Ahad, 13 April 2014

Ezani Farhana

Ramai adik-adik yg minat nak belajar jurusan Dentistry yang tanya saya mcm mana nak masuk belajar ke jurusan ini. Jadi hari ni saya kongsikan sedikit untuk adik2.

Sebenarnya utk pengetahuan u ols, masa saya melalui zaman lepas SPM nak apply belajar ke universiti semua, lebih 12 tahun dulu (gaaaaaaaaa tua nye kita!!?!?*#** hehehhh), jadi, sangat outdated ape yg berlaku zaman dolu2 dengan situasi u ols sekarang. Saya pon tak pasti apa system sekarang. Jadi saya bagi general guideline sahaja.

- 12 tahun dlu lepas SPM, saya isi borang untuk scholarship JPA, dipanggil interview dan ditawarkan scholarship ke Australia. Perlu buat matric/preparation AUSMAT (australian matriculation... Saya buat SACE - south australian certificate of education --mcm SPM untuk level Australia).
- semasa buat matric perlu uruskan application ke universiti2 di negara yang nak pergi. Uruskan melalui education firm seperti IDP Australia dan lain-lain. Dan akan dapat conditional offer, kene tunggu result SACE, kalau lepas result dan ada tempat (ingat, tempat untuk international students ada limit. Mcm dentistry di uni saya, hanya 10 orang) akan diberi offer. Selapas dpt offer boleh lah berangkat ke sana heheheee.
- untuk dentitistry di The University of Adelaide saya kene duduki ujian PQA (mcm ujian IQ), bila pass baru dipanggil interview. Anda akan diinterview oleh ahli akademik fakulti pergigian (mcm saya telah di interview oleh dekan fakulty sendiri). Kalau lepas interview, baru results SACE akan dipertimbangkan.

- sekarang korang sume sgt competitive lepas SPM, sbb result sume terlalu ramai dpt straight A's. So kalau betul2 nak ke jurusan perubatan/pergigian, mesti reult top. Paling penting ENGLISH, MATHS, SCIENCES.
- before and lepas results keluar - pergi education fair, education councellor...untuk tahu mana tempat2 yg offer course dentistry. Dalam dan luar negara.
- look out for iklan2 and research peluang2 untuk biasiswa/scholarships contohnya JPA, MARA dan lain2.
- jangan lupa, kalau nak masuk course yang competitive, anda tak boleh ada result yg straight A's je. Anda kene ada kecemerlangan dan aktif dalam kokurikulum, dan mesti pandai berkomunikasi untuk berjaya dalam interview.
- jumpa dengan educational councellors/firm/pergi ke kolej/universiti yg ada tawarkan course untuk find out dan research tentang prerequisite course yg anda nak apply. Semua ni anda kene carik sendiri sbb saya pon tak tahu sekarang ni mcm mana.

Akhir sekali, all the best semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan