Ahad, 14 Julai 2013

Arasy

Orang bertanya kepada ustaz tentang Allah Ta'ala duduk atas arasy, bermakna Allah Ta'ala bertempat la. Ustaz hanya tersenyum aje apabila mendapat soalan yang dangkal ini. Sebenarnya ustaz tidak berminat utk berhujah dengan soalan yang macam ini apatah lagi berdebat tapi rasanya perlu juga menjawabnya. Baiklah, begini :

1- Allah Ta'ala itu tidak sama dengan makhluk kerana Dialah yang menciptakan makhluk itu,

2- Kalau Allah bertempat siapakah yang menciptakan tempat itu dan mana dulu Allah dulu ke tempat dulu.contohnya kita lahir di Terengganu, adakah negeri Terengganu dulu pada kita atau kita dulu pada negeri Terengganu, Maka adalah mustahil tempat wujud dulu pada Allah, kemudian Allah duduk atas tempat itu.

3- Kalau Allah bertempat mana besar tempat itu dengan Allah, kita duduk dalam rumah maka rumah itu lebih besar dari kita maka adalah mustahil kalau tempat itu lebih besar daripada Allah.

4- Tempat itu pasti ada mula pada kejadiannya, dan Allah Ta'ala itu qadim tiada awal tiada akhir, jadi sebelum dijadikan tempat Allah ada di mana, cuba kamu beritahu ustaz.

5- Dalam Quran kata " Allah duduk( bersemayam) atas arasy " maka kita tak perlu takwillah ikut aje. Baiklah ustaz nak bertanya "tidakkah Al Quran mempunyai nilai sastera yang begitu tinggi bahkan mengalahkan syair2 yang hebat satu ketika dulu".Dalam sastera kalau ustaz kata laut memanggil atau melambai2 nelayan, adakah salah perkataan ustaz, jawapannya tak salah kerana ada takwilannya mengikut nilaian sastera, dan adakah bermakna laut itu ada lidah atau tangan sebab boleh panggil atau melambai2 nelayan, jawapannya pasti tidak, maka Al Quran lebih lagi hebat nilaian sastera yang penuh dengan balaghahnya dan seumpamanya.

6- Ada ulama berpendapat Allah duduk atas arasy, macammana ustaz, beginilah " adakah kamu kata Imam Syafie, Imam Malik dan imam2 mujtahid yang lain sesat". pernahkah mereka berkata Allah bertempat macam kamu faham. pasti tak pernah, maka cubalah belajar pegangan Tauhid ulama2 yang muktabar nescaya kamu akan faham.

7- Kalau kamu tak puashati lagi ustaz cadangkan kamu banyakkan berzikir nanti kamu akan dapat jawapannya, InsyaAllah.
Ditanya lagi kenapa ustaz tak banyak gunakan Quran atau hadis. jawabku ringkas " kerana ustaz bukan orang alim atau ulama".

Sebenarnya ustaz tak berminat nak jawab soalan ini tapi setelah difikirkan ustaz jawab juga agar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terpelihara. Ya Allah ini ajelah yang aku mampu lakukan ,kalau aku tersalah ampunkanlah dosaku....Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan