gunung Thursina kerana di sana Allah Swt akan menurunkan Syariat-Nya dan kitab Taurat kepada Nabi Musa as, kitab yang berisi petunjuk dan bimbingan bagi kaum bani Israel. 


Nabi Musa as pun bersiap untuk pergi ke puncak Gunung Thursina seperti yang telah diarahkan. 


Sebelum berangkat, Nabi Musa as berwasiat kepada saudaranya Nabi Harun as agar menjaga bani Israel selama pemergiannya. 


Nabi Musa as berjanji kepada kaum bani Israel yang ditinggalkan di bawah pimpinan Nabi Harun as bahawa baginda tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari. 


Akan tetapi Allah Swt telah memerintahkan kepada Nabi Musa as supaya berpuasa selama sepuluh hari lagi di puncak gunung tersebut. 


Maka Nabi Musa as tidak dapat menepati janjinya kepada kaum bani Israel untuk kembali kepada mereka di dalam waktu seperti yang telah dijanjikannya.


Bani Israel mula merasa kecewa dan kesal kerana Nabi Musa as masih belum kembali kepada mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi Musa as. 


Mereka melontarkan kata-kata seolah-olah Nabi Musa as telah meninggalkan mereka dalam kegelapan dan dalam keadaan yang tidak menentu. 


Mereka merasakan seolah-olah telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka. 


Dalam keadaan tidak berpuas hati dan bingung yang sedang meliputi kelompok bani Israel itu, ianya telah digunakan oleh Samiri sebagai suatu kesempatan yang baik untuk menyebarkan benih syiriknya dan merosakkan akidah para pengikut Nabi Musa as yang baru sahaja menerima ajaran Tauhid dan beriman kepada Allah Swt. 


Samiri menghasut mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Musa as telah tersesat dalam tugasnya untuk mencari Tuhan bagi mereka dan dia tidak akan kembali lagi. 


Kemudian Samiri telah menganjurkan kepada mereka agar mencari tuhan yang lain sebagai ganti kepada Tuhan Nabi Musa as. 


Samiri melihat bahawa hasutannya itu dapat menggoyahkan iman dan akidah para pengikut Nabi Musa as yang belum benar-benar meresapi ajaran Tauhidnya.


Samiri pun segera membuat sebuah patung anak lembu untuk di sembah oleh kaum bani Israel sebagai tuhan, pengganti Tuhan kepada Nabi Musa as. 


Patung anak lembu tersebut diperbuat dari emas yang telah dikumpulkannya dari perhiasan-perhiasan para wanita yang ada pada kaum bani Israil. 


Dengan kemahirannya di dalam bidang pengukiran, patung anak lembu tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup. 


Kemudian Samiri berkata kepada mereka :


"Ini adalah tuhan kalian dan juga tuhan kepada Musa." 


Oleh kerana begitu tertarik dengan patung anak lembu tersebut serta kagum pada Samiri yang petah dan pandai bermain dengan kata-kata, hampir seluruh kaum bani Israel yang masih lemah iman dan akidahnya itu telah terpedaya dan lupa akan pesanan Nabi Musa as untuk kekal dan tidak menyembah selain daripada Allah yang maha Esa.


Manakala Nabi Harun as pula tidak mampu untuk menghalang dan menangani akan kedegilan dan sikap keras kepala kaumnya yang telah kembali menjadi murtad itu, kerana baginda berasa bimbang jika baginda menangani mereka dengan cara yang keras, akan terjadi perpecahan di antara mereka dan ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit dan akan menyukarkan baginya dan Nabi Musa as kelak untuk mencarikan jalan penyelesaian dari krisis keimanan yang melanda kaumnya itu.


Maka ia hanya memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka sementara menanti kepulangan Nabi Musa as dari Gunung Thursina.


Dalam pada itu, Nabi Musa as yang telah selesai bermunajat kepada Allah Swt dan sedang dalam perjalanan pulang, telah mendapat isyarat mengenai Nabi Harun as yang sedang menghadapi masalah bersama kaumnya itu selama pemergiannya.


Nabi Musa as berasa amat sedih sekali dan kemudian menjadi sangat marah tatkala tiba, baginda melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi, menyembah serta memuji-muji patung anak lembu emas tersebut.


Nabi Musa berasa sangat marah dengan Samiri yang menjadi punca kesesatan Bani Israel lalu menghalau Samiri keluar dari Mesir.


Akhirnya kaum Nabi Musa as itu sedar di atas segala kesalahannya dan mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan dan memohon ampun dan rahmat Allah Swt agar selanjutnya melindungi mereka dari godaan syaitan dan iblis yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.


Selepas diusir dari Mesir, Samiri pun mengembara sendirian ke pelbagai negeri, mempelajari bahasa-bahasa dan tulisan-tulisan setiap masyarakat yang ada di dunia ini, mengumpulkan ilmu-ilmu pengetahuan kuno yang kini dianggap telah musnah. 


Dia mengharungi zaman Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah sampai ke zaman Nabi Isa as. 


Pada zaman Nabi Isa as juga, dia turut di usir oleh Nabi Isa as. Namun Samiri berjaya menyesatkan segolongan umat Nabi Isa as.


Samiri memainkan peranan sebagai Judas Iscariot yang disalib dan seterusnya jadi batu loncatan untuk mewujudkan watak Jesus.


Kemudian Samiri pun meneruskan pengembaraannya dengan menjelajahi lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan kota-kota. 


Dia juga telah bergaul dengan pelbagai jenis kehidupan dan makhluk-makhluk hidup, mempelajari berbagai-bagai pengalaman tanpa batas. 


Namun, setelah sekian lama dia mengembara sehingga beratus-ratus tahun lamanya, bentuk fizikalnya tetap muda seperti seorang lelaki yang berusia 30 tahun, meski pun usianya telah mencecah ribuan tahun.


Semakin lama Samiri mula menjadi semakin taksub dengan pemikiran untuk menguasai dunia. 


Tetapi sebelum itu dia merasakan perlu untuknya kembali terlebih dahulu ke pulau tempat dia dibesarkan untuk berfikir, merancang dan menyusun agendanya untuk menguasai seluruh negeri di dunia ini.


SAMIRI DI RANTAI DAN DI KURUNG DI DALAM GUA DI SEBUAH PULAU.


Setelah berkelana ke pelbagai tempat selama ribuan tahun, akhirnya Samiri pulang semula ke pulau di mana dia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan malaikat Jibril. 


Tetapi apabila dia berlabuh dan berjalan menuju ke arah gua tempat dia diasuh dahulu, Al-Jasassah bersama-sama dengan dua puluh makhluk lain telah menghalang jalannya. 


Di tangan mereka terdapat rantai besi waja yang tampak jelas bukan buatan dunia.


Samiri yang pada ketika itu sedang menggigil ketakutan, bertanya kepada Al-Jasassah : 


“Siapakah mereka? Bagaimanakah mereka dapat sampai ke sini?" 


Al-Jasassah menjawab : 


“Wahai manusia yang paling bodoh! Engkau telah mensia-siakan dua kesempatan yang telah diberikan kepadamu iaitu kesempatan untuk bertaubat ketika pertemuan mu dengan Nabi Musa as dan Nabi Isa as, dan tidak tersisa bagimu kecuali janji yang terakhir itu."


Janji terakhir itu adalah pesan Malaikat Jibril as seperti yang tertulis pada batu yang ketujuh untuk Samiri :


"Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang telah dibawa kepadamu oleh seorang Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Saw, yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman dan meyakini apa yang kami imani, maka Allah Swt akan mempermudahkanmu untuk mengimani penutup para Nabi. Dia bernama Muhammad Al-Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul ditengah-tengah kaum yang buta huruf. Dia akan berhijrah ke tempat-tempat yang banyak ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan yang mempunyai banyak mata air serta sumur tawarnya dengan tanah subur. Jika engkau mendustakan Nabi yang mendahului Muhammad, maka Allah Swt akan menutup pintu hatimu dengan selubung hitam. Hatimu akan menjadi cenderunh kepada kejahatan dan tidak dapat melihat cahaya. Akalmu hanya akan melihat dirimu sendiri saja seperti iblis yang terkutuk dan engkau pun akan menjadi teman akrabnya. Jika engkau tidak mempercayai akan kewujudan Allah Swt dan para malaikat-Nya serta para Rasul-Nya, maka engkau akan dimasukkan ke dalam penjara seribu tahun lamanya. Engkau hanya akan dibebaskan pada ketika Nabi Muhammad Saw telah Wafat."


Ketika Samiri tersedar daripada pengsannya, dia mendapati dirinya telah berada di dalam gua dan Al-Jasassah sedang berada dihadapannya. 


Manakala kedua-dua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang bagi memudahkan dia bergerak, duduk, berdiri, berjalan dan membuang air berhampiran telaga yang telah disiapkan untuknya. 


Al-Jasassah bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan dan mengurus badan Samiri. 


Manakala Samiri pula diliputi dengan ketakutan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. 


Samiri belum pernah melihat belenggu yang sedang mengikatnya bahkan ketika di dalam penjara firaun dan kerajaan lain yang pernah dikunjungi semasa pengembaraannya.


Kemudian Al-Jasassah berkata lagi :


“Engkau adalah manusia akhir zaman, raja segala kejahatan di masa hadapan yang dikutuk oleh seluruh penghuni langit dan bumi. Engkau telah dianugerahkan oleh Allah Swt dengan kekuatan dan kecerdasan yang tiada tandingannya serta diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Tetapi inilah jalan yang telah engkau pilih. Sekarang engkau berada di zaman penutup para Nabi, iaitu kekasih Allah Swt, Nabi Muhammad Saw. dia telah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada ditengah-tengah lautan. Engkau kini berada dipenghujung zaman di muka bumi ini. Janji Allah Swt itu telah datang tepat pada masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang sedang membelenggumu kecuali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Tanda-tanda keluarmu sebagai manusia paling sombong di dunia ini adalah keringnya pohon-pohon kurma Baisan, berkurangnya air Tasik Tiberias, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadinya malapetaka dan gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuh-musuhmu yang akan memarahimu dan memerangimu."


Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu yang sedang mengikatnya, Samiri berkata :


“Bagaimana aku dapat meyakini bahawa segala perkataanmu itu adalah benar? Sungguh aku ingin keluar dari sini untuk memerintah dunia. Dunia tidak ada rajanya kecuali aku, sedangkan engkau berterusan menghalangi aku. Aku adalah manusia paling tua di dunia ini kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia disekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak pernah tua dan tidak beruban. Segala sesuatu disekitarku tunduk kepadaku. Aku adalah anak dewa!"


Al-Jasassah menjawab :


“Engkau bersabar atau pun tidak, janji Allah Swt itu pasti benar. Engkau akan dilaknat dan dilemparkan ke dalam neraka seperti iblis dan syaitan yang terkutuk, yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan Malaikat Jibril as untukmu."


KISAH TAMIM AD-DARI BERTEMU DENGAN DAJJAL.


Agar lebih jelas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Dajjal Samiri ini, berikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Fatimah Binti Qais ra. 


Di dalam riwayat tersebut telah dinyatakan bahawa ia berkata :


"Aku mendengar Rasulullah Saw menyeru : Solat jemaah! Solat jemaah." (panggilan waktu solat). 


Fatimah Binti Qais melanjutkan : 


“Maka aku pun pergi ke masjid dan solat jemaah bersama dengan Rasulullah Saw dan para jemaah yang lain, dan aku berada pada saf pertama para wanita. Setelah selesai menunaikan solat, Rasulullah Saw pun duduk di atas mimbar. 


Kemudian baginda berkata : 


“Hendaklah masing-masing tetap di tempatnya! Tahukah kalian mengapa aku mengumpulkan kalian semua? " 


Para sahabat menjawab : 


“Allah Swt dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”


Kemudian baginda bersabda : 


“Bukan kerana suatu khabar gembira dan bukan pula kerana suatu ancaman. Tetapi kerana Tamim Ad-Dari yang pada asalnya adalah seorang nasrani lalu dia datang menyatakan akan keIslamannya dan menceritakan kepada aku tentang kejadian yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian semua tentang al-masih ad-dajjal. Dia menceritakan kepada aku bahawa dia telah pergi berlayar bersama-sama dengan tiga puluh orang dari Lakhm dan Juzam. Ketika di dalam perjalanan, suatu ombak yang besar telah membuatkan mereka terombang-ambing di lautan sehingga sebulan lamanya dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari. Mereka pun turun dan duduk beristirahat berhampiran kapal mereka dan kemudian memasuki pulau tersebut. Di pulau tersebut mereka telah bertemu dengan seekor makhluk melata yang dipenuhi dengan bulu yang tebal sehinggakan mereka tidak tahu yang manakah bahagian hadapan dan yang manakah bahagian belakangnya.


Kemudian mereka bertanya : 

“Makhluk apakah engkau ini?"


Al-Jassasah pun menjawab : 

“Aku adalah Al-Jasassah."


Mereka bertanya lagi :

“Apakah itu Al-Jasassah?"


Tetapi Al-Jassasah tidak menjawab pertanyaan mereka itu. Kemudian AlJassasah berkata : 


“Pergilah kalian menemui seorang lelaki yang ada di dalam gua besar di sana, kerana dia sangat ingin mendengarkan berita dari kalian."


Tamim berkata : 

“Ketika dia menyebut nama seorang lelaki, kami merasa takut apakah makhluk itu adalah syaitan. Maka kami pun bergegas pergi ke arah yang telah ditunjukkan oleh Al-Jasassah, dan kami menemui sebuah gua besar lalu masuk ke dalamnya. Di situ ada seorang manusia yang paling besar dan gagah yang belum pernah kami lihat. Kedua-dua tangannya terbelenggu ke lehernya di antara kedua-dua lutut dan sikunya. 


Lalu kami pun bertanya kepadanya : 

"Celakalah engkau! Makhluk apakah engkau ini?"


Samiri itu menjawab : 

“Kalian mampu menemuiku. Sekarang beritahulah aku siapakah kalian ini!"


Mereka (Tamim dan rombongan) menjawab: 


“Kami adalah orang-orang arab. Ketika kami sedang berlayar di tengah-tengah lautan, tiba-tiba berlaku ombak kuat dan kami pun terumbang-ambing selama sebulan sampai akhirnya kami tersadai di pulau ini. Kami pun merapat dan memasukinya. Tiba-tiba kami bertemu dengan seekor makhluk yang berbulu tebal sehingga sukar bagi kami untuk mengetahui yang mana satu bahagian hadapan dan belakangnya. Makhluk itulah yang telah menyuruh kami datang ke sini bertemu dengan engkau.”


Kemudian Samiri berkata : 

“Beritahu kepadaku tentang kebun Kurma Baisan!"


Mereka bertanya :

“Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu berkata : 

“Tentang pohon-pohon kurmanya, apakah ianya masih berbuah?"


Mereka berkata: "Ya."


Kemudian Samiri itu berkata : "Ketahuilah bahawa pohon-pohon kurma itu akan hampir kering dan tidak akan berbuah lagi.”


Kebun Kurma di wilayah Baisan atau Beit She’an, North District Israel. Dahulu Baisan adalah sebuah wilayah yang subur dengan tanaman kurma yang sangat banyak dan berbuah cukup lebat. Namun, dalam dua tahun ini, pokok-pokok kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan buah.


Samiri bertanya lagi : 

“Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Tasik Tiberias!"


Mereka bertanya: 

"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu bertanya: 

“Apakah di sana masih ada airnya?"


Mereka pun menjawab: 

“Tasik itu memang banyak airnya."


Kemudian Samiri itu berkata :

"Ketahuilah bahawa airnya tidak lama lagi akan mengering.”


Tasik Tiberias atau juga disebut sebagai Sea of Galilee merupakan tasik air bersih yang terletak di Utara Palestin, bersebelahan sempadan Syria dan Jordan. 


Menerima punca air utama daripada Sungai Jordan selain dari Bukit Golan dan punca bawah tanah. Dan menjadi bekalan air bersih kepada penduduk negara haram Israel terutamanya Tel Aviv.


Samiri bertanya lagi :

“Sekarang beritahu aku tentang mata air Zughar!"


Mereka bertanya :

"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu bertanya : 

“Adakah masih banyak airnya? Adakah penduduk disekitarnya memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam?"


Mereka menjawab: 

“Ya, airnya sungguh banyak. Penduduk disekitarnya juga memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam."


Ein Zughar terletak di Selatan Laut Mati, Jordan. Sebahagian berpendapat ia berada di Selatan Tasik Tiberias, berhampiran Ein Sultan, beberapa kilometer dari Bandar Areha.


Samiri itu bertanya lagi :

"Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Nabi yang ummi, apakah yang telah dilakukannya?"


Mereka menjawab : 

“Dia telah muncul di Kota Makkah dan tinggal di Yathrib."


Samiri itu bertanya :

“Apakah orang-orang arab memeranginya?"


Mereka menjawab : "Ya."


Samiri itu bertanya pula :

“Apakah yang dilakukannya kepada mereka?"


Maka mereka pun memberitahunya bahawa telah nampak para pengikutnya dari kalangan orang-orang Arab, dan mereka mematuhinya.


Samiri itu bertanya :

“Adakah hal itu sudah berlaku?"


Mereka menjawab : "Ya."


Kemudian Samiri itu berkata :


“Jika demikian, maka yang terbaik bagi kalian ialah mematuhinya. Sekarang aku akan menerangkan kepada kalian siapakah sebenarnya aku ini. Aku adalah Al Masih Dajjal, hampir sampai masanya aku akan diizinkan keluar, lalu aku akan berjalan mengelilingi bumi, tidak ada satu tempat pun yang tidak akan aku singgahi di dalam waktu empat puluh malam kecuali Kota Makkah dan Taibah kerana kedua-duanya itu telah diharamkan ke atasku. Setiap kali aku berusaha untuk memasuki salah satu dari kedua-duanya, aku akan dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang dan mengusir aku supaya menjauhi kedua-dua kota itu. Setiap celah dan penjuru kota itu telah dijaga dan dikawal rapi oleh para Malaikat."


Fatimah Binti Qais (Perawi Hadis ini) berkata, Rasulullah Saw menghentakkan tongkat baginda ke mimbar dan berkata : 


"Inilah Taibah, inilah Taibah (Taibah yang dimaksudkan ialah Madinah). Bukankah aku pernah menyampaikan hal seperti ini kepada kalian?"


Para sahabat menjawab : "Benar." 


Baginda melanjutkan lagi : 


“Sesungguhnya apa yang telah disampaikan oleh Tamim Ad-Dari itu membuatku kagum kerana ianya sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajjal, Madinah dan Makkah. Ia bukan berada di laut Syam atau laut Yaman, tetapi ia berada di timur! Ia berada di timur! Ia berada di timur!"  Sambil memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.


Dalam hadis diatas ini Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Tiberias. 


Ini jelas Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu.


Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad.


Dan Dajjal memberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. 


Ini adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.


Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. 


Sejak sebelum kelahiran Muhammad, dia telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan bergaya di akhir zaman.


Dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. 


Dia kemudiannya dibebaskan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia akhir zaman.


Allah Swt telah memberikan kesempatan kepada Dajjal di akhir zaman (zaman kita) untuk menyesatkan seluruh umat manusia terutamanya umat Islam. 


Maka peluang itu dimanfaatkan oleh Dajjal dengan sebaik-baiknya dengan menimbulkan dan menyebarkan fitnah (kerosakan) yang dahsyat dan melakukan huru-hara serta menyebabkan kerosakan besar di muka bumi ini.


Di era moden ini, tiada satu sektor, bahagian, tempat atau ceruk mana pun yang tidak mendapat sentuhan daripada Dajjal Samiri. 


Sehinggakan Amerika juga telah digantikan dengan nama Samiri yang kemudian disingkatkan menjadi Sam yang, lalu terciptalah simbol Uncle Sam.


Di dalam simbol ini Uncle Sam digambarkan sebagai seorang yang berseragam rahib yahudi, menggunakan tudung laken, berjanggut dan berkumis tebal serta mengenakan pakaian sama macam seragam rahib yahudi.


Mungkin kerana inilah, muncul suatu ungkapan dari sebahagian para ulama' di dalam hal pendidikan dan pengajaran iaitu : 


“Musa yang di didik oleh Firaun telah menjadi salah seorang Nabi dan Rasul, sedang Musa Samiri yang di didik oleh Malaikat Jibril as telah menjadi manusia yang paling ingkar kepada Allah Swt...!”


- SIRI DAJJAL THE END -