Ahad, 21 Julai 2013

moh ler niage kite

"Oh? Hamasah As-Syabab tu serius rupanya?"

Telah ramai yang memberi reaksi sedemikian,
pabila saya menjelaskan bahwa Hamasah As-Syabab adalah sebuah syarikat.

Dan saya juga seringkali menghadapi sedikit kesukaran,
pabila berurusan dengan pihak bertugas Poslaju.

"Abang, nak minta parcel 100 unit boleh?"

Wajah saya akan ditenung lama,
dahinya berkerut memikirkan sesuatu,
sebelum dia beralih mendapatkan parcel yang diminta.

"Nah," ujarnya ringkas sambil menghulur parcel-parcel tersebut tanpa memandang wajah saya.

Saya belek-belek.

"Abang, ni baru 20 bang. Saya nak pos 100 barang."

"Itu je yang kami ada, dik. Kami cuma boleh bagi lebih bila adik tunjuk barang-barang adik."

Hm.

Saya pun kembali ke kereta,
lantas mengeluarkan tiga kotak besar yang mengandungi barang-barang untuk dipos.

"Camni dah cukup banyak bang? Ke nak saya angkut banyak lagi?"

Abang tersebut terus laju-laju bagi kesemua parcel yang ada.

Hah, camnilah baru molek!

***

Situasi di franchise Poslaju yang dimiliki orang seorang Cina.

"Bang, minta parcel 80 unit boleh?"

"Boleh boleh."

Alhamdulillah, dipermudah urusan!

Selesai packing, saya kembali ke pejabat tersebut,
dengan membawa bersama kotak-kotak besar,
yang mengandungi barang-barang untuk dipos.

"Uwahhh, banyak betul barang awak. Awak berniagakah?" pemilik kedai tersebut bertanya dengan penuh teruja.

"Alhamdulillah, ya," saya tersenyum melihat gelagatnya. Berbeza dengan poslaju yang lain, hati saya terdetik.

"Kotak ni kena letak lagi cellotape, bang. Takpe takpe, biar saya buatkan. Awak buat sahaja kerja awak sana."

Pemilik kedai tersebut terus mendapatkan gunting dan cellotapenya,
lantas membantu saya mengukuhkan lagi packaging kotak-kota yang saya ingin pos.

Ketika saya nak pulang,
dia telah memanggil saya kembali.

"Abang abang, nak bawa balik 100 parcel tak?"

Hati saya berbunga-bunga.

Alhamdulillah!

***

Ini antara sebab-sebab,
saya selesa berurusan dengan mereka-mereka,
yang juga terlibat dalam bidang perniagaan.

Kerna mereka lebih memahami,
apa yang dicari oleh pelanggan,
terutamanya yang juga berbisnes seperti mereka.

Perniagaan merupakan satu medan tarbiyyah yang sangat hebat,
ia mendidik seseorang itu banyak perkara,
dan salah satunya adalah akhlak.

Dan seperkara yang paling saya minati mengenai perniagaan adalah,
ianya sangat dekat dengan dakwah dan tarbiyyah.

Setiap selok belok perniagaan,
adalah sesuatu yang diaplikasikan daripada aspek-aspek tertentu DnT.

Seperti cara memenangi hati,
cara menguasai luaran dan dalam sesebuah gerakan,
cara membangkitkan semangat mereka yang berada dalam gerakan,
cara untuk tetap dalam pergerakan,
cara untuk berpegang teguh kepada foundation,
dan sebagainya.

Best kan?

Jom berniaga?

***

Oh ya, saya rasa kan,
sebab staf poslaju pilih untuk tak bagi saya parcel banyak,

barangkali sebab saya nampak macam budak-budak,
babyface bak kata kawan-kawan saya.

Adeh.

Tapi jika benar itu sebabnya,
maka saya menghormati pemilik kedai yang berbangsa cina tersebut.

Mengapa?

Kerna dia percaya bahwa umur bukanlah kayu ukur kejayaan seseorang.

Guess what, Sultan Muhammad Al-Fateh,
berjaya menakluk Constantinople pada umur 21 tahun.

Dan saya kini 2 tahun daripada umur tersebut,
insyaAllah, saya ingin menjadi lebih hebat daripada beliau,
dengan cara yang tersendiri demi mencapai matlamat yang sama,

iaitu redha Tuhan kami yang Maha Esa.

Moga Allah redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan