Satu kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic).
Ketika bertugas di Mayo Clinic di Minessota antara tahun 1979 – 1983 seorang pesakit, Jason Withers (36 tahun) bekerja sebagai tukang kayu telah terpotong kesemua 4 jari pada tangan kanannya dengan gergaji circular. “Awak mesti tolong saya, Dr.” pesakit untuk merayu kepda doktor itu di bilik ER.
“Saya perlu untuk mampu bekerja” Pesakit itu mempunyai isteri dan beberapa orang anak. Dia perlukan jarinya untuk bekerja “Bolehkah Dr. cantumkan semula jari saya,” katanya dengan mata bergenang air mata. Kes ini didapati berpotensi untuk pembedahan. Bagaimana Jason didapati seorang perokok pada kadar lebih satu kotak satu hari. Doktor mengatakan dia mesti berhenti merokok serta merta. Bukan sahaja merokok itu memburukkan kesihatan tetapi ia menyebabkan sekatan pada aliran salur darah.
“Diandaikan pembedahan berjaya, kesemua jari dapat dicantum dan darah dapat mengalir kepadanya , semua akan menjadi sia-sia jika awak merokok walau sebatang. Salur darah akan tersekat dan jari- jari itu akan mati,” kata Dr. Micheal kepada Jason. Jason mengeluar kotak rokok daripada poketnya dan mencampakkan ke lantai dan berkata. “Dr. jika awak semua dapat cantumkan semua semua jari saya, saya tidak akn merokok lagi!”
Pembedahan kemudian dilakukan. Hari keempat , tanda kejayaan mulai kelihatan. Jari-jari yang asalnya gelap dan seperti ‘mengarat’ kini berwarna sedikit merah jambu dan lebih sihat. Pada hari ke 10, Jason dibenarkan peluang. Hari esok lepas Jason pulang, Dr. Micheal menerima panggilan cemas daripada isteri Jason yang berkata “Jari-jarinya kelihatan teruk. Kena periksa segera, Doktor”
Setelah memeriksa kesemua jari itu, Dr. Micheal menarik lafaz dan berkata perlahan, “Maafkan saya, Jason atas apa yang berlaku” Jason hanya diam menunduk bisu hanya merenung lantai menyebab terlintas difikiran Dr. Micheal bahawa Jason telah melakukan suatu yang bodoh, lalu dengan perlahan Doktor bertanya; “Jason, awak tidak merokok, kan?” Jason mendiamkan diri, tapi jawapan adalah jelas. Dia telah merokok. Doktor merasa kecewa dan marah, mengapalah bodoh sangat Jason, merosakkan dirinya sendiri. Segala yang buat untuk Jason hanya membuang masa.
“Oh, Jason, apalah yang telah kau lakukan pada diri kau sendiri.” Pembedahan semula terpaksa dilakukan beberapa kali dalam beberapa hari hanya sekadar untuk membersihkan dari kesan kerosakan yang berlaku. Kesemua 4 jari itu tidak dapat diselamatkan. Jason meminta maaf kepada Dr. Micheal. “Saya menyesal dr. saya tahu kini saya cacat, tapi saya janji saya tidak akan merokok lagi walau sebatang.” Pesakit itu menyesal, tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Sakit, Doktor & Allah. Manusia hari ini sangat ambil berat tentang sihat dan sakit. Tiada ertinya kaya tanpa sihat. Apabila sakit menyerang, manusia sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk merawatinya. Manusia akan dapatkan perkhidmatan terbaik, doktor terbaik. Selagi mampu membayar, betapa pun tinggi kosnya sanggup dibayar. Kalau tidak mampu, akan didaya- usahakan juga supaya mampu. Lebih serius dan kritikal sakitnya, manusia akan lebih mentaati segala nasihat doktor. Bahkan kerana dikatakan untuk tujuan menyelamat nyawa maka kaki harus dibuang, manusia percaya pada doktor dan ikut nasihat doktor lalu rela kaki dipotong supaya dirinya masih bernyawa. Daripada mati seluruh tubuh badan, tidak mengapa kaki dikorbankan, masih ada ruang lagi untuk menikmati dunia.
Begitulah tinggi keyakinan kepada doktor! Begitulah juga tinggi keinginan untuk terus selamat dan hidup!
Bagaimana pula dengan ketaatan kepada Allah swt? Allah yang menjadikan kita dan doktor yang kita taat itu. Ketaatan kepada Allah bukan sahaja bagi kebaikan dunia tetapi kebahgiaan akhirat. Dalam keadaan manusia begitu mentaati doktor untuk sedikit nikmat dunia, bagaimana pula darjah ketaatan manusia kepada Pencipta manusia dan doktor itu? Sedangkan ketaatan kepada Allah, nikmat dunia dan akhirat. Fikirkan lah.
Kesan ketidaktaatan
Kegagalan pesakit tadi (Jason) itu mentaati arahan doktor pakar itu telah menyebabkan kesan kerugian dan kesan buruk kepada dirinya sendiri tetapi tidak menjejaskan doktor itu. Diri pesakit itu sendiri yang menderita. Doktor tidak rugi apa-apa. Doktor itu tidak terjejaspun, reputasinya kekal ternama.
Begitu juga, malah bahkan, jika kita tidak taat kepada Allah swt atau kita ingkar kepada perintahnya, kita buat maksiat dan sebagainya, ia tidak sedikitpun dan tidak samasekali menjejaskan keagungan dan kebesaran Allah swt. Allah swt kekal dan tetap sentiasa maha agung maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Tetapi ketahuilah kejahatan, kemaksiatan dan keingkaran yang kita lakukan terhadap Allah swt, adalah kita lakukan tidak bagi sesiapun melainkan bagi keburukan dan kerugian diri kita sendiri. Dunia dan akhirat.
Begitulah juga kalau kita taat kepada Allah swt. ia tidak menambahkan sedikitpun keagungan dan kebesaran Allah swt. Kerana Allah swt. adalah sentiasa dan adalah sedia maha agung, maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Justeru , ketaatan kita kepada Allah adalah sebenarnya bagi kebaikan dan keuntungan diri kita sendiri!
Dalil :- Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (2:82)
Justeru , betulkan fikiran, perspektif dan prinsip kita. Motivasi diri sendiri. Ingatlah, setiap dosa itu tidak berbaloi.
Justeru pastikan kita berjaya menjadikan bulan Ramadan kali ini sebagai bulan reformasi dan transformasi untuk mendapat 2 objektif utama iaitu (1) ketakwaan - berdasarkan al-Quran dan (2) keampunan – berdasarkan hadith sahih.
Tambahan dalil
Bermaksud “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (2:25)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (2:82)
Bermaksud; “dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” (4:57)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah Yang benar. dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”. (4:122)
(tulisan ini diringkas dari artikel penuh untuk paparan Tranungkite, tentang kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic) dan artikel lengkap (cinta), boleh rujuk blog. Sekiranya ada kesilapan fakta, ada komen membantu, please ... maklumkan. )
http://hisham-ahmad.blogspot.com/ "