Selasa, 8 April 2014

ahli masjid

Baru ini berbual dengan seorang ahli masjid. Katanya, saya hairan orang sebelah surau ni. Langsung tak datang surau. Ish tak ingat mati agaknya...
Anak dara semua dah besar pakaian tak terdidik langsung..Esok meninggal, baru nak datang masjid...masa tu baru nak cari masjid..
Saya tanya tuan pernah ziarah dia ke? Jumpa di jalan begitu jerlah..ada mesyuarat dengan ahli surau untuk ziarah dia? Semua dah tau. Tapi itulah orang ni degil..
Saya pun jawab. Saya sayang abang kerana Allah..saya pun sayang orang yang tak datang tu kerana Allah...
Islam ini ingin kebaikan buat semua orang..Nabi saw rahmat buat manusia sekalian alam sampai kiamat...
Allah sangat sayang hambanya dan maha pengampun..dia sudi mengampun segala dosa dari bumi sehingga langit..
Kita perlu rasa sayang pada semua orang walaupun hidupnya sebelum itu seperti wahsyi, abu sufyan, dan hindon, ikrimah bin abu jahal...Kerana kasih sayang Allah..kasih sayang yang ditunjukkan oleh Nabi saw mereka datang kepada amalan Islam..Mereka menjadi orang paling baik yakni sahabat rhum..
Belajar setiap hari mendoakan hidayat buat mereka..Kita ziarah mereka bawa makanan atau hadiah. Cari kesukaan mereka. Gembirakan mereka sebagai jiran masjid..sehingga menjadi sahabat rapat..cerita kebesaran Allah dan kasih sayang Allah pada mereka..
Cari kebaikan mereka. Kita kena anggap ini salah saya. Bagaimana masjid zaman Nabi saw orang bukan Islam boleh masuk Islam. Paderi duduk Madinah 3 hari masuk Islam. Tawanan dari musuh Islam lihat ahli Masjid Nabawi 3 hari terus lembut hati.
Bagaimana orang sebelah masjid tak datang masjid. Ini salah ahli masjid. Mereka akan ditanya oleh Allah. Kita juga akan ditanya.......Bukan ditanya kenapa mereka tidak datang. Tapi ditanya apa usaha kamu untuk mengajak mereka?
Saya pernah ziarah sebuah rumah orang Islam sebelah masjid. Dia ada anjing 2 ekor besar. Dia pakai seluar pendek dan isterinya tak pakai tudung. Dia maki orang masjid..
Tapi kami tak berhenti ziarahnya sehingga kami menjadi kawan. Segala puji bagi Allah..Hari ni dia ahli masjid dan telah infakkan tanahnya ditempat lain dibuat madrasah dan surau..
Hidayat kerja Allah. Hati manusia dalam genggamannya. Kita beri salam, sayang, buat baik pada mereka, dan dakwah mereka. Malam hari kita pujuk rayu Allah...
Kita tak tahu saat bila dan bagaimana kita akan mati. Semua orang belum tahu. Jadi jangan putus asa dan jangan perlekehkan sesiapa..kerana Allah tidak pernah putus asa dengan kita...dan Allah telah tutup dosa dan keaiban kita yang banyak sehingga kita nampak baik dan dimuliakan...
Ya Allah maafkan saya..Ini semua salah saya-ebit lew-keluargasunnah.com---

Tiada ulasan:

Catat Ulasan