Ahad, 13 April 2014

cukai

“Ada tiga jenis cukai yang kerajaan boleh laksanakan untuk menambah pendapatan kerajaan.

“Windfall tax atau cukai durian runtuh merupakan cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat yang memonopoli sesuatu bidang perniagaan.
“Malaysia ada industri yang dimonopoli, Astro contohnya. cukai durian runtuh dikenakan kepada syarikat dalam sesuatu industri yang untungnya berlipat kali ganda.

`Cukai maha kaya’
“Superich tax atau cukai maha kaya pula dikenakan kepada individu-individu yang sangat kaya yang bertaraf jutawan.

“Sekarang rakyat biasa seperti saya dan tuan-tuan membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus. Tetapi jutawan juga membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus.

“Di negara-negara luar mereka yang tersangat kaya dikenakan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa, supaya mereka ini dibezakan dengan rakyat kebiasaan atau golongan kelas menengah.
“Yang ketiga ialah capital gain tax iaitu cukai yang dikenakan kepada individu yang menambah kekayaan. 

Contohnya individu-individu yang buat duit dengan membeli saham dan membeli tanah. Apabila nilai saham dan tanah yang mereka labur meningkat, kekayaan dan aset mereka juga meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan