Tuesday, 1 April 2014

konamangan

"Assalamualaikum Sebagai rakyat biasa yang mengikuti laporan tragedi MH370 setiap hari, saya cuba bersikap adil kepada semua pihak khasnya MAS, Kerajaan Malaysia, Kerajaan China, waris dan sahabat mangsa yang terbabit. Untuk mencari pencerahan bagi merungkai misteri ini banyak kajian dan pendapat perlu diambil kira.

Malangnya semua pendapat, teori dan spekulasi hanya terarah pada mencari objek pesawat MH370, tuduh menuduh dan pihak mana yang mesti bertanggungjawab tanpa meneliti moral pada kisah ini sebagai pengajaran.
Saya percaya kalau kita banyak membaca buku-buku Sherlock Holmes pasti dapat membantu membuat keputusan. Tetapi bagi untuk menenangkan semua pihak, kita anggap ini sebagai ketentuan tuhan, bersabar dan reda.

Bagaimana reaksi keluarga mangsa di Beijing dan fahaman rakyat di China dimana otak mereka telah diprogram business minded, kuat cemburu dan kuat berusaha? Adakah mereka boleh dipaksa agar reda dan bersabar? Sehinggakan ada yang mengatakan “Apa yang sedang disorokkan oleh Kerajaan Malaysia? Apa kaitan ‘sejarah’ yang menghukum Malaysia sekarang? Semua alasan-alasan hanya mengarut dan tidak profesional langsung.

Umumnya satu dunia sudah tahu Malaysia adalah negara telah ‘disyarikatkan’. Ia adalah idea Tun Mahathir sebagai ‘Bapa pensyarikatan Malaysia’. Semua urusan diuruskan oleh syarikat. Hinggakan rakyat Malaysia sendiri tidak tahu membezakan MAS adakah syarikat atau badan kerajaan?

Justru itu dasar ini perlu di uji keberkesanannya ‘menguntungkan atau merugikan’ negara?. Tragedi MH370 ini adakah kerajaan Malaysia perlu bertanggung jawab? Mengapa DS Hishamudin jadi orang paling sibuk sekali sedangkan DS Najib hanya muncul dalam press conference sebagai pengumuman sahaja.

Moral dalam perniagaan
Kita ambil contoh, syarikat A adalah pencipta asal sesuatu teknologi yang mampu membuat negaranya kuat dan disegani. Tiba-tiba ciptaannya dicuri dan dibawa lari oleh kumpulan T kemudian menjualnya kepada syarikat C. Untuk sampaikan ke negara C perlu melalui negara M sebagai transit dan bersedia membayar apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat M. 

Satu cara yang sesuai agar tidak dapat dikesan oleh syarikat A dan cepat sampai ke negara C adalah mengunakan perkhidmatan penerbangan awam dari syarikat M bukan? Sementara itu syarikat A tidak akan duduk diam dan pasrah apa terjadi bukan? Lojiknya mereka pasti mengerahkan agen-agen risikan mereka ke serata dunia untuk mencari maklumat dan misi mereka merampas balik barang ciptaan mereka tersebut walau apa cara sekalipun walaupun terpaksa membunuh.

Persoalannya adakah syarikat M tidak tahu menahu apa yang dibawa oleh kapalterbang miliknya? Tak logik bukan? Bermakna negara M sudah bersedia mengambil alih menanggung risiko dan bertanggungjawab penuh atas barangan tersebut. Itu janji syarikat M pada syarikat C. Negara M langsung tidak terfikir jika terjebak, apa pandangan syarikat A pada negara M? Mungkin M terlalu yakin dengan hubungan baik dengan A selama ini. Mana mungkin A menaruh curiga pada M bukan? Apa kesan hubungan baik antara syarikat C pada syarikat M jika barang tidak sampai tepat pada masanya? 

Sedangkan C sudah membayar caj perkhidmatan yang dikenakan sebelumnya. Adakah C akan menuduh M tidak amanah dan berdepan tindakkan saman dari syarikat A dan syarikat C? Urusan ini bukan perkara main-main. Kamu sudah berjanji..!!! “Everything all right, good night”

Tersepit antara dua kuasa
Apa yang ditakuti oleh syarikat M telah berlaku. Kapalterbang milik M telah ghaib tanpa dikesan. Apabila negara M mengumumkan kehilangan kapalterbang milik mereka ke serata dunia, tidak sampai 24 jam syarikat A dan C dengan rela hati KONONNYA membantu mencari(sebenarnya untuk mencari bukti mensabitkan kesalahan pemimpin M) dan syarikat M menanggung malu teramat sangat dimata antarabangsa. 

Bagaimana nasib negara M selepas ini? Semua negara-negara di dunia sudah tidak percaya pada perkhidmatan dan produk negara M kerana kebodohan dan kelemahan kepimpinan negara M mudah dibolosi oleh mana-mana pihak. Perlukah dasar persyarikatan negara M ini ditarik balik dan di isytiharkan gagal untuk selamanya?

Kini syarikat A dan C hanya menanti pengumuman rasmi pemimpin negara M melatah menyatakan apa sebenar jenis barangan yang dibawa oleh kapalterbang milik syarikat M? Maka…Syarikat A PASTI menuduh M  tergamak menikam mereka dari belakang !!! dan syarikat C pula kata “Kamu tidak berguna..!!! Tidak amanah. Bayar balik kerugian kami atau jumpa kami di mahkamah”. Maka yang untung kumpulan T dan syarikat A tadi dan yang dapat nama busuk negara M. Bak kata orang kampung “Ayam terlepas, tangan bau tahi”.

Strategi konspirasi
DS Hishamudin ada berkata “sejarah telah menghukum kita”. Apa maksud ‘sejarah’ itu? Memang ada asasnya disebalik ungkapan tersebut. Di dalam WW2 tentera udara Jepun pernah membuat kejutan di awal pagi dengan menyerang pengkalan udara US Pearl Harbour, Philipina menyebabkan ramai tentera udara dan marin US terkorban. Ianya menjadi dendam kesumat tentera US membalas balik dengan cara yang sama mengebom atom ke Negara Jepun tanpa disangka-sangka diawal pagi juga. Disini kita sudah tahu sikap sebenar US yang kuat pendendam dan pasti membalas dengan cara yang sama, dalam situasi yang kita tidak sangka(diwaktu malam/awal pagi). Diwaktu kita sedang lena diulit mimpi.

Dalam peperangan US-Afghanistan, industri penerbangan awam amat sukar melalui ruang udara Afghanistan. Hanya 1 orang juruterbang dari Malaysia yang berjaya memecah kebuntuan ini iaitu Kapten Zaharie dengan mengunakan kaedah terbang rendah disebalik bukit-bukit tanpa dapat dikesan oleh radar US. Kisah keberanian dan kebijaksanaan juruterbang dari Malaysia ini ditiru dan tersebar luas diperkatakan oleh seluruh syarikat penerbangan di dunia justru melonjakkan nama Malaysia sebagai pelopor keberanian.

Dalam peperangan ini pihak Taliban telah berjaya merampas 1 teknologi pertahanan US iaitu Drone pesawat tanpa pemandu. Taliban mahu menjual teknologi ini kepada Rusia/China. Yang sangat berminat adalah China. Masalahnya bagaimana hendak bawa teknologi ini keluar dari Afghanistan diwaktu malam tanpa di kesan? Ya... Kapten Zaharie dan boeng MAS nya!!. Tentunya teknologi seberat 20 tan ini disimpan sementara di Malaysia sebelum ke Beijing, China. Pihak risikan pertahanan US pasti mengekori Kapten ini kemana sahaja dan tunggu masa sesuai untuk merampas semula teknologi ini. Pada 8hb. Mac 2014 peristiwa ini telah berlaku.dan sekarang. Malaysia sedang dimalukan terutama oleh Australia. 

Perlu di ingatkan MH370 sebelum ke Beijing, pesawat ini baru balik dari Pakistan. Bawa apa? Moral disini, US merasakan Malaysia telah menyusahkan mereka. Oleh itu mereka mula bagi kita pengajaran perit dengan mengujudkan satu fenomina permainan. Sambil mereka yang jadi pengarah permainan ini. Mula-mula semua berkumpul mencari Di Laut China Selatan dalam masa sama MH370 sudah mendarat di Maldivies untuk mengisi minyak. 

Apabila pesawat sudah sampai ke Pulau San Diego Darsia, 13 hari kemudian baru DS Najib umumkan perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi pula. Mengapa tidak kata ‘ke piala dunia’ sahaja?. Maka bermulalah episod baru semua berlari ke kawasan carian baru dan Australia mengawal keadaan bagai pelakon tambahan lagaknya. Seolah-olah mereka jadi penentu nasib MH370 tanpa penumpang dan isi kargonya. Pernah ke kita bertanya kemana arah MH370 pergi sebenarnya selepas pulau itu? Pesawat ini tiada masalah enjin, minyak penuh di isi semula dan boleh terbang 16-20 jam lagi. 

Bodoh sahaja US jahanamkan pesawat percuma ini dan semua penumpang di Lautan Hindi. Ia boleh juga dijadikan bahan ugutan pada Malaysia bukan?
Seperti yang saya kata sebelum ini, syarikat A hanya hendak bukti pengakuan pemimpin Malaysia untuk memalukan negara ini dimata antarabangsa. Paling teruk mereka mahu Malaysia jadi muflis dan jadi budak suruhan mereka sahaja. Secara moralnya Malaysia telah dijajah semula. 

Kita andaikan MH370 kini berada di US, senanglah cerita, bahan bukti ada dalam tangan. Semua penumpang dan krew sengaja ditawan sebagai bahan ugutan agar Malaysia menyata pendirian sebenar samada menyokong US/China? Syarikat A mahu Malaysia melutut minta maaf pada mereka sahaja. Dengan alibi yang ada US yakin Malaysia pasti menyokong mereka dan tunduk arahan Dajjal.

Buat masa ini agenda US mahu Malaysia hilang aset, hilang kepercayaan, hilang kawan-kawan dan hilang pengaruh disampaing menanggung hutang yang terlalu banyak. Satu dunia sedang ketawakan kita kerana kes sudah jadi X-Files FBI. Kapalterbang ghaib (tidak boleh klaim insuran selagi kapalterbang tidak dijumpai), kotak hitam entah kemana? Banyak nyawa terancam, waris penumpang MH370 menekan dan syarikat Boeng mengucapkan “Alhamdulillah”.

Sesungguhnya inilah permainan Dajjal dibantu oleh Yajuj Majud (Bangsa Khazar). Kini bangsa ini dikenali sebagai Yahudi Zionis yang sedang berebut Crimea melalui kuasa Amerika dari Rusia(Bangsa Viking Kristian).
Sekian. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment