Sabtu, 31 Ogos 2013

Wakaf


Adakah anda tahu terdapat akaun bank dan bil elektrik di Arab Saudi atas nama Saidina Uthman b Affan ? Ikuti kisah selanjutnya..

Apabila orang Islam melakukan Hijrah dari Mekah ke Madinah bersama nabi Muhammad SAW, mereka telah telah kehabisan bekalan air zamzam, kerana mereka telah menggunakannya ia untuk perjalan yang jauh dalm jangka masa yang lama .

Jadi mereka datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberitahu kepadanya bagaimana mereka berasa sedih akan kehabisan bekalan air Zamzam , dan memberitahu Baginda Nabi Muhammad mengenai yang berita di Madinah bernama ( Romah ) terdapat rasa air adalah amat serupa dengan air Zamzam.

Tetapi malangnya, telaga ( Bi'er Romah ) , telah dimiliki oleh orang Yahudi , dan dia telah menjual air ini walaupun ia adalah dalam kuantiti yang kecil. Maka Nabi SAW menghantar seseorang untuk berunding dengan Yahudi ini dan meminta beliau untuk membelinya dari Yahudi tetapi Yahudi yang enggan dan meminta sejumlah wang yang besar daripada umat Islam tidak mampu dibayar oleh umat Islam pada masa itu.

Apabila Sayidna Uthman mendengar tentang perkara ini , beliau terus pergi ke lelaki Yahudi dan menawarkan kepadanya untuk membeli juga. Namun lelaki yahudi ini masih berdegil, namun dia bersetuju untuk menjual separuh telaga untuk kegunaan umat Islam.Satu hari bagi umat Islam untuk minum dan satu hari untuk orang Yahudi menjual air. Begitulah giliran mereka.

Orang ramai mula datang untuk minum di telaga yang dibeli Sayidna Uthman hari - Islam dan bukan Islam - dan Yahudi mula kehilangan wang keuntungannya. Jadi dia pergi ke Sayidna Uthman bagi menawarkan kepadanya untuk membeli keseluruhan telaga agar dia beroleh keuntungan ? dan Sayidna Uthman bersetuju dan membeli sepenuhnya harga 20 ribu Dirham , dan dia menawarkan secara percuma ( wakaf ) kepada semua umat Islam.

Selepas beberapa ketika, beberapa sahabat datang ke Sayidna Uthman dan menawarkan kepadanya untuk membeli juga dengan harga sebanyak dua kali ganda,tetapi dia berkata, saya mempunyai tawaran yang lebih baik. Maka mereka terus berunding hingga harga jualan telaga mencecah 9 kali ganda. Namun tahukah , Saidina Uthman tetap berkata saya masih mempunyai tawaran yang lebih baik ".Jadi Sahabat terfikir dan bertanya kepadanya, Siapa yang membayar lebih daripada 9 kali ganda harga dan ini ? Beliau berkata , Allah SWT memberikan saya 10 kali setiap kali kamu menawarkan saya untuk membelinya !

Selepas beberapa lama, pokok kurma mula tumbuh di sekitarnya dengan baik maka Khilafah Uthmani menjaga pokok-pokok ini baik dan pokok di sekitarnya , maka kini Kerajaan Arab Saudi datang dan terus menjaga dengan baik pokok-pokok kurma di sekitarnya, sehingga ia telah mencecah lebih kurang 1550 pokok di sekitar kawasannya.
Menteri pertanian di Arab Saudi mula menjual kurma-kurma dan mula menjana sumber kewangan baru wang , separuh daripada wang yang dibelanjakan untuk orang miskin dan separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun bank di bawah nama Khalifah ( Uthaman Ibn Affan RA)

Wang terkumpul sejak dahulu hingga kini cukup untuk membeli sebidang tanah berhampiran Masjidil Haram, dan sebuah hotel 5 bintang dibina di atas tanah dengan pendapatan tahunan lebih kurang 50 Juta Ryals separuh daripadanya akan disumbangkan kepada golongan miskin dan separuh dimasukkan ke akaun bank atas nama Saydna Sahabat Uthman Ibn Affan RA Zu al Nurain .

Ini adalah ganjaran dan keajaiban pahala derma wakaf dari Allah SWT apabila niat adalah suci kepada-Nya , marilah kita teruskan niat suci murni untuk menyumbang demi Islam, insyaAllah.

Syeikh Dr. Abdur Rahman as-Sumayt.

DA’I YG BERHASIL MENGISLAMKAN 8,5 JUTA RAKYAT AFRIKA, KINI TELAH TIADA

Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raji'un. 

Lebih 8.5 juta masyarakat Afrika masuk Islam di tangannya dengan izin Allah, Dr. Abdur Rahman as-Sumayt meninggalkan dunia dengan amal jariah yang pahalanya terus mengalir InsyaAllah. Wafat pada hari khamis 15/08/2013.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Mungkin, banyak di antara kita yang tidak mengenali beliau. Berikut riwayat singkat tentang da'i besar ini .

8.5 Juta Nasrani masuk islam di Tangannya
Lelaki dalam foto ini mengidap diabetes sejak lama dan telah tiga kali diserang trombosit (pembuluh darah tersumbat) di kepala dan hatinya. Dalam keadaan seperti ini, orang biasa seperti kita mungkin sudah putus asa, atau paling tidak pun akan melemahkansemangat hidup, atau keinginan berkarya.

Tapi tidak dengan beliau. Dengan keadaan seperti ini dia telah menghabiskan 30 tahun dari umurnya mengembara di Afrika, berdakwah dan melebarkan keagungan islam.

Beliau adalah Syekh Dr. Abdur Rahman as-Sumayt.

Tokoh yang berasal dari Kuwait ini telah mengislamkan 5 juta kaum nashrani Afrika selama 30 tahun dakwahnya. Pahala amal baik dan ibadah ke-5 juta orang ini akan mengalir kepada beliau selama hidupnya dan setelah dia wafat, InsyaAllah. Bayangkan bila setiap satu keluarga dari mereka memilki dua atau tiga anak, berapa banyak pahala yang akan dilimpahkan kepada da'i yang telah menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di Benua Afrika ini .

Kejadian yang sangat mengharukan dan acap kali membuat beliau berlinang air mata, adalah ketika dia menyaksikan sekumpulan orang dari negeri sahabat Bilal bin Rabah ini menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan berucap: " Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah ... Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasuulullaah ".
Kemudian mereka menangis tersedu-sedu, ditambah dengan mengingati ayah ibu mereka mati dalam kekafiran. Ramai dari mereka berkata: "Di mana kalian wahai kaum muslimin? mengapa baru sekarang kalian datang? "

Sudah sering kali beliau menghadapi ancaman pembunuhan oleh beberapa militan kafir dan kerap juga beliau diserang oleh ular tedung.

Beliau bercerita: "Saya pernah memandu kereta bersendirian ratusan kilometer menuju sebuah kampung di pedalaman Afrika. Di tengah jalan kereta mengalami kerosakan dan saya terpaksa berjalan kaki sehingga selipar saya putus. Pada saat yang sama saya melihat seorang mubaligh terbang dengan helikopter di atas saya. "

Tapi sesungguh Allah itu Maha Adil: "Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang -orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi- saksi ( hari kiamat)". ( QS. Al-Mukmin/Ghafir : 51)



Dalam satu temu bual di televisyen Kuwait dia bercerita : "Pada suatu masa yang lalu ketika saya berdakwah di Afrika, hanya dalam beberapa hari sudah ratusan orang masuk islam. Kemudian seorang mubaligh Katholik datang kepada saya dan berkata dengan penuh tanda tanya: ' Aku dan bapakku lahir di sini, dan datuk saya telah tiba di sini kira-kira seratus tahun yang lalu untuk melaksanakan misi kristianisasi tapi hanya sedikit yang berjaya kami kristiankan. Sedangkan kalian hanya dalam beberapa hari berada di sini telah berjaya mengislamkan ratusan orang? ' "

Subhanalla..., ini kerana Islam adalah fitrah setiap manusia.

Dr. Abdur Rahman as-Sumayt juga menubuhkan Yayasan Al- 'Aun Al - Mubasyir yang berpusat di Kuwait. Yayasan ini sudah mencapai pelbagai prestasi dalam bidang dakwah dan kemanusiaan, di antaranya:

1. Mencetak 3288 Da'i , majoriti dari mereka adalah yang masuk islam di tangan beliau .
2. Membina 1200 masjid .
3. Membantu 9500 anak yatim.
4. Membuat 2750 paip air dari punca bawah tanah.
5. Sumbangan berupa 160 tan bahan makanan, pakaian, dan ubat- ubatan.
6. Membahagikan 51 juta mushaf Al -Qur'an.
7. Membina 102 Islamic center.
8. Mengadakan 1450 daurah dan bimbingan kegamaan .
9. Pendidikan untuk 95000 anak muslim yang miskin.
10. Mendirikan 200 pusat latihan kemahiran sekaligus membuka peluang pekerjaan bagi wanita muslimah.


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Sumber: Detik Islam 

Tetak

Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

ohtidak-pekerja-tnb-ditetak-3
ohtidak-pekerja-tnb-ditetak-5
Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama
Terima kasih kepada saudara Be Ar di atas kiriman gambar-gambar berikut. (klik untuk paparan lebih besar)
ohtidak-pekerja-tnb-ditetak-2

Pos mesia

Selamat sejahtera

Tempoh 3 bulan sudah diberi tapi saya masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati saya.
Puan Shamsila di talian 03-2267-2267 sambungan 6841 yang tidak menjawab soalan saya, seolah-olah ingin menutup kesalahan dalaman pihak Pos Malaysia.

Saya dimaklumkan oleh Puan/CIk Aqma sewaktu ketiadaan Pn Shamsila bahawa item saya sudah sampai ke Malaysia. Tetapi bila ditanya SIAPAKAH kali terakhir menguruskan item saya, TIADA jawapan diberi kerana alasan itu bukan hak pelanggan untuk tahu.

Saya boleh menerima kehilangan barangan saya yang bernilai 20 ribu dengan hati terbuka jika barangan itu hilang atas sebab tertentu seperti kapal terbakar, jatuh atau musnah sekalipun, tetapi malangnya tiada alasan kukuh diberi. Hilang dimana? SIapa yang hilangkan? Segala info itu tidak diberikan kepada saya.

Saya juga diberitahu bahawa barang yg hilang adalah bukan tanggungjawab Pos Malaysia, tetapi apabila saya ditanya agensi mana yang terlibat dalam menguruskan item saya, tiada jawapan diberi. Bila ditanya ada, jawapannya BANYAK. Bila diminta senaraikan jawapannya tidak boleh kerana itu bukan hak pelanggan untuk bertanya. Untuk makluman cik, barangan saya dibayar oleh saya, kos pos juga dibayar oleh saya, dan saya berhak untuk menuntut barang saya. Tetapi jawapan pos malaysia senang sahaja, SURUH penghantar buat laporan di pos jepun, tapi jika logiknya barang sudah sampai ke tangan pos malaysia. Itu adalah tanggungjawab pos malaysia. Jika laporan dibuat di Jepun sekalipun pokok pangkalnya akan kembali ke pos malaysia. Sudah nama kerjasama, susah senang bersama la.

Oleh sebab tidak mendapat kerjasama yang baik dari pihak pos malaysia, maka sudah sampai saya sendiri membuat tindakan selanjutnya. Oleh kerana item saya hilang tanpa sebab maka bolehlah saya kategorikan pihak pos malaysia atau agensi yang berkaitan pecah amanah dalam menjalankan tugas atau bahasa lembutnya barangan saya dicuri oleh pihak yang mengendalikan barang saya. Walaupun secara umumnya tidak diketahui pihak manakah yang perlu dipersalahkan tetapi asasnya pos malaysia wajar dipersalahkan kerana tidak memberi kerjasama yang baik, seolah-olah melindungi atau ingin menjaga nama baik pos malaysia sendiri sehinggakan maklumat-maklumat yang saya perlukan itu 'dirahsiakan'.

Selama tempoh 3 bulan diberi, jawapan TIDAK TAHU masih digunapakai. Apa yang pos malaysia buat? Bila ditanya TAK TAHU. Bila ditanya lagi PELANGGAN TIDAK BERHAK TAHU. Jika hilang katakan HILANG. Jika dicuri katakan DICURI. Tetapi SIAPA?DIMANA? perlu pelanggan tahu. Jangan beri jawapan TAK TAHU. Mustahil bagi syarikat besar seperti pos malaysia tidak mempunyai rekod sendiri. Siapa yang mengendalikan kali terakhir barangan saya? Tapi jawapan TAK TAHU. Sungguh tak logik.

Sebelum saya mengambil tindakan seterusnya, saya beri masa sebelum 30hb ogos ini kepada pos malaysia untuk memberi jawapan secara bertulis dan lisan terhadap soalan saya.

1. Di mana barang saya?
2. Adakah hilang?
3. Jika hilang bila kali terakhir ia dkemaskini dalam data?
4. Siapa yang kemaskini, dan siapa ketua semasa kemaskini barangan saya?
5. Syarkat mana kali terakhir memegang barangan saya?
6. Laporan penuh kehilangan barangan saya dari A sampai Z

Jika pihak pos malaysia masih gagal memberi kerjasama, terpaksalah saya adukan perkara ini kepada tribunal berkaitan, polis di bahagian Jab. Siasatan Jenayah Komersil,Bukit Aman,KL, pihak CMCF, CFM, SKMM dan sebagainya. Saya tidak akan berputus asa sehingga kes ini selesai dengan terungkai misteri 'orang dalam' yang terlbat atau saya mendapat pulangan wang 20k sebagai gantirugi.

Oh ya, jangan lupa media sosial sekarang juga memainkan peranan, facebook contohnya boleh memburukkan lagi nama pos malaysia jika layanan birokrasi ini masih ada. Fanpage dan friend saya di facebook sendiri berjumlah lebih 30ribu, cukuplah jika saya besarkan perkara ini rugi 1 ringgit setiap sorang. Sudah menjadi 30ribu. Belum masuk lagi hebahan ke page-page yang lebih besar yang mempunyai lebih 1 juta fanpage. 10% sudah cukup menjadi 100ribu.

Sebenarnya tidak rugi kalau beri kerjasama yang baik. Walaupun sebelum ini ada pegawai pos yang berkata 'kalau tak percaya pos malaysia jangan gunakan perkhidmatan kami' diketahui siapa namanya oleh pihak pos, dan dirahsiakan dari saya siapakah gerangannya. Tapi jangan ingat saya tak tahu siapa . Buat lah kerja dengan ikhlas.

Ini rujukan nya :  https://www.facebook.com/gajetdijepun

Dalam pada itu sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Pos Malaysia boleh tulis di ruangan komen. Kita harap wakil Pos Malaysia akan menjawab perkara di atas dan juga perkara2 yang berbangkit.

Terima Kasih.

sumber :  Soz Cyili
30 Ogos 2013

kaunseling islam

Beberapa aspek dalam kaunseling Islam dan berbeza dengan kaunseling Barat adalah kaunselor gaya Islam tidak melakukan perkara-perkara berikut:

1. Tidak menyiasat latar belakang, hubungan kekeluargaan, dan sejarah lampau peribadi klien.

2. Tidak menyuruh klien mendedahkan aib dirinya dan aib orang-orang lain kepada kaunselor.

3. Tidak bertanya kepada klien mengapa dia melakukan perkara-perkara yang dilakukannya.

4. Tidak menggalakkan klien meluahkan perasaannya.

5. Tidak memanggil orang-orang lain yang namanya disebut oleh klien dengan tujuan mahu mendapatkan lebih banyak maklumat ataupun bagi menasihati orang-orang itu.

6. Tidak memanggil saksi-saksi bagi memastikan kebenaran kata-kata klien.

7. Tidak menyuruh klien mencari sendiri jalan keluar dari situasinya.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Merdekakan imanmu!

Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
merancang dan melaksanakan pembaharuan
mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri
menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
yang melarat di pertiwi sendiri?

Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur,
langkah mencapainya sering terbentur
usahawan kecil lemas dalam bantuan
korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri
kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usahawan marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur,
tapi bisnes tak ‘betul-betul’
‘berniaga buluh kasap’
modal habis untung lesap!
bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina
tapi satu strategi penuh rencana

Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian
Bila pelajar Melayu terus ketinggalan
Di IPTA atau di IPTS  -  dari segi kuantiti atau kualiti
bilangan mahupun kelulusan… siswazah Melayu masih pinggiran
soal kuota tak terisi atau kantung ibu-bapa yang tak berisi?
bahana idealisme atau bahang hedonisme?
kata seorang pengkaji: Itu gara-gara makanan Melayu tidak bergizi
kata media Melayu: Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan
kata pemimpin: Itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing
ah, ketika begini teringat pula lagu lama – lagu Melayu
‘bangau, oh! bangau…’
bila  semua pihak saling menuding jari
demi menyelamatkan maruah diri

Jenguk-jenguk pulalah ke Pusat Serenti
(sekarang sudah ditukar nama tetapi tidak bertukar isi)
tanyakan apa ‘khabar’ orang di sana
atau singgah sahaja di lorong sempit di belakang  Chow Kit
sapalah remaja harapan bangsa yang telah menjadi mangsa
jangan bicara soal patriotisme,
‘perut’isme pun mereka sudah lupa
bukan ratus, bukan ribu, tetapi ratus ribu
itu belum dikira bohjan dan bohsia
belum dicampur penjenayah juvana
perogol, liwat dan penzina
judi, arak, mencuri, merompak
ah, tidak perlu data statistik dan angka-angka komputer
cukup sahaja dengan mata dan telinga
untuk memastikan siapakah mereka?
ya, siapa lagi… Melayulah jua

Lebih kronik konflik politik
diantara parti dengan parti
dan sesama sendiri dalam satu parti
sama-sama nekad, sama-sama dahsyat
musim pilihanraya – ajak kawan lawan parti lawan
musim pemilihan – ajak kawan makan kawan
riuh sejak lama tentang politik wang
heboh sampai sekarang tak hilang-hilang
bergaduh soal nyamuk membakar kelambu
bertikai soal ‘cara’ mengorbankan ‘hala’
terlupa nilai adat dan tatasusila bangsa
terpinggir prinsip akhlak dan hukum agama
kuasa jadi ‘komiditi’ yang menjanjikan laba
bukan lagi amanah yang berisikokan dosa
ah, semakin ramai Melayu yang ingin memimpin
sedangkan ada yang tak layak… walaupun sekadar untuk dipimpin
tak mahu jadi gerabak, bertolak-tolak  nak jadi kepala
akhirnya ‘keretapi’ bangsa  terhenti…
perjalanan bangsapun tergendala!

Kembalilah ke sejarah, belajarlah dari Rasulullah
bagaimana baginda membina satu bangsa bermaruah
sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliyah
lihat apa yang disuburkannya di peringkat Makkah
lihat apa yang digemburkannya di peringkat Madaniah
bukankah apa yang dihadapinya penuh persamaan
dengan nasib kita yang sering ditimpa kehinaan
justeru Arab jahiliyah itu cermin sejarah
bagi setiap bangsa yang bermasalah…
belajarlah dari Arab jahiliyah

Politiknya kacau-bilau – perang saudara tak pernah aman
antara kabilah, bani dan suku sentiasa bercakaran
sebab yang sedikit, perangnya berkait-kait
Ekonominya tenat – monopoli Yahudi mencengkam nadi
telaga, pasar dan kebun dimonopoli
terpaksa menjadi ‘hamba’ di bumi sendiri
Sosialnya parah – zina, arak, tenung nasib, bunuh bayi
bangsa hilang maruah, umat hilang arah
Rom dan Parsipun tak sudi menjajah!

Itulah gambaran bangsa yang sangat tenat
gersang, kontang, lemah, kalah
menunggu saat untuk dicampakkan ke longkag sejarah!
Tiba-tiba datang Rasulullah membedah masalah
‘first thing first’ – operasi di dalam diri, diselesaikannya ‘soal hati’
disingkirkannya syirik dicantasnya berhala meterialistik
lalu diperkenalkan Allah – agar cinta dan takut hanya pada-NYA
dikenalkannya  Akhirat – agar ghairah syurga dan gundah neraka
lihat alam, lihat semesta… bukti kewujudan-Nya
jangan nafikan penciptaan kedua (akhirat)…
ketika penciptaan pertama (dunia) sudahdi depan mata!

Walaupun ekonomi, politik, sosial jahilyah menghadapi masalah
tetapi Rasul mendahulukan akidah
diperhebatkannya dakwah, dipertingkatkan tarbiah
disemai iman, dituainya persaudaraan
justeru ekonomi sakit  sebab iman sedikit
justeru  politik tersasar apabila ukhwah melonggar
justeru sosial hancur akibat iman dan ukhwah meluntur
bukan menafikan keperluan ilmu, kepakaran teknologi
Tapi jangan sekali-kali diremehkan soal hati
kerna ini bukan hanya soal pengetahuan
tapi sebenarnya soal kemahuan
bukan masalah kurang harta tapi masalah ‘miskin’ jiwa
bukan kekuatan luaran tapi kekuatan dalaman
kerana bangsa tanpa kekuatan iman…
bagai kapal hilang pedoman

Indahnya bila iman menjadi teras kepakaran dan pengetahuan
gagahnya bila  iman menjadi asas pembangunan dan kemajuan
itulah langkah susulan selepas iman di  Makkah
Rasul membina sosial, ekonomi dan siasah…
dengan roh iman di Madinah
bukan seperti Arab jahiliyah…
yang memisahkan kehidupan daripada akidah

Belajar daripada sejarah menangnya Rasulullah
Belajarlah daripada sejarah kalahnya Arab Jahiliyah!
Aduhai bangsa ku,
Jangan hanya merdeka geografi, tapi hati terjajah…

Khamis, 29 Ogos 2013

Sama le

Selalu nak cakap macam ni, Alhamdulilah ada insan yang tolong khidmatkan pemikiran ini menjadi tulisan alam maya.  

Nice to read you guys.
Ya, ada yang anda boleh setuju ada yang tidak, well dia bukan Nabi. 

credit: Ibnu Batoota

~Pemikiran Melayu~

Status ini bukan untuk puji diri sebab ketahuilah sesungguhnya aku ini lebih hina dari anjing kurap yang berlumpur...tidak ada satu pun perkara yang boleh dibanggakan dalam diri aku dan aku hanyalah makanan ulat dalam perut bumi tak lama lagi,perut aku hanya dipenuhi najis,tubuh badanku hanya dipenuhi darah dan pelbagai kotoran lain...

Jadi mana mungkin aku layak untuk memuji diri sendiri...

Tapi status ini ditulis sebagai sebuah perkongsian motivasi untuk kita umat Islam memahami hakikat sebenar kekuatan kita sebagai orang Islam...

Bermula sejarah nama "Ibnu Batoota" ni sebenarnya diberikan oleh seorang ulama hadis dari india merangkap guru aku atas sebab aku telah travel ke banyak negara (lebih kurang 10 negara) pada usia yang sangat muda masa itu...

Sebab utama aku suka travel ialah untuk menghapuskan kejumudan(minda sempit) dan meluaskan pengalaman serta untuk mengenali manusia,berdakwah dan ziarah para ulama...

Aku sudah bertemu dengan manusia yang datang dari pelbagai negara,lebih kurang 65 negara. Dan aku ketahui pelbagai ragam manusia dan keadaan umat sedunia.

Sejak kecil aku memang suka berfikir sesuatu diluar jangkauan pemikiran. Kerana aku terpengaruh dengan cara pemikiran para Sahabat Nabi dan tokoh islam lainnya...

Aku sangat teruja dengan pemikiran matang para tokoh Islam...ada yang memimpin empayar besar dan menjadi panglima perang dalam umur 20-an, ada yang bercita-cita syahid seawal umur 10 tahun,ada yang berperang seawal umur 15..

Demi Allah hal ini sangat berbeza dengan umat so-called "muslim" pada hari ini yang masih sibuk dengan dunia cintan cintun masa umur 15..

yang umur 16 sibuk nak jadi gengster sekolah..

yang umur 17 sibuk nak jadi mat rempit..

yang umur 18 sibuk jadi kuli untuk dapat gaji kecik dan beli baju fesyen terkini,gajet terbaru..semua nak bergaya,tapi poket kosong..(Baguslah jadi kuli daripada merompak)...

Aku masih ingat masa lepas SPM dulu,semua kawan-kawan sebaya aku sibuk nak carik kerja...

Aku pulak sibuk cari pekerja untuk bekerja kat company aku yang aku daftar lepas SPM atas nama mak aku.. Aku jadi boss muda masa tu...

Bila duit dah banyak,aku keluar dari bumi Malaysia pergi melihat dunia seawal umur 18...

Kini aku sedang terbaring sebagai seorang bapa yang ada baby comel tengah meniarap atas perut aku sambil aku tulis status ni ketika aku berumur 23 tahun...

Memang hakikatnya aku masih muda...

Tapi aku kira mungkin tak ramai anak muda yang punya pengalaman yang sama macam aku...

Dari pengalaman ini,aku dapati kaum-kaum majoriti di sesebuah negara yang aku pergi,mesti jadi kuli..manakala yang jadi boss pulak adalah golongan minoriti...

Bila aku lihat Malaysia yang majoritinya MELAYU...memang itu lah hakikatnya...ramai melayu jadi kuli dan yang buat bisnes dan jadi boss pulak adalah golongan minoriti...

Kenapa kita tak boleh pecahkan mind set yang ditanam oleh penjajah dari otak kita?

Tadika-->sekolah-->universiti-->kerja

itu je tertib hidup kita dan anak-anak kita?

Kita tak perasan pun yang hidup kita sedang dicaturkan oleh "the hidden hand"...

Kita dicaturkan jadi "hamba" mereka sejak kita kecil...

Kita dijanjikan pelbagai peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan...

Jadi kita hantar anak kita ke sekolah,kolej,universiti bahkan berbangga bila anak-anak kita memakai jubah-jubah paderi semasa hari konvokesyen mereka dengan segulung ijazah "palsu" (I mean resit jubah)....

Sedangkan para Sahabat Nabi majoritinya adalah bisnesman dan mereka jadi boss..orang lain yang jadi kuli mereka..

Hari ini kita biar orang-orang kafir jadi bisnesman berjaya dan kita jadi kuli mereka,jayakan syarikat mereka,berpuas hati dengan jawatan-jawatan di syarikat mereka yang bergaji kecil....

Lihatlah orang kafir apabila mereka mencontohi Nabi dan para sahabat,mereka berjaya kuasai dunia..

Lihat pula orang islam,apabila mereka meninggalkan sunnah-sunnah Nabi dan gila royan nak ikut budaya orang kafir..maka dengan teruk mereka ditindas dan dihina..

Bila orang Melayu nak pecahkan mind set: "aku kena hantar anak aku pi sekolah,belajar rajin-rajin,dapat kerja bagus,senang hidup aku"...?

Kenapa kita mind set kan dalam minda kita bahawa anak-anak kita perlu menjadi hamba kepada orang?

Siapa di kalangan kalian yang mahu pecahkan mind set melayu kolot ini dan berazam untuk membuka empayar bisnes muslim sebesar-besarnya mengalahkan semua bisnes lain yang dimiliki orang kafir?

Siapa di kalangan kalian yang "faham" dengan jelas mesej yang ingin aku sampaikan?

Note: orang melayu kolot cakap: "kalau tak ada spm,diploma,degree,nanti besar nak makan apa?"

Aku pulak cakap: "majoriti jutawan dalam dunia ni adalah golongan yang tak habis sekolah pun...jangan hairan kalau pemegang sijil PhD menjadi kuli kepada ketua syarikat yang SPM pun tak amek dulu.."

*So atas sebab tu aku tak mahu anak-anak aku masuk sekolah...aku tak mahu orang luar set kan mind nya,aku lebih prefer home schooling agar aku sendiri boleh set kan minda dia apa patut dia buat dalam hidup dia!

Stop jadi hamba manusia!

Jadi lah hamba Allah sebenar-benar hamba!

Maka seluruh manusia akan menjadi hambamu!

hidayah

Syukur beberapa bulan lalu saya berkenalan dengan seorang Tan Sri. Hidupnya sebelum ini jauh dari amalan Islam. Anak 4 orang. 3 perempuan seorang lelaki. Semuanya tidak pernah solat. Solat dan amalan Islam tidak masuk dalam jadual hidup mereka melainkan puasa sahaja.

Sambil air mata bergenang beliau ceritakan saat 5 tahun lalu dia mula dapat keinsafan dan sedikit kesedaran katanya. Dia pergi belajar agama dan dakwah. Tapi keluarga sedikit pun tidak menghormatinya. Dia ajak anak-anaknya baca hadis tidak dipedulikan langsung. Isteri dan anaknya semua telah remaja tidak pedulikannya.

Pernah dia ajak anaknya, jawab anaknya ayah ni dah tua memanglah kena buat semua ini. Tapi janganlah over sangat. Dulu lain sekarang sibuk nak ajak-ajak orang. Plez yer...

Hatinya bergoncang hancur bila melihat anak-anak daranya yang hidup tanpa tujuan. Bila ditegur, kata anaknya dulu ayah pun selalu pergi sana. Dia bersabar, dan menangis setiap malam. Baca Hadis dalam rumah seorang diri tapi kuat sikit. Setelah istiqamah 2 tahun iseri dan anaknya mula rapat dan ikut beliau.

Kini isteri dan 3 anak perempuannya pakai tudung labuh. Dia menangis dan kata itulah harga bagi agama ini. Ia milik orang yang berusaha, berkorban , dna menangis. Siapa tidak ingin dan tidak buat usaha agama pasti tidak datang dalam hidupnya.

Dalam Al-Quran orang yang tidak hidupkan agama ini, Allah akan binasakan mereka dan gantikan mereka dengan kaum yang lain. Orang melayu di Malaysia ini telah diberi Islam ini begitu lama. Jika kita tidak bersyukur dan tidak mendakwahkannya takut Allah binasakan kita dan beri kepada orang lain yang lebih menghargainya. Semoga Allah jauhkan. Dan kekalkan hidayah untuk kita sampai kiamat - ebit lew

Selasa, 27 Ogos 2013

Kaya

Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita  seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan  bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. 

Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’  di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang  terhimpit. Namun, lihat  betapa ada simiskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa   dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik akan sentiasa kelihatan cantik!

Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal… solat jemaah, bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW bahaya kaya hati alah kaya sebenar, bukan kaya harta.

Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit, pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas sehingga tega menindas.

Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak sudah-sudah… Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup. Tanpa sedar, sikaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati… tetapi pengikut-pengikut Qarun akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.

Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri. Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif, tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling, hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.

Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda:” Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat Muslim).
Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita… betapa ramai sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah. Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!

hati

Kita biasa mendengar dalam kuliah agama di masjid, surau, atau televisyen – hadis Rasulallah SAW yang maksudnya, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." 

Daging atau hati yang saya faham dari hadis ini merujuk kepada jiwa manusia. Jika sekadar daging atau hati organ manusia yang sakit, eloklah berjumpa doktor dan makan ubat. Tetapi jika jiwa yang sakit, memang banyak masalah yang bakal timbul.

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini sering diulas oleh para agamawan mahupun pakar motivasi dalam pelbagai majlis dan program. Namun, sejauh manakah kita sebagai pendengar memahami intipati hadis ini khususnya yang terkait isu jenayah yang makin berleluasa pada hari ini?

Ya, semua orang akur bahawa penjenayah yang melakukan jenayah itu hatinya “rosak dan kotor”. Jika berdasarkan statistik dan laporan kejadian jenayah yang disiarkan di media massa, kita dengan mudah membuat kesimpulan bahawa kadar jenayah semakin meningkat.  

Perlu diingat jenayah bukan sekadar merompak dan mencuri – bahkan membuli, buang bayi, memukul isteri, menipu dan pelbagai macam.

Apakah penyelesaiannya? 

Kosong! Tiada jawapan! Kerajaan pusat bercadang menambah bilangan anggota polis demi menyeimbangkan nisabah antara polis dan penduduk. Kerajaan negeri Selangor pula memohon mewujudkan pasukan polis tambahan. 

Kerajaan juga melalui pelbagai agensinya bersiapkan untuk menambahkan lagi Closed-circuit television (CCTV). Selain itu, pelbagai kempen diadakan sama ada kerajaan mahupun swasta demi mencegah berlakunya jenayah. 

Semua tindakan dan cadangan itu bagus dan saya sokong. Namun, pada masa yang sama, sehingga kini tiada tanda-tanda kejadian jenayah akan menurun. Di manakah kelemahan tindakan tersebut?

Jawapannya ialah kembali kepada agama dan fahami dengan jelas hadis di atas tadi. Barangkali ada sesuatu yang kita terlepas faham.

Yang pertamanya, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa hanya melalui Islam sahajalah segala permasalahan ini dapat diselesaikan. Tetapi bagaimana? Orang boleh berhujah bahawa di Kelantan yang dipimpin oleh seorang ulama pun masih kerap berlaku kejadian jenayah berat, sama seperti negeri-negeri lain.

Ya, betul hujah itu. Namun, kita perlu melihat bahawa kuasa yang ada pada Menteri Besar Kelantan begitu terhad. Pihak keselamatan tidak berada di bawah bidang kuasanya. Sejauh mana yang beliau mampu buat?

Jika kita melihat kembali sejarah silam, Umar Abdul Aziz pernah menjadi gabenor (sekarang kira-kira setara Menter Besar), banyak manakah yang beliau mampu buat untuk membetulkan kerajaan Bani Umaiyah. Hakikatnya, Umar Abdul Aziz bukan calang-calang tokoh dalam kerajaan. Beliau merupakan menantu Perdana Menteri/Khalifah. Selepas bapa mertuanya meninggal dunia, iparnya pula menjadi Perdana Menteri/Khalifah. Sebagai gabenor, kuasanya terhad seperti Menteri Besar Kelantan juga.

Hanya setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri/Khalifah barulah keadilan Islam dapat dikembalikan danditegakkan dalam pemerintahan.

Jadi, permasalahan ini hanya dapat diselesaikan hanya apabila Islam memerintah bukan diperintah! Islam bukan sekadar memberi nasihat tetapi mengeluarkan arahan! Mari betulkan minda kita bahawa para ulama tugasnya bukan hanya memberi nasihat kepada umara tetapi ulama mesti menjadi umara. Ulama mesti memimpin, bukan hanya sekadar makan gaji! Dan Umar Abdul Aziz adalah contoh seorang individu berstatus ulama dan umara sekali gus.

Tetapi jangan salah faham, Perdana Menteri tidak semestinya ulama! Ramai kalangan umara yang berjaya seperti Harun al-Rasyid, Sultan Saifudin Qutuz, Salahudin al-Ayubi, dan Muhamad al-Fateh. Mereka berjaya menegakan keadilan Islam apabila tunduk dan hormat kepada ulama (ulama tersebut tidak makan gaji dengan mereka) – segala teguran dan nasihat ulama tersebut dipatuhi!

Yang kedua, hadis tersebut menyatakan hati yang “rosak dan kotor” – biasanya kita lebih nampak kaitannya dengan orang yang melakukan jenayah seperti merompak bank, meragut beg tangan dan sebagainya sahaja. 

Namun, hadis tersebut menyentuh manusia secara umum, yakni hati yang rosak dan kotor tidak mengira darjat dan kedudukan. Kita jangan hanya berfikir hati penjenayah kecil-kecilan sahaja yang rosak. 

Kita juga sewajarnya jangan lupa bahawa hati yang rosak dan kotor itu boleh terpalit kepada para penguasa, perdana menteri, wakil rakyat, ketua jabatan, ketua kampung dan yang seumpamanya. Jika golongan ini rosak dan kotor hatinya kesannya lebih buruk berbanding penjenayah biasa. Pemimpin yang hatinya yang rosak dan kotor juga akan melakukan jenayah atau merompak. Cuma mereka tidak bawa pistol dan serbu kedai emas atau sebagainya.

Mereka mungkin merompak hak rakyat atas nama projek pembangunan, rasuah, salah guna kuasa dan bermacam lagi. Ya, sudah tentu kesannya lebih besar daripada perompak biasa. Jika pemimpin sudah rosak dan kotor hatinya, tidak mustahil  rakyat akan turut rosak dan kotor hatinya. Maka, terhidanglah pelbagai kisah jenayah setiap hari di media massa.

Jadi, pada pandangan saya, untuk mengatasi masalah jenayah yang berlaku wajarlah hati pemimpin yang rosak dan kotor itu dibersihkan dahulu. Jika ini berjaya dilakukan, maka secara beransur-ansur jenayah “orang kecil” menurun ke paras minimun, jika tidak dapat dihapuskan terus.

Isnin, 26 Ogos 2013

bisikan syaitan

Wahai anakku,
Aku tahu kadang-kala engkau terdengar suara di kepalamu. Suara itu menyuruhmu untuk tidak menunjukkan kerjamu selagi ia belum sempurna. Suara itu juga sentiasa menakutkan kamu bahawa kamu belum cukup bersedia.
Suara itu juga kadangkala menyakinkan kamu bahawa kamu takut dan tidak tahan menerima kritikan. Ada kalanya suara itu merendahkan keyakinanmu bahawa kerja yang kamu lakukan masih tidak cukup sempurna.

Suara itu juga kadangkala menyuruh kamu mengejar untuk memastikan segala ruang untuk kegagalan sudah ditutup sebelum kamu membuat sesuatu. Kebanyakan masanya, suara itu juga memujuk kamu mengejar untuk mengambil berat apa yang orang akan fikir dan cakap sehingga kamu tidak berani melakukan sesuatu.

Wahai anakku,
Sedarilah bahawa suara itu adalah bisikan syaitan yang akan membawamu jauh daripada kejayaanmu. Bisikan syaitan selalu menyebabkan kamu tidak dapat bergerak dengan perasaan malas dan perasaan mengejar kesempurnaan di mana kamu tidak boleh bergerak selagi perkara atau situasi yang kamu inginkan belum mencapai tahap kesempurnaan. Selagi perkara tidak sempurna, kamu akan duduk tidak melakukan apa-apa – itulah yang diinginkan suara tersebut.

Wahai anakku,
Jangan endahkan suara itu. Suara itu cuba menjadi sahabatmu, akan tetapi sebenarnya ia adalah musuhmu. Suara itu bukan melindungimu dari kegagalanmu tapi ia membawamu jauh daripada kejayaanmu.

Lawanlah suara itu, wahai anak kesayanganku. Jika kamu ingin melakukan sesuatu, katakanlah pada dirimu sekaranglah masanya, supaya suara itu tidak berpeluang untuk melengah-lengahkan hasrat dan usahamu.
Kamu mesti tekadkan hati dan lakukan perkara yang dirancangmu – yakinkan dirimu untuk berani mencuba dulu walaupun ada risiko kegagalan untuk menilai apa yang bakal terjadi. Pujilah diri kamu sekiranya ada yang mengkritik. Ingatlah hanya orang yang tidak berani melakukan apa-apa sahajalah tidak mendapat sebarang maklum balas. Jangan sesekali membiarkan suara itu menangguhkan kamu dan hasrat kamu untuk menuju kejayaan.

Wahai anakku,
Ingatlah bisikan syaitan yang meniup perasaan malas dan mengejar kesempurnaan sebelum melakukan sesuatu adalah jalan yang merosakkan kamu dan membazirkan masa pemberian Allah kepadamu di dunia ini. Lawanlah dia. Jangan biar suara itu menangguhkan hasratmu untuk mencapai kejayaan di dunia ini dan akhirat.
Senyum

Ahad, 25 Ogos 2013

Anjin neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.


· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

kambin di cafe

Realiti masyarakat kita sekarang. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu?

Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam?

Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dialog di bawah ini..

 
Couple: Kami tidak berzina!

Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.

Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.

Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :

  • Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).
Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:

  • Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Couple: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan.)

Jawab: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)

Jawab: Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

awab: 
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?


Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!

Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Couple: Islam takde ke couple-couple ni?

Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
  • Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.

Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam!

  • Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.

Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?


Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:

  • Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....


Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

  • Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Couple: Bagaimana kami?

Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:

  1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Kesimpulanya:
 Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam.

Wallahu 'aklam..