Selasa, 8 April 2014

cara kaya

perebutan manusia untuk memperoleh kekayaan. ‘Pada hari ini kita tidak sedar yang kita mengaut kekayaan dengan pendekatanaccumulated wealth - kaya dengan mengumpul harta. Sedangkan seharusnya kita harus berpegang dengan konsep transitional wealth.’

Katanya, ‘accumulated wealth menjadikan kita rakus dan tamak mengumpul harta. Akhirnya kita tak puas mengumpul dan tak puas juga berbelanja. Sedangkan transitional wealth itu ialah menyedari bahawa kita hanyalah tempat mengalirnya rezeki. Apabila kita berpegang dengan konsep itu, kita akan yakin bahawa ALLAH swt mengamanahkan kita kekayaan untuk dizakat dan disedekahkan.

Semakin banyak kita memberi, maka lebih banyak ALLAH menambahnya. Akhirnya kita bukannya mengejar kekayaan, tetapi kekayaan yang datang mencari kita. Tidak tepat apabila kita berdoa memohon kekayaan. Tetapi berdoalah agar menjadi orang yang rajin bersedekah. Percayalah dengan cara itu, kita akan kaya raya tetapi tidak akan terpesona dengan kekayaan itu.’ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan