Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.
Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung. Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. SubhanaALLAH!
‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.
Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013:
Model gambaran rumah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
Gambaran pemandangan sekitar Madinah pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
Lagi gambaran pemandangan Madinah
Model rupabentuk asal Masjid Nabawi
Model rupabentuk asal Masjid Nabawi dari sudut lain.
Model rupabentuk asal tiang-tiang utama Masjid Nabawi
Di sebelah Masjid Nabawi ialah rumah `A’ishah (isteri Nabi), Fatimah (puteri Nabi) dan lain-lain isteri-isteri Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam – radhiAllahu `anhunna.
Gambaran lokasi rumah `A’ishah dan Fatimah radhiAllahu `anhuma.
Model rupabentuk asal mimbar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang mempunyai 3 anak tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan