Rabu, 9 April 2014

Thaa haa...

Thaa haa...
5 ayat dihayati, lalu Allah 'tembak' dengan cahaya dalam jiwanya
Maka, lahirlah seorang pendokong agama....Al Faruq diberi gelaran..
Punyai peribadi yg sngt tegas dalam perjuangan....
Seorang pahlawan yang digeruni, juga jaguh gusti yg bukan calangnya.
Menjadi Pembela Agama dan Rasul....
Tiba giliran beliau pikul amanah ummat,
Banyak airmata jatuh bila terkenangkan ummat...bukan kerana apa,
Tapi kerana FAHAM beratnya amanah dibahu beliau...
Disebalik terkenal dengan sifat yg tegas,
beliau lah yg plg lemah di hadapan Tuhan,
Plg banyak mengadu di hadapan Tuhan,
Sehingga berbekas di bawah mata beliau kesan dari kerapnya mngis,
Di bawah pemerintahannya,
Dunia Islam tersebar luas, Parsi dan Rom ditundukkan,
Jerusalem diserahkan tanpa pertumpahan darah...
Islam tersebar di seluruh pelusuk alam.
Hidupnya sangat zuhud, hanya punya 2 helai jubah,
dan terdapat 17 jahitan tampalan pada setiapnya,
Inilah Sang Khalifah, Amirul Mukminin...
Umar Al Khattab...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan