Ahad, 28 September 2014

korea

1. Annyeonghaseyo 

Ini cara orang Korea cakap hello atau maybe nak mulakan percakapan biasanya digunakan 
pada setiap masa tak kira waktu macam kita cakap Assalamualaikum. Tp bezanya kita mendoakan orang dengan salam yang diberi dan memberi salam itu sunat serta menjawab salam itu hukumnya wajib. Hehe. Bila nak cakap annyeonghaseyo cara yang bersopan santun orang Korea akan menundukkan sedikit badan mereka. Tidak lah sebongkok macam kita rukuk dalam solat. Jika umur kita sebaya atau bercakap dengan orang yang lebih muda blh la guna shortform "annyeong" tp kalau orang lebih tua dari kita atau lebih formal kena sebut penuh annyeonghaseyo.

2. Gamsahamnida/Kamsahamnida/Kumhosamnida - Perkataan untuk mengucapkan 
terima kasih...

3. Mianhamnida - 
To say I am sorry.. ada yang pakai biyanae....maybe ini bahasa surat kot...

4. Saranghaeyo - Ucapan yang sering disebut untuk melafazkan perasaan " I Love You".


5. Annyong higye seyo - 
Ucapan "bye-bye" untuk 1 to 1. Kalau untuk ramai "annyong hi gae yon

6. Yeoboseyo - Hello. Bila angkat phone cakap ni ye.. 

7. Gwaenchanha - It's alright


8. Nama-nama panggilan:

Haelmoni - Nenek
Harapouchi - Atuk
Appochi/Appa - Ayah
Omma/Omoni - Mak/Makcik/Makmentua
Ajeossi - Encik/Panggilan untuk lelaki/Uncle
Agasshi - Cik/Adik Ipar
Oppa - Abang
Onni - Kakak
Hyung - Abang Sulung (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Noona - Kakak (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Dongseang - Adik beradik
Ajumma - Makcik/Aunty


9. Nombor
1 = Il 2=E 3=Sam 4=Sa 5=O 6=Yug 7=Qil 8=Pal 9=Gu 10=Sib

100 = Baeg 1000=Chen 5000=0Chen 10000=Man 50000=Oman

10. Yaepun/yaeputta/yaebbyeyo - pretty/cantik

11. Hwajangsil - Toilet/Rest room

12. Guiyeowm - Cute

13. Shopping terms: 

Ssagyehae Juseyo - Give me discount
Eulmayeyo - How much?
Jungmalyo - Really?
Bissayo - Expensive
Juseyo - Give me

14. Buah-buahan:

Sagua - Apple
Bae - Pear
Kam - Persimmon
15. Koejumal - Liar/Penipu

16. Yaksok - Janji/ Appointment/Perjanjian

Ok dah la tu, banyak sangat nanti bosan plak kan... hehe so ini je yang senang nak ingat.. So selamat belajar dan selamat beramal.

Gamsahamnida..Annyong....

pecah dan perintah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pecah dan Perintah @ "Divide and Rule", mungkin telah kita lupakan konsep yang dilakukan oleh penjajah British dulu dalam menjajah negara lain. Sedangkan konsep itu sampai sekarang pun mereka amalkan, cuma secara rahsia ataupun di sebalik tabir.

Kalau diajakberhujjah dengan mereka, sudah tentu mereka tiada hujjah untuk membuktikan bahawa mereka di pihak yang benar dan sewaktu dengannya. Tetapi cara mereka melemahkan kita ialah dengan memecah-belahkan sesama kitasendiri. Ya, terutamanya umat Islam (yang paling ditakuti oleh mereka).

Mereka tidak perlu membunuh kita semua sewaktu dijajah dulu, kerana kita sebenarnya adalah "aset" bagi mereka. Keuntungan yang dihasilkan dalam negara kita yang banyak hasil bumi ini sampai sekarang pun mereka mengautnya tanpa pengetahuan kita. Mereka memberikan kita KEMERDEKAAN bukan kerana mahu membantu kita, kerana sebelum kedatangan mereka pun kita telah BEBAS dari cengkaman negara mana pun. 

Mereka berikan kita kemerdekaan hanya sebagai umpan, yang dalam tidak sedarnya kita sendiri yang banyak bekerja dan memberi keuntungan kepada mereka, sampai ke hari ini. Lihat saja lah syarikat-syarikat minyak di Malaysia, boleh dikatakan semuanya milik British dan AS, kecuali Petronas. Lihat saja lah syarikat-syarikat lain termasuk syarikat komputer, pembinaan dan sebagainya. Kita masih mengharapkan kepada penjajah sampai sekarang.


Ya, kenapa mereka lakukan PENJAJAHAN? Sudah tentu kerana mahukan hasil bumi sesuatu negara itu terutamanya minyak dan emas.

Setelah mereka berikan KEMERDEKAAN kepada kita, mereka tinggalkan orang-orang kita sendiri yang telah DILATIH oleh mereka untuk menjaga dan menguruskan negara ini (agar hasil bumi terus tersalur kepada mereka). Kerana itulah kita dapat lihat anak-anak didik mereka TIDAK BERANI untuk berdepan dengan rakyat (pembangkang) melalui HUJJAH, tetapi hanya dengan cara memecah-belahkan sesiapa saja yang menegur mereka. Kalau berani melalui HUJJAH, maka sila adakan debat dan diskusi di dalam televisyen secara LIVE, ataupun buat secara terbuka kedua-dua pihak, daripada asyik menghentam dari belakang sahaja.

Dan betapa liciknya mereka, mereka tidak perlu mentadbir sendiri negara kita selamanya, kerana jika demikian mereka sendiri yang akan susah dan terpaksa menghadapi penentangan demi penentangan. Maka, mereka letakkan orang-orang kita sendiri yang menjaga negara ini, kerana jika ada apa-apa, kita sendiri yang berpecah-belah dan berbantaian sesama sendiri, sedangkan mereka boleh "releks" di negara mereka dan hanya menunggu hasil masuk.

Dari semasa ke semasa, mereka juga melalaikan kita dengan dunia, agar kita lupa bahawa kita pernah dijajah, dan lupa kepada perkara-perkara penting yang berlaku dalam dunia ini. Antaranya kita disogok dengan hiburanfilem-filem baratPC Games, dan sebagainya. Kita juga dilemahkan otak dan minda kita dengan bahan-bahan (seperti fluorida dan sebagainya) yang kita makan dan minum sehari-hari. Begitu juga disebarkan kepada kita bermacam-macam penyakit, dan ubat-ubatan mereka sediakan. Sama seperti mereka mencipta virus untuk komputer, dan mereka juga menjual anti virus. Begitulah dengan ubat-ubatan yang ada di hospital sana, kita beli dari syarikat seperti Baxter dan sebagainya (milik penjajah).


Pembelajaran Agama Islam pun ditapis

Yang paling malang sekali, banyak pembelajaran tentang agama kita yang tercinta iaitu Agama Islam seperti telah ditapis dan tidak menyeluruh disampaikan kepada masyarakat. Sampai ke dalam televisyen pun ditapis apa yang patut keluar dan apa yang tidak patut, sedangkan Islam itu MENYELURUH (SYUMUL), mana boleh ditapis-tapis begitu.

Yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan itu lah yang masyarakat fikir sebagai ajaran menyeluruh dan itu pun mereka rasa sudah alim sangat dan mencukupi. Ada yang merasakan tak perlu dah belajar lebih-lebih lagi. Sedangkan berapa banyak yang kita belajar dan faham tentangKEHIDUPAN NABI S.a.w dan PARA SAHABAT r.a? Apatah lagi dengan ilmu-ilmu lain dalam Islam.

Hinggalah dewasa ini muncul beberapa para ilmuan agama datang memberi pencerahan dan memberitahu mana yang betul-betul ajaran Nabi S.a.w dan mana yang bukan, terus dituduh kepada mereka Wahabi dan seumpamanya, akibat kejahilan kita sendiri. Sedangkan sepatutnya kita perhatikan dulu apa yang mereka sampaikan dan bandingkan dengan dalil-dalil Naqli dan pendapat-pendapat Ulama-ulama Salaf (terutamanya Ulama Mujtahid), sebelum kita terus membuat tuduhan melulu.

Kita sendiri pun tidak khatam lagi kitab-kitab para ulama. Kita yang mengaku ikut Mazhab Syafie pun, adakah kita sudah khatam kitab-kitab Imam Syafie? Apa lagi nak khatam kitab Imam-Imam lain. :-)

Selama ini kita mungkin hanya ikut saja apa yang orang-orang tua kita buat, dengan kata lain ikut adat. Tanpa kita tahu sendiri dalil-dalil dan puncanya. Itu tidak mengapa lagi, tetapi yang menjadi masalahnya, kita terus melawan orang-orang yang mahu ajarkan kepada kita sunnah Nabi S.a.w yang sebetulnya, seolah-olah kita sudah khatam semuanya. Begitu juga kalau kita sudah banyak belajar agama sekali pun, tidak perlu kita terlalu berkeras dengan apa yang kita belajar, kalau kita sendiri belum alim tentang Ilmu Hadits.

Ya, mungkin juga silap segolongan yang mahu membawa ajaran Islam sebenar dengan cara yang agak keras dan drastik. Apa lagi malangnya, jika pendakwah-pendakwah memberi ceramah dengan lagak seperti seorang gangster. Memaki-hamun dan menggunakan ayat-ayat celupar dan mencarut seperti sudah mendarah-daging. Mana keindahan akhlak Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat r.a? 

Sedangkan Nabi S.a.w dan para sahabat r.a bersikap lemah-lembut dan berkasih sayang sesama mukmin, dan bersikap keras kepada orang-orang kafir Harbi sahaja. Tetapi kita sekarang? Bersikap keras membuta-tuli sesama sendiri tanpa cuba mengenal hati-budi orang yang di sana. Memaki hamun dan melemparkan kata-kata pedas pada Muslim lain (apa lagi kalau Muslim itu juga seorang ulama atau pendakwah), seolah-olah memaki-hamun seorang Zionis. Berceramah seperti nak pergi berperang. Adakah sama suasana berperang dengan suasana tidak berperang?

"Barangsiapa yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti dia dijauhkan dari kebaikan." [HR Muslim]

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir (harbi), tetapi berkasih sayang sesama mereka ......." [Surah al-Fath : 29]

Di mana kesabaran kita dalam berdakwah? Orang tidak dengar kata kita, terus kita mahu melenting dan memaki hamun sesuka hati? Menuduh orang lain sesat sesuka hati? Dengan menyebut nama mereka terang-terang, tanpa ajak berbincang secara tertutup (atau terbuka) terlebih dahulu?

Lupakah kita pada kesabaran dalam berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh para Nabi a.s dulu? Adakah para Nabi a.s mengajar kita bermulut celupar dan selalu menggunakan kata-kata kesat? Ya, dalam al-Quran pun Allah S.w.t ada sebutkan juga beberapa kata-kata yang agak kasar bunyinya. Tetapi Dia adalah Tuhan sekelian alam, kita ini hanyalah hambaNya. Layakkah kita berkata-kata seperti Tuhan? Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w, manusia pilihan Allah. Utusan Allah S.w.t ke bumi itu berakhlak mulia dan tidak bercakap celupar. Maka kita sebagai hamba Allah, hanya layak beradab sopan, tidak takabbur (menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain) dan sebagainya.


Faktor akhlak menyebabkan Islam tersebar di nusantara

Antara faktor utama Islam tersebar ke nusantara ini ialah kerana AKHLAK dan PERIBADI MULIA pedagang-pedagang Arab, Gujerat dan sebagainya dulu yang berdagang sambil BERDAKWAH di sini.

Manakala agama Kristian pula masuk ke nusantara melalui PENJAJAHAN oleh Portugis dan Belanda.

Tetapi kini, mubaligh-mubaligh Kristian pula yang sebarkan agama mereka dengan AKHLAK dan PERIBADI MULIA.

Bagaimana dengan umat Islam sekarang? Mahu tunjuk AKHLAK yang TIDAK SOPAN dan BIADAP? Lebih-lebih lagi di internet. Bagaimana mahu tarik dan dakwah orang kepada Islam jika kita sendiri tunjukkan sikap biadap dan kurang sopan sesama sendiri dan kepada orang lain?

Patutlah selepas penjajahan, ilmu AKHLAK (Tasawwuf) semakin disembunyikan dari umat Islam. Ilmu Tasawwuf ini lah yang diajarkan oleh ulama-ulama silam kita yang menentang penjajah dulu, seperti Allahyarham Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Tok Kenali dan sebagainya. Akan tetapi sekarang, sekolah-sekolah kerajaan lebih mengajar Pendidikan Moral yang berteraskan dari barat.

Saya cadangkan agar diajarkan Ilmu Tasawwuf yang benar ke sekolah-sekolah kerajaan juga, menggantikan Pendidikan Moral dan seumpamanya. Ini kerana hari ini, Ilmu Tasawwuf (Ehsan / Akhlaq) seperti asing di mata masyarakat. Hinggakan ada yang terasa pelik dan tidak selesa dengan ilmu tersebut. Ya antara lain, kerana wujudnya golongan-golongan Sufi yang merosakkan nama ilmu itu sendiri. Contoh seperti tajuk Kaum Sufi beginilah yang merosakkan nama golongan sufi. Bagaimana orang mahu minat dengan Ilmu Kesufian jika beginilah yang mereka lihat terjadi kepada sesetengah golongan sufi?

Sedangkan Ilmu Tasawwuf yang sebenar itu adalah untuk mendidik akhlak hati dan akhlak luaran kita, agar mencontohi Rasulullah S.a.w dan para sahabat r.a. Rasulullah S.a.w bersabda;

 إِنَّمَا بُعِثْتُ لاُتَمِّمَ مَكَارِمَ الاَخْلَاقِ

"Sesungguhnya aku diutuskan, untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."[HR al-Bukhari, al-Baihaqi]

"Nabi S.a.w adalah manusia dengan akhlak yang terbaik." [HR Muslim dan Abu Dawud]

"Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." [Surah Al-Qalam : 4]

Bagaimana kita nak tarik orang bukan Islam kepada Islam, bagaimana kita nak dakwah mereka, kalau kita tunjukkan AKHLAK kita yang buruk kepada mereka? Kita perlu ingat dan fikir, kalau kita menaip sesuatu di internet, atau menyebut sesuatu dalam video ceramah kita, jaga lah BAHASA kita dan jagalah ADAB SOPAN. Kerana ianya mungkin BUKAN hanya dibaca dan ditonton oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang Non-Muslim. Fikir-fikirkan lah .......


Betapa pentingnya belajar Ilmu Tasawwuf

Na'am, dengan kerosakan akhlak yang menimpa kita (termasuk saya sendiri) hari ini, menunjukkan betapa pentingnya Ilmu Tasawwuf dipelajari, dihayati dan diamalkan. Dengan berbekalkan akhlak yang Zuhud, Qana'ah, tidak Riya', tidak Takabbur dan sebagainya lah yang insyaAllah dapat membantu kita dari bertelagah dan berpecah-belah sesama sendiri. Jika hanya satu pihak saja yang faham Ilmu tasawwuf, itu pun tidak cukup untuk merapatkan saf-saf dan silaturrahim sesama kita. Kedua-dua belah pihak yang bertelagah / berpecah-belah mesti mempelajarinya.  Kalau ILMU DUNIA kita boleh kuasai (kerana nampak pulangan hasil duit duit duit), kenapa ILMU AKHIRAT kita tidak boleh kuasai? (yang pulangannya adalah syurga yang kekal abadi insya Allah).  Mana yang lebih baik? Duit atau Syurga?

Dan semoga dengan itu, kita dapat MENANGKIS propaganda dan agenda penjajah untuk sentiasa memecah-belahkan kita. Kalau kita berpecah-belah, mereka akan dapat menyusun strategi yang lebih lagi dan dapat merebut banyak peluang yang menguntungkan mereka dan merugikan kita. (Kalau rugi dunia saja tak apa pula. Yang risaunya takut rugi dunia dan akhirat, na'udzu billah..) Apa kata selepas ini, kita pula yang cuba untuk PECAH-BELAHKAN musuh-musuh Allah? Perang itu adalah tipu daya.

Yakin

Tips Membina Keyakinan Diri | Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.

Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.

Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!

Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!

Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.

Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya.

lebong

911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi

911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi | 13 tahun pembohongan besar 11 September atau 911 sudah berlalu. Dan dalam tempoh 13 tahun itu kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah habis. 

Diratah dan dilanyak tanpa batasan. Negara Islam dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi bahan santap!

Banyak teori konspirasi 911 yang muncul sebaik saja serangan 911. Ada yang mengemukakan fakta menarik dan ada pula yang percaya bulat-bulat. Para pakar teori percaya bahawa bangunan WTC dimusnahkan oleh bom, panggilan telefon dibuat dari kapal terbang dan bekas Presiden George W. Bush secara rahsianya meraih keuntungan daripada serangan ini.

Berikut adalah antara 10 fakta menarik yang telah disusun bagi membuktikan bahawa serangan 911 sengaja dirancang oleh Bush, peringkat tertinggi kerajaan AS dan Zionis bagi mencipta alasan untuk memerangi pengganas.

Pelabur Dalaman Tahu Tentang Serangan Sebelum Ia Berlaku

Sebelum serangan 911 terjadi, telah berlaku urusniaga pelik dalam bursa saham dan firma insuran. Jumlah pelaburan 'luarbiasa' telah dibuat ke atas saham United Airlines dan American Airlines, kapal terbang yang dirampas ketika serangan. Banyak spekulasi menyebut pelabur telah diberitahu dahulu tentang serangan itu dan meraih keuntungan besar darinya. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah melakukan siasatan dalaman setelah mendapat maklumat daripada sekurang-kurang satu firma Wall Street.

Pertahanan Udara Diarah Supaya 'Duduk Diam'

Kebiasaannya dalam menghadapi situasi kapal terbang dirampas, NORAD bersedia menghantar pesawat tempurnya untuk memintas atau menembak jatuh kapal terbang itu. Dalam Peristiwa 911, Jeneral Norad berkata mereka belajar daripada rampasan dalam masa untuk melancarkan jet tempur. Sesetengah skeptis percaya bahawa NORAD diarahkan supaya sistem pertahanannya 'duduk diam'.

Kapal Terbang Tidak Meruntuhkan Menara Kembar, Tapi Bom

Runtuhan WTC serupa dengan pemusnahan yang dikawal. Banyak spekulasi bahawa menara itu sebenarnya runtuh dengan bahan letupan yang diletakkan di tempat yang ditetapkan. Sesetengah saksi sendiri mendengar letupan di dalam bangunan ketika mereka menyelamatkan diri. Ramai arkitek dan saintis bertegas bahawa bahan bakar kapal terbang tidak boleh menghasilkan kepanasan yang cukup untuk meleburkaan rangka keluli dua bangunan yang runtuh itu.

Serangan Di Pentagon Secara Saintifiknya Tidak Logik

Rempuhan di Pentagon mungkin jadi antara peristiwa yang paling meragukan semua pihak. Para teoris tetap mempertahankan hujah bahawa lubang rempuhan dalam Pentagon itu jauh lebih kecil daripada saiz pesawat komersial American Airlines. Mereka turut mempersoalkan kenapa kapal terbang itu tidak ditembak jatuh sebelum rempuhan serta mengapa rempuhan kapal terbang itu di bahagian bangunan Pentagon yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Flight 93 Sebenarnya Ada

Pesawat keempat yang dirampas, Flight 93, telah terhempas di Shankville, Pensylvania. Adalah dipercayai yang penumpang pesawat itu melawan balik dan terhempas di atas padang. Skeptis percaya bahawa Flight 93 selamat mendarat, dalam waktu yang sama pesawat ganti telah ditembak di udara. Para teoris lain pula percaya bahawa kesemua penumpang telah dibunuh atau disembunyikan dan tidak pernah ditemui lagi.

Para Perampas Hidup. Bagaimana Pasport Mereka Selamat Dalam Letupan?

Selepas serangan 911, dokumentari 'Loose Change' mendedahkan bahawa kesemua perampas sebenarnya masih hidup di negara lain. Sebaliknya, ada kemungkinan juga dua orang yang berbeza mempunyai nama yang sama. Tapi mereka telah mengemukakan hujah kukuh, bagaimana pasport pengganas selamat dalam letupan? Dalam kemusnahan daripada serangan itu, pasport dan pengenalan diri telah ditemui sebagai bukti. Ramai skeptis persoalkan bagaimana pengenalan diri dibuat daripada kertas yang selamat dalam letupan, yang mana bangunan musnah sama-sekali.

Panggilan Telefon Bersel Daripada Pesawat Adalah Palsu

Panggilan telefon dibuat dalam pesawat yang dirampas. Para saintis dan skeptis menegaskan bahawa telefon bersel tidak boleh menerima atau membuat panggilan daripada ketinggian biasa pesawat terbang. Ada skeptis lain mempersoalkan panggilan telefon itu dibuat oleh anak kepada ibunya, yang mana dia memperkenalkan dirinya lengkap dengan nama pertama dan akhirnya. Logikkah seorang ibu tak mengenali anaknya sendiri hingga anak terpaksa memperkenalkan diri sendiri?

Orang Yahudi Tahu Serangan Bakal Berlaku, Tidak Hadir Kerja Pada 11 September

Para teori mendedahkan terdapat 4,000 Yahudi yang tidak hadir berkerja pada 11 September 2001. Setengah daripada individu pertama yang merakamkan serangan itu dengan kamera adalah orang Yahudi sendiri. Banyak tindakan mereka yang mencurigakan dan meletakkan mereka dalam senarai suspek ekoran dari serangan itu.

Kotak Hitam Ditemui Oleh Krew Penyelamat Dan Dirahsiakan

Dalam minggu-minggu berikutnya selepas serangan, kotak hitam antara benda terpenting yang mesti dicari. Hanya itulah saja bahan bukti berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kokpit pesawat. Tiga daripada empat kotak hitam berjaya ditemui dan hanya satu yang masih berada dalam keadaan baik untuk mendengar rakamannya. Rakaman itu tidak didedahkan kepada umum. Skeptis percaya bahawa pita itu tidak akan didedahkan bagi menyokong kerja rahsia mereka.

Kapal Terbang Aluminium Tidak Boleh Menembusi Struktur Keluli Menara WTC

Rangka pesawat komersial dibina dengan bahan aluminium yang sangat ringan bagi memudahkan ia terbang. Para saintis dan teoris menegaskan adalah tidak masuk akal sebuah pesawat boleh menyebabkan kerosakan sebagaimana dilakukan terhadap menara kembar WTC. Para saintis dan teoris percaya bahawa peluru berpandu atau bahan letupan yang telah digunakan untuk memastikan bangunan berkerangka keluli kukuh itu runtuh sepenuhnya.[Sumber]

Sama seperti kejadian 911, Holocaust juga hanyalah rekaan dan pembohongan golongan Yahudi dan Nasrani. Kejadian-kejadian ini malah mampu 'dipatahkan' secara fakta malangnya kerana menguasai media tersohor dunia, segala kejahatan ini berjaya disembunyikan malah kononnya diterima sebagai fakta yang tidak boleh dipersoalkan.

Malah, kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada umat Islam telah termaktub di dalam Al Quran. 

Allah berfirman, "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

harta

3 jalan yang diguna syaitan untuk tawan hati manusia | Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat.
  
Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Program Pesona D’Zahra minggu lalu bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menyambung perbincangan mengenai Manusia dan Harapan. Mengikut sejarah, manusia pertama disogokkan dengan harapan yang dibisikkan syaitan adalah Nabi Adam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua.” (Surah al-A’raf, ayat 21)

Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat
Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.
Tiga jalan itu ialah mencari puas hati, ketenangan dengan jalan maksiat dan kaya dengan jalan bakhil. Raja Namrud contoh yang dapat kita lihat sebagai manusia dibisikkan untuk tidak merasa puas hati. Namrud dikuasai perasaan tidak puas hati yang meluap terhadap Nabi Ibrahim.
Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.

Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai, kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.
Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih banyak kekecewaan dalam kehidupan.
Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.

Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT, tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW melalui hadisnya.
Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan
Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan jalan maksiat.

Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial, namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.

Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim)

Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.

Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah Taala.

Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.
Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam, tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.
Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.

Waspada permainan syaitan
Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga mencari keberkatan.

Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan harta iaitu harta itu membawa kepada kebaikan, semakin berharta semakin tenang hatinya, harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.

Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.

Ambong

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh | Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.” 

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.

cinta setengah zarrah


Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah | Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." 

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. 

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.    
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.   
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

saman

Kisah ini berlaku kepada saya beberapa tahun yang lepas dan disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan untuk manafaat bersama. Saya yang memandu kereta telah membuat pusingan U ditempat yang tidak dbenarkan dan telah ditahan oleh pihak berkuasa sejurus selepas itu.

Pegawai: Encik tahu mengapa Encik ditahan kan? Tadi Encik membuat pusingan u dikawasan yang tidak dibenarkan.

Saya: Ya Encik, saya tahu dan saya minta maaf. Nak cepat tadi.

Pegawai: Jadi macamana nak selesaikan kan ni?

Saya: Maksud Encik?

Pegawai: Ye la kan kalau kes macam ni sepatutnya kena saman.

Saya: Saman? Takpe Encik, bagi saya saman.

Pegawai: Nak saman?

Saya: Ya Encik, tolong saman saya.

Pegawai: Kejap ya.

Pegawai tersebut beredar seketika dan kedengaran dia memberitahu pegawai atasannya, "Sarjan… Encik ni nak saman laa…"

Tidak lama kemudian pegawai atasan tersebut menghampiri saya dan memberitahu kepada saya, "Encik, kali ini saya lepaskan tetapi lain kali jangan buat lagi ya"


Saya pun beredar dari situ dengan syukur yang teramat sangat kepada Allah SW, kerana apa? Pertamanya kerana saya tidak disaman dan kedua kerana saya tidak bersubahat didalam melakukan perkara yang dikeji perosak umat dan masyarakat iaitu rasuah.

Prinsip saya amat mudah, jika wang yang ada ditangan kita itu benar-benar milik kita, maka saya percaya wang tersebut akan kekal bersama kita selagi kita menunaikan hak insan lain iaitu penerima zakat (zakat juga selari dengan hukum alam iaitu prinsip entropi fizik). Jika wang kita itu hilang dijalanan atau dirompak sekalipun atau didalam cerita saya diatas saya terpaksa membayar saman, oleh kerana Maha Adilnya Allah SW itu maka wang yang "hilang" tersebut pasti akan kembali semula ketangan kita. Jika tidak dalam bentuk wang ringgit mungkin dari bentuk lain umpamanya tubuh badan yang sihat ataupun anak-anak dan isteri mithali penyejuk hati penenang jiwa. Akan tetapi jika wang yang berada didalam tangan kita itu bukan hak milik kita, samada diperolehi dari kerja yang tidak amanah (contohnya sila rujuk artikel Kerja Halal, Gaji Tidak), mengambil rasuah, menipu, mencuri, rasuah dan sebagainya maka ianya akan "lari" daripada kita dengan pelbagai cara, salah satunya caranya mungkin disaman seperti cerita saya diatas.

Wang adalah balasan yang kita terima dari "tenaga" yang kita berikan samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan, jadi wang adalah bersamaan dengan tenaga dan tenaga tidak dapat dimusnahkan, hanya boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Kita mungkin boleh menyimpan wang kita tersebut samada didalam akaun bank atau dibawah bantal, akan tetapi wang sebenarnya hanyalah mewakili "tenaga" yang disimpan dan kita adalah pemegang amanahnya. Dunia fizikal nampaknya didalam genggaman kita umpamanya wang tersebut. Kita ada bank yang dikawal oleh pengawal dengan senjata api, begitu juga dengan kediaman kita yang sudah dipagar dan dipintu masuknya ada warga Nepal atau Bangla yang taat memeriksa setiap orang yang keluar masuk kekawasan rumah kita itu untuk "menjaga" keselamatan kita dan juga harta benda (wang ringgit) kita itu tadi.

Akan tetapi misterinya dunia zarah-zarah sub-atomik, kita tidak boleh mengawal secara langsung akan zarah-zarah tersebut, hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja. Ini bermakna kita tidak mampu untuk mengawal dunia sub-atomik tersebut. Contohnya, tidak kira secanggih mana sekalipun bekas/botol (flask) penyimpan air panas, pasti selepas beberapa hari kesemua tenaga yang ada pada air yang disimpan didalam bekas tersebut akan hilang dan air tersebut akan sama dengan suhu keadaaan persekitarannya. Adakah kita boleh pasti selepas beberapa hari atau jam air tersebut akan hilang kepanasannya? Mungkin boleh akan tetapi amat mustahil untuk benar-benar mengira contohnya sekarang ini air tersebut bersuhu 80 darjah celcius maka selepas 6 jam 10 minit dan 5 saat suhunya akan menjadi 75.3 darjah celcius. Konsep ini samalah juga dengan bahan radioaktif yang mana kita hanya mengagak sahaja "half life" atau separuh hayatnya kerana radiasi zarah-zarahnya tidak dapat dikira oleh kita sebagai manusia.

Jadi siapa yang mengawal dunia sub-atomik ini? Jawapannya adalah Allah SW. Dialah yang Maha Adil dan lagi Maha Penyayang, yang akan merencanakan dunia ini untuk memastikan rezeki kepada semua umat manusia tidak kira yang menyembahNya ataupun tidak. Mungkin ada yang bertanya, "Jika Allah SW Maha Adil, mengapa yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin?". Jawapannya adalah kerana sistem ekonomi dan kehidupan yang kita amalkan masa kini berasaskan riba' dan rasuah yang telah memastikan kekayaan hanya bergerak kesatu arah sahaja iaitu samada yang kaya, yang berkuasa atau kedua-duanya iaitu yang kaya dan berkuasa.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk menghentikan aktiviti "menggali kubur sendiri" umat manusia masa kini? Jawapannya adalah dengan menolak sistem ekonomi riba' dan juga menolak, mengeji dan tidak terlibat sama didalam memberi rasuah. Ini termasuklah menolak pemimpin-pemimpin yang mengamalkan budaya tersebut. Masaalahnya zaman sekarang ini (jika diambil dalam kes memberi rasuah), kebanyakan kita lebih sanggup untuk memberi rasuah kerana wang yang "hilang" adalah kecil berbanding dengan nilai saman yang sebenar, maka oleh sebab itu walaupun tahu berdosa memberi rasuah tersebut kebanyakan kita tetap meneruskannya. Kita semua telah terlupa akan ayat seribu dinar yang mana jika kita bertaqwa, Allah SW akan memberikan kita rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Mungkin dengan berkat taqwanya kita itu dengan menolak memberi rasuah dan meminta disaman (dan saman selalunya ada tempoh masa tertentu untuk dibayar), mungkin Allah SW akan memberikan kita rezeki berganda-ganda dari sumber yang tidak disangka-sangka untuk membayar saman tersebut, akan tetapi taqwa sahaja bukan sahaja itu syaratnya, perlu juga pasti adakah duit yang ada pada tangan kita itu benar hak milik kita.

Dan bagaimana untuk memastikan wang yang ada ditangan atau didalam simpanan kita itu benar-benar milik kita? Jawapannya adalah dengan menjadi "pemerhati yang hebat" kepada setiap pemikiran yang akan menjadi tindak tanduk dan perbuatan kita. Saya percaya apa yang kita alami didunia ini adalah hasil dari perbuatan dan tindak tanduk kita sebelum ini. Jika akar lalang yang kita tanam, tidak akan dapat kita menuai padi. Jika ingin dunia yang aman, harmoni dan penuh dengan kasih sayang, kita perlulah menjadi ajen-ajen kepada perubahan tersebut dengan sendiri melakukannya iaitu menabur "benih-benih kasih sayang" tersebut kepada seluruh umat manusia.


Kita semua mungkin boleh lari dari peraturan yang dicipta oleh manusia (seperti kes saya ini tidak disaman) akan tetapi kita tidak akan dapat lari dari hukum-hukum Allah SW. Dosa yang memberi, mengambil, menulis dan saksi kepada riba' adalah sama malah mungkin rasuah juga adalah salah satu dari 70 jenis riba' yang disebut oleh Nabi SAW. Bagi yang kaya dan semakin kaya dengan riba' dan rasuah, teramatlah saya kasihan kepada mereka kerana jika tidak dilihat dari hukum Allah SW sekalipun, dari sudut fizik dunia kuantum mereka adalah terdiri dari golongan yang rugi, cuma masa sahaja yang menentukan balasannya samada didunia ataupun diakhirat. Moga menjadi manafaat bersama, peringatan dan ketukan minda untuk saya dan mereka yang mahu berfikir. Wallahualam.

link asal : http://syurgadidunia.blogspot.com/2014/09/encik-ni-nak-saman-laaa.html