Tuesday, 8 April 2014

Sat-elit

ABD MALEK HUSIN
THAILAND negara ke-7 yang laporkan satelitnya mengesan objek di Lautan Hindi. Sebelum ini China, Amerika Syarikat, UK, Perancis, Australia dan Jepun.
Ops mencari dan menyelamat (SAR) mula cari dari Laut China Selatan. Kemudian Laut Andaman, Selat Melaka. Kini tumpu di selatan Lautan Hindi kerana mendapat laporan daripada satelit-satelit tersebut.


Berapa satelit di atas sana?

Sejak USSR lancar Sputnik-1 pada 1957, dah 6,578 satelit dilancarkan. Ada satelit negara dan ada milik swasta.
Sebanyak 6,578 satelit dilancar sejak 1957. Cuma 3,700 yang masih orbit keliling bumi.
Daripada itu, sebanyak 1,100 satelit masih aktif dan 2,600 sudah tidak berfungsi.

Apa fungsi satelit? Berfaedah membantu pelayaran, penerbangan, perhubungan, kajian sains, ramalan cuaca dan juga pertahanan. Ada juga satelit untuk urusan pengintipan!
Sebanyak 1,100 satelit masih aktif orbit. Menurut rekod antarabangsa, Amerika Syarikat (502), Rusia (118), China (116).

Selebihnya negara-negara lain termasuk Malaysia.
Ops SAR MH370 kini bergantung kepada data dan imej satelit negara-negara tertentu ke stesen-stesen pengesan di bumi untuk analisa. Mana pergi satelit Malaysia?

Satelit Malaysia yang sudah dilancarkan, baik milik Kerajaan Persekutuan mahu syarikat swasta (Astro) semuanya ada enam buah iaitu kerajaan dua dan Astro empat. Satelit Malaysia ada enam di orbit. Milik kerajaan dua buah: TiungSAT-1 dan RazakSAT. Milik Astro ada Measat-1, Measat-2, Measat-3 dan Measat-3A.

Astro syarikat swasta. Sudah melancar empat satelit. Pada Mei 2014 ini akan melancarkan lagi yang ke-5. Measat-3B dengan kos RM1.25 bilion. Bagaimana Astro boleh memiliki lesen satelit?
Astro adalah syarikat swasta milik Tan Sri Ananda Krishnan, kroni Tun Mahathir Mohamad yang luluskan satelit Astro. Kini Ananda Krishnan jadi orang nombor dua kaya-raya di Malaysia.
Kekayaan Ananda Krishnan kini RM11.3 bilion. Terkaya nombor dua di Malaysia, dan nombor 82 di dunia. Walau miliki ada empat satelit, tetapi tidak boleh guna untuk Ops SAR MH370.

Bukan salah Ananda Krishnan. Empat satelit ini tidak boleh digunakan untuk Ops SAR MH370. Ini kerana satelit-satelit Astro hanya untuk memancarkan signal tv. Untuk bisnes. Buat duit.
Satelit-satelit Ananda Krishnan hanya menjadi kroni Mahathir untuk bisnes Astro. Pendapatan Astro suku tahun ke-3 (2013) berjumlah RM1.217 bilion. Untung bersih RM123.7 juta.

Kerajaan Malaysia miliki dua satelit iaitu TiungSAT dan RazakSAT. Apa peranan satelit ini dalam Ops MH370? Jawapannya, menambahkan malu negara. Sangat memalukan!
Malaysia miliki enam satelit, kerajaan dua, Astro empat. Thailand cuma miliki empat satelit tetapi berjaya mengesan 300 objek dalam misi SAR MH370. Satelit Malaysia? Zero!
Apa status satelit kerajaan dalam Ops SAR MH370? Tak payah kita persoalkan satelit Ananda Krishnan kerana ia satelit swasta buat duit. Satelit kerajaan?
Hingga kini, saya kaji apa fungsi dua satelit kerajaan Malaysia. TiungSAT dan RazakSAT. Saya baca berbagaibagai laporan statusnya.

Rupanya kantoi! Pada 10 Mei 1997, kerajaan Malaysia menubuhkan Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ASTB) untuk tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan satelit. ASTB syarikat milik penuh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan. Modal dibenarkan RM50 juta dan modal berbayar RM33.58 juta. Kabinet lulus.

Aktiviti ASTB milik kerajaan ini berkembang sehingga diberi geran kerajaan untuk program satelit negara. TiungSAT dan RazakSAT. Akaunnya diaudit.
Segala fakta dan info berkenaan ASTB dan status program satelit itu bersumberkan laporan yang dibentang di Parlimen pada 24 Oktober 2011.
Satelit RazakSAT siap dibina oleh ASTB dengan geran kerajaan berjumlah RM141.78 juta pada 2005. Ia dilancarkan ke angkasa pada 14 Julai 2009.
Satelit RazakSAT dilancar 2009 dengan tujuan merakam imej satelit dengan upaya resolusi pengimejan sehingga 2.5m. Ia gagal berfungsi sepenuhnya. Satelit RazakSAT gagal berfungsi sepenuhnya pada 30 Ogos 2010, iaitu 1 tahun 16 hari dari tarikh pelancarannya pada 14 Julai 2009. Rugi saja RM141.78 juta.

Mengikut program, RazakSAT hantar data satelit yang akan diterima stesen bumi Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Temerloh, Pahang.
RazakSAT mengirim data 1,328 imej yang didapati kabur, tidak mencapai resolusi pengimejan 2.5m. Tidak menepati spesikasi. Lalu ia ditolak ARSM pada tahun 2010.
Dalam rekabentuk Image Receiving & Processing System (IRPS) untuk satelit RazakSAT, imejnya ditetapkan dalam jarak ketepatan kurang daripada 1 km. Di orbit, imej daripada RazakSAT tersasar dari lokasi yang sepatutnya dicerap. Jarak ketepatan patut kurang daripada 1 km. Tetapi tersasar sehingga 37 km.

Contoh tidak tepat imej daripada satelit RazakSAT begini.
Imej yang sepatutnya dicerap di Subang, tetapi data kirimannya Kuala Selangor. Tersasar jauh.
Satelit RazakSAT alami masalah gagal beroperasi. Ia ditamatkan Disember 2010 tanpa penambahbaikan. Kini ia terapung-apung di orbit tanpa sebarang fungsi.

Berapa ramai rakyat Malaysia tahu negara miliki satelit RazakSAT? Berapa ramai pula yang tahu ia sudah ditamatkan kerana alami masalah teknikal?
Satelit RazakSat adalah projek kerajaan BN. Gagal beroperasi.
Rugi lebih RM140 juta. Masih terapung di orbit. Mana Bomoh 1Malaysia?
RazakSAT dilancarkan 14 Julai 2009 menggunakan roket USA Falcon-1 di Kwajalein Atoll, Pulau Marshalls, Lautan Pasifik. Tamat operasi 2010 kerana masalah teknikal. Kini terapung di orbit tanpa fungsi.

» Artikel ini dipetik daripada Twitter Abd Malek Hussin, petugas di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

No comments:

Post a Comment